Tazkirah 1 Ramadhan

Alhamdulillah, dapat duduk di saf ke 2 malam tadi. Masa nak angkat takbir, perasan kat sebelah saya macam boleh muat seorang lagi, jadi terus berpaling pada kawan saya Mariam yang duduk di saf ke 3. Mengangguk, sebagai isyarat agar dia ke depan. Mariam spontan gerak, OK selamat penuh saf ke 2 menjadi satu saf yang lurus dan rapat...alhamdulillah.

Dalam sesi tazkirah di pertengahan 8 rakaat Terawih, ustaz memberi peringatan berdasarkan firman Allah:Tarjemahan : 183.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,


Kata ulamak, kalam Allah itu memanggil orang yang beriman supaya dia beriman. Maksudnya, hendaklah orang yang beriman sentiasa berbuat sesuatu atas dasar iman.

Allah suruh kita memahami sebenar-benarnya tuntutan yang Allah perintahkan . Berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan jika dilakukan atas dasar iman InsyaAllah mampu menyucikan hati. Kalau hati tak mampu suci dalam tempoh tersebut maknanya puasa kita adalah mengikut nafsu, bukan mengikut iman.

Setiap apa yang berlaku hakikatnya datang dari Allah. Jika terlekat tulang semasa makan contohnya, kena sedar bahawa itu berupa teguran dari Allah. Kena fahami apa2 yang berlaku itu adalah teguran dari Allah agar kita sentiasa beringat dalam setiap tindak-tanduk kita. Contoh dalam kita melayan nafsu terhadap makanan... sebab dah biasa makan nasi puteh dengan lauk-pauk biasa, nafsu kita tiba-tiba jadi teringat nak makan Nasi Arab. Kebetulan kedai nasi arab baru di buka di kawasan rumah kita. Jadi hati duk teringat-ingat nak makan nasi arab yang harga sepinggan melebihi rm10. Walhal kalau diikutkan rm10 itu cukup untuk 2 bungkus nasi puteh biasa beserta lauk. Tadi dek ikut nafsu, kita terdorong untuk lebih memilih makan nasi arab walaupun harga 2x lebih mahal. Lepas makan balik cerita pulak dekat kawan yang 'aku ni tadi pegi makan nasi arab' yang kawan tu tentu tahu pasti tentang RM nasi arab memang mahal... haa dah jadi riak...

Kalau dah begitu kisahnya, dah tak tahu ke mana lagi nilai suci hati kita bila nafsu memainkan peranan. Walau pun makanan yang kita ambil itu halal namun hasil dari nafsu telah mengundang sifat mazmumah lainnya termasuk membazir dan berlaku riak.

Untuk menjadi insan bertakwa, ustaz contohkan lagi.... jangan kita termasuk dalam orang yang suka menipu diri sendiri. Contoh, bila makan di khalayak ramai begitu bersopan santun, makan pun sikit je sebab segan pada orang sedangkan jika di rumah kita makan dengan agak gelojoh tanpa sopan santun. Jangan kita menipu diri sendiri bila solat di depan orang, kita lakukan sebaik mungkin, penuh tamaninah dan tidak dalam keadaan tergesa-gesa... sedangkan jika kita berada di rumah, solat ala-ala express rakyat tak sampai lima minit dah selesai. Jangan kita menipu diri sendiri bila ke masjid kita berpakaian kemas untuk bersolat mengadap Allah namun jika solat di rumah kita hanya berkain pelekat beserta singlet je(bagi lelaki)...kupiah pun tak pakai... Kita sebenarnya malu pada orang kah? Ternyata kita lebih malu pada makhluk. Sepatutnya kena malu pada Allah...

Maka, sama-sama perhatikan, hayati maksud firman Allah yang berupa ayat seru ini. Semoga 30 hari beribadah di bulan Ramadhan mampu menyucikan jiwa kita. Jangan selepas berlalunya Ramadhan, kita kembali ke tabiat lama... jangan selepas melalui proses tarbiah Ramadhan selama sebulan, manusia kembali balik pada perlakuan asal... mohon Allah pelihara amal kita.. aminn

8 comments:

Che Mid said...

Selamat berpuasa, CM dah 'cuti'...

cik aletheea : said...

slamat berpuase dan slamat tambah amalan

Anonymous said...

Alhamdulillah...ilmu yg di dapat itu di sampai2kan pula. Istiqmah dgn majlis ilmu di sepanjang Ramadan ini.

Cikli said...

puasa untuk ketakwaan

nur said...

Che Mid..
Oya ke.. harap che mid dapat lepas 10 terakhir Ramadhan nanti then raya baru kembali bercuti... :)

nur said...

cik aletheea...
Selamat menyambut Ramadhan juga buat cik aletheea.. kuatkan hati menempuh gelombang remaja.. makcik doakan cik aletheea yang terbaik..

nur said...

anon...
TQ, akceli bizi yang amat sampai tadarrus pun tak join..ngaji sendiri jeh.. tapi terai not to ponteng terawih.. ada luang waktu akan share di blog apa yang dapat di masjid InsyaAllah.

nur said...

Cikli...
Ustaz semalam pesan, cuba rebut peluang untuk raih pahala di bulan Ramadhan.. contoh jamu n'bour berbuka, esoknya pula belanja ofis mate berbuka.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...