Kueh Gulung

Nak tunjuk menu kueh yang jadi faveret kami seisi keluarga. Kueh Gulung yang memang sedap lagi mengenyangkan. Nak buat pun senang... adunan sama cam nak buat roti jala, bezanya kueh gulung tambah masuk air dari daun pandan yang dimesin. Kueh gulung tak dapat dipisahkan dari aroma pandan, jadi agak tak sedap le kueh kalu tak boh air daun pandan atau sekurang-kurangnya pandan paste ready-made.

Resepi Kueh Gulung 

(1)Kulit:
Tepung gandum 1. 1/2cawan
Telor 1biji
Air daun pandan
Sedikit pewarna hijau Star brand
1/4 cawan santan
Air masak secukupnya
Garam.
Cara: Bancuh kesemua bahan, mesin biar sebati. Kadar kepekatannya lebih pekat dari nak buat roti jala.

(2)Inti:
Nise 1  1/2 karet
Air 1 cawan
Daun pandan 1 helai disimpul
Kelapa puteh 1/2 biji
Secubit dua garam
Tepung beras 1sudu kecil dibancuh dgn sedikit air
Cara: masak air, nise serta daun pandan hingga nise hancur. Masukkan kelapa puteh, kacau sebati. Bila hampir kering, masukkan bancuhan tepung beras. Bila dah agak kering sikit, tutup api.

(3)cara membuat Kueh Gulung:
Panaskan ceper/kuali leper. Dengan menggunakan daun pandan yang disimpul, sapu minyak di seluruh permukaan ceper. Tuangkan satu senduk adunan, gelek2kan ceper biar adunan serata di permukaan ceper. Biarkan masak baru di alihkan ke dalam pinggan. 

Teruskan memasak kepingan kulit kueh gulung yang kedua. Sementara itu, boleh la diletakkan inti secara memanjang di atas kulit yang dah dimasak tadi, lipat kemudian gulungkan. Ulangi proses membuatnya sehingga habis.
------------------

...btw, tazkirah Ramadhan banyak yang tertunggak,,, tak sempat nak taip masuk blog... InsyaAllah pas pas ni bila dah selesai tugasan akan dikongsikan secepat mungkin. Falsafah ilmu, tidak ada yang out-dated...kan... Mohon doa-doakan ya, moga Allah permudahkan urusan.. aminn

3 comments:

Cikli said...

dulu masa kecik, kami panggil ni batang buruk.

werdah said...

Assalamu'alaikum

kami panggil kuih ketayap.. suka sangat kuih ni tp dah lama tak buat.. lepat pisangpun feberet..

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Nur, Bestnya nampak kuih2 dalam blog Nur ni.

Selamat menyambut hari raya aidilfitri untuk Nur dan keluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...