Tomyam Pok Tek?

Balik terawih satu malam tu, singgah ke restoran di tengah pekan sebelum balik rumah. En suami teringin nak makan rojak buah. Saya pulak tak bawak tudung... jadi terus dengan bertelekung je lah singgah duduk makan.

Ohh besttt makan sambil hirup udara malam. Time tu dah pukul 11 lebih. Ada satu group anak2 muda sedang rancak berborak di meja sebelah. "Anak-anak... esok pegi terawih ya...", saya berharap dalam hati.

Kami oder sirap limau, rojak buah dan somtam. Lepas siap oder mata melilau2 tengok menu yang terpampang kat dinding restoran. "Eh..eh... Tomyam Pok Tek? Papa penah makan?", tanya saya pada en suami.

"Erm..penah dulu... dia campur semua kat dalam.. seafood bukan takat sotong dan udang, ketam ngan lala pun taruk...", jawab en suami.

First time dengar nama Tomyam Pok Tek... esoknya terus google cari. Orite, dapat le info sikit sebanyak pasal tu.. he he

Citer citer, takde la pulak gambar 'tomyam pok tek' nya... yang ada hanyalah gambar apa yang kami oder je.. :)


rojak buah


somtam dah habis makan baru ingat nak snap gambar

3 comments:

Anonymous said...

Kalau pekena kerang bakar pun ssodap lepas terawih mlm ni.

nur said...

Owh best nya kerang bakar..
dapat pulak cicah dengan air lada cap Merak :)

Cikli said...

sekali sekala singgah gerai bagus juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...