Tazkirah 22 Ramadhan 1446H

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah dapat kita hadir di masjid yang sangat mulia ini, solat isyak berjemaah, isi dengan sedikit tazkirah dan kemudian solat teraweh inshaaAllah. Berkat malam ini kita berada pada malam yang ke 22 Ramadhan. Kita berada di pusingan akhir Ramadhan yang mana akan berlakunya Lailatul qadar InshaaAllah.

Sahabat RA sentiasa bermuhasabah bila berada di 10 terakhir Ramadhan tentang kualiti ibadah yang dah 20 hari dilalui. Para  Salafus Soleh bilamana mereka berada di hujung ramadhan, sering bermuhasabah diri.. 

Muhasabah diri kita:

1)Apa kabar puasa kita? adakah puasa kita disulami dengan maksiat atau dipenuhi dengan ibadah?

(2)Apa kabar alquran kita? Adakah kita membacanya?  Berapa ayat dah kita baca? Bagaimana kita berdamping dengan al quran?

(3)Apa kabar qiam kita? Bagaimana kualiti qiam kita 

(4)Apakabar sedekah kita? Berapa banyak yang telah kita keluarkan di jalan Allah. 


Jaga amalan kita. Bila kita berada di bulan Ramadhan, kalau mulut, tangan, hati tak dapat dijaga bagaimana kita nak jaga ibadah kita.

Kalau 21 hari yang dah lepas, misal kata ibadah kita disulami dengan maksiat, bangkitlah, buat perubahan biar kualiti ibadah lebih baik di hari² terakhir ramadhan ini.

Muhasabah itu supaya kita boleh bangkit. Itu pentingnya muhasabah.


Di dalam satu riwayat menyebut :

Maksudnya :” Rasulullah saw bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir tidak seperti bulan-bulan yang lain.”

Riwayat Muslim (2845)


Kita taknak masjid jadi makin lengang. Kita nak 10 hari terakhir terhebat sebagaimana di awal² Ramadhan. Moga kuailiti amal soleh akan lebih baik..ada peningkatan amalan agar Allah mempertemukan kita dgn alqadar..aamiin


♡♡♡♡♡♡

Berbahagia-lah bagi jiwa yang Ramadhan-nya mencapai takwanya

♡♡♡♡♡♡




1 comment:

Anonymous said...

semoga kita direzkikan bertemu dan beribadah di Laylatul Qadr..aminnn

Blog Archive