Bismillahirrahmanirrahim
Malam ni masuk malam ke 14 Ramadhan. Mudah-mudahan Allah beri kita istiqamah untuk memburu malam² akhir Ramadhan.
Ayat al-quran yang bermaksud;
Ghāfir:60 - Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu....
Ustad sebutkan waktu mustajab doa, antaranya:
- ⅓ malam terakhir
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Allah S.W.T turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga malam terakhir. Allah S.W.T lalu berfirman, “Siapa yang berdoa kepada-Ku nescaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepada-Ku nescaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepada-Ku tentu Aku ampuni. Demikianlah keadaannya hingga terbit fajar.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 145 dan Muslim no. 758)
“Di waktu malam terdapat satu saat di mana Allah S.W.T akan mengabulkan doa di setiap malam.” (Hadis Riwayat Muslim No. 757)
- Waktu hujan turun
- Waktu sebelum iftar
- Waktu sujud dalam solat
................................
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan dimustajabkan. Dan ketahuilah kamu bahawa Allah SWT tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa. Riwayat al-Tirmizi (3479)
...................................
Untuk yakin dalam berdoa, ustad bagi 3 tips:
D ~ Dekatkan diri dgn Allah, banyakkan istighfar -
Nūĥ:10 - "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
Nūĥ:11 - "(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
O ~ Optimis; mohon doa dengan bersungguh² dan bersangka baik dengan Allah. Berdoa yang paling cantik, paham makna doa
A ~ Amalkan, usahakan dan bersabar dalam berdoa.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment