Tazkirah 4 Ramadhan 1446H


Bismillahirrahmanirrahim


Ustad membacakan satu hadis yang bermaksud;

Saidina Ubadah bin Somit RA meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda pada suatu hari ketika bulan Ramadhan telah datang kepada kami , " Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah SWT akan menumpukan perhatiannya kepadamu dalam Ramadhan lalu Dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dlm Ramadhan dan Dia akan membanggakan kamu kepada para malaikat- Nya .Maka perlihatkanlah kepada Allah SWT daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah seseorang yang telah dijauhkan daripada rahmat Allah SWT pada bulan ini."

Hadis riwayat Tabrani.


Mari berlumba² melakukan kebaikan di bulan yang mulia ini. Allah sedang memperhatikan kita, adakah kita bersungguh² merebut peluang yang ada dengan banyak berbuat amal soleh. Mari kita sering membaca al-quran di sepanjang Ramadhan ini, moga² kita termasuk di kalangan hamba-Nya yang Allah banggakan di hadapan para Malaikat..aamiin

Moga kita mendapat rahmat Allah,  moga Allah gugurkan dosa-dosa kita, moga Allah menerima doa yang kita panjatkan...aamiin


Firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 97

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.


Aamin ya robbal alamin


3 comments:

Anonymous said...

Teruskan amal soleh di bulan ramadan yg setiap hari pantas berlalu. Usah lepaskan peluang dan anugerah yg terbentang ini.

Anonymous said...

in shaa Allah Aminnn

Anonymous said...

inshallah..salam 4 ramadhan..

Blog Archive