Tazkirah 24 Ramadhan 1446H

Bismillahirrahmanirrahim.


Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil di sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan.”

Riwayat al-Bukhari (2017); riwayat Muslim (1169)

....................................

Telah disebutkan dalam hadith Abu Sa’id Al-Khudri berikut di mana Nabi SAW mengatakan,

“Aku pernah melakukan i’tikaf pada sepuluh hari Ramadhan yang pertama. Aku berkeinginan mencari malam lailatul qadar pada malam tersebut. Kemudian aku beri’tikaf di pertengahan bulan, aku datang dan ada yang mengatakan padaku bahwa lailatul qadar itu di sepuluh hari yang terakhir. Siapa saja yang ingin beri’tikaf di antara kalian, maka beri’tikaflah.” Lalu di antara para sahabat ada yang beri’tikaf bersama beliau.

(HR. Bukhari No. 2018 dan Muslim No. 1167)

....................................

Terdapat riwayat daripada Abu Sa‘id al-Khudri, beliau berkata:

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh pertengahan Ramadhan. Baginda beriktikaf pada suatu tahun hingga ketika pada malam ke-21 dan itu adalah malam di mana Baginda keluar pada pagi harinya daripada iktikaf, Baginda bersabda: ‘Sesiapa yang telah melakukan iktikaf denganku, hendaklah dia beriktikaf pada sepuluh yang terakhir. Sungguhnya telah diperlihatkan kepadaku pada malam ini, kemudian aku dijadikan lupa kepadanya. Sesungguhnya aku telah melihat diriku sujud di atas air dan tanah pada pagi harinya. Carilah ia pada sepuluh yang terakhir, dan carilah ia pada setiap malam yang ganjil.’ Kemudian langit menurunkan hujan pada malam itu, sedangkan atap masjid diperbuat daripada dedaunan. Lalu air mengucur daripada atap masjid. Kedua mataku melihat pada dahi Rasulullah SAW terdapat kesan air dan tanah pada subuh hari kedua puluh satu.” 

Riwayat al-Bukhari (2027)

...................................

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita malam al-Qadar yang diisi dengan segala amal kebajikan, dan seterusnya melayakkan kita untuk mendapat keampunan daripada-Nya. Aamiin ya Robbal Alamin.


Wallahu a‘lam.


No comments:

Blog Archive