Tazkirah 18 Ramadhan 1446H

Bismillahirrahmanirrahim


Bersyukur kita dapat hadir lagi meneruskan qiam di malam² Ramadhan. Mari kita berlumba² mencari kebaikan sementara masih ada kesempatan ini. Tinggal tak lama mana lagi, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.


Saidina Ubadah bin Somit RA meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda pada suatu hari ketika bulan Ramadhan telah datang kepada kami , 

" Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yg diberkati. ALLAH SWT akan menumpukan perhatiannya kepadamu dalam Ramadhan, lalu Dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membanggakan kamu kepada para malaikat- Nya .Maka perlihatkanlah kepada ALLAH SWT daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah seseorang yang telah dijauhkan daripada rahmat ALLAH SWT pada bulan ini."

(Hadis Riwayat Tabrani)


Firman Allah dalam Surah Al-Hadid:21 

- Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.


Surah Al-Baqarah:148 - Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

...............................

Pesan ustad, kita bila makan jangan ikut keinginan nafsu. Latih diri lawan keinginan nafsu. Nafsu itu ibarat anak kecil. Anak kecil contoh kalau nak apa², meronta² nak jugak sampai boleh, sampai dapat apa yang dia inginkan. Cara didik nafsu, penjarakan dia. Jangan mudah mengalah. Jangan lemah semangat. 


Ustad peringatkan:  Jumaat pagi (21/3/25), bermula pemburuan 10 terakhir Ramadhan. InshaaAllah..aamiin🤲


1 comment:

Anonymous said...

Teruskan perjuangan di bulan ramadan !!

Blog Archive