Bismillahirrahmanirrahim.
Jumlah ayat dalam al-Quran adalah melebihi 6200 ayat. Ada yang kata 6214, 6210, 6232, 6236. Malah ada kiraan berjumlah 6666 ayat.
Namun kata ustad semalam, jika dikira jumlah ayat dari setiap surah yang yang berjumlah 114 surah dari 30 juzuk kesemuanya, fakta yang tepat al-Quran itu terdiri daripada 6,236 ayat.
Wallahu'alam.
.................................................
Petikan dari posting yang lepas perihal membaca al-Quran di bulan Ramadhan♡♡
Sama² kita mengambil manfaat, InshaaAllah
~~~~~~~~
#Dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat, InsyaAllah mampu mensucikan hati-hati kita dan fikiran kita., akal fikiran kita akan berusaha memahami ayat-ayat suci al-Quran.
#berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca, berhenti takkala membaca untuk memahami apa isi ayat tersebut.
#berusaha memikirkan apa maksud Allah Taala daripada ilmu-ilmu yang kita dapati dari madrasah al-Quran
#al-Quran adalah kitab yang penuh berkah yang diturunkan, untuk kita memahami apa maksud ayat-ayat tersebut
#Tahniah bagi orang yang baca Quran dan dia mengerti apa maksud dari ayat-ayat yang dibaca. Dalam Surah al-Zalzalah 7 - 8, Allah berfirman: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
#bila kita baca Quran dan mengerti maksud, maka akan timbul rasa takut untuk lakukan kejahatan, takut jika termasuk dalam golongan orang-orang yang nanti akan dihumban ke dalam api neraka.
#Berusahalah untuk memahami apa isi makna dari surah al-Fatihah kerana kita membaca fatihah sekurang-kurangnya sebanyak 41x dalam sehari. Jagalah solat 5 waktu kita dan jagalah solat-solat sunat.
#Al-Quran adalah ceramah dan nasihat-nasihat untuk menyembuhkan hati-hati kita.
#ia merupakan petunjuk dan rahmat bagi kaum muslimin seluruhnya
#ia adalah kitab yang jelas, kitab yang mulia di sisi Allah
#tidak ada yang menyentuh al-Quran kecuali orang-orang yang memiliki wudhuk
#tidak dapat memahami ayat-ayat al-Quran kecuali orang yang memiliki hati yang bersih.
#adalah termasuk dalam adab dan kesopanan bilamana hendak memegang al-Quran itu, haruslah kita bersuci.
#tidak ada orang yang memahami ayat-ayat al-Quran kecuali orang-orang yang bersih hatinya. Bersih dari sifat dengki, tidak putus silaturrahim dan tidak berbuat yang buruk terhadap orang lain. Semua perbuatan syaitan dia tinggalkan. Ketika itulah hatinya betul-betul bersih dan mampu memahami ayat-ayat al-Quran.
Moga kita istiqomah baca quran..
Aamiinn
1 comment:
Mantop posting ini, sangat informatif dan bermanfaat. TQ maam.
Post a Comment