BIsmillahirrahmanirrahim.
Ustad peringatkan...
Ringankan tangan dengan bersedekah. Tambahkan sedekah kita di bulan ramadhan ini. Tak rugi, jika kita tambahkan kuantiti sedekah kita; kerana Alah akan menggandakan lagi pahala-Nya inshaaAllah..
آمين يا رب العالمين
ALLAH SWT berfirman, yang bermaksud;
An-Nisā':39 - Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.
Al-Baqarah:82 - Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.
Al-Ĥadīd:18 - Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.
An-Nūr:52 - Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.
Al-Ĥijr:39 - Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
#Moga Allah lindungi diriku dari Iblis dan Syaitan yang durjana. Syaitan kerjanya akan sentiasa cuba mengelirukan dan berusaha menyesatkan kita. Nauzubillah..
#Moga daku termasuk dalam golongan hamba Allah yang rajin bersedekah.. Aaminn
Wallahu'alam.
4 comments:
Peringatan yg sangat baik..
Jom!!..lakukan.
Aamiin..🤲🤲🤲
Masyaallah memang besar pahala sedekah
Peringatan yg terbaik, sedekah ikut kemampuan kita. Kerana itulah bekal kita di negeri abadi.
Sedeqah lah di setiap kesempatan. Usah bertangguh. Just do it !!
Post a Comment