Alhamdulillah jom kita buat Bihun Siam. Bihun Siam ini rasanya lain sikit dari bihun yang biasa kita buat sebab masuk bahan² pun lain. Jadi bagi saya, rasa dia lagi kick la..hi hi🤭🤗
Semalam tu saya buat sikit je pun Bihun Siam, hanya untuk moreh kami je; untuk saya dan en suami makan selepas Teraweh. Jadi hanya pakai 1 lapis bihun sahaja.(dalam satu kampit bihun biasanya ada 3lapis, jadi pakai 1 lapis je). Dan saya buat tu pun bihun siam versi sempoi je sebab takde masuk taugeh dan tauhu pun. Pakai apa yang ada kat dapur je...😁
Alhamdulillah sedap di tekak daku, sampai time Sahur pun makan lagi yang lebih moreh.
RESEPI BIHUN SIAM
Bahan² nya:
Bihun ⅓ kampit(direndam seketika)
Bawang merah besar 1 labu
Bawang puteh 2 ulas
Cili kering mesin(cili boh) 1 sudu besar(kurangkan kalu taknak pedas/ada anak² kecil)
Udang kering 1 sudu kecil(direndam seketika)
Taucu 1 sudu kecil umbu
Garam(sedikit je sebab taucu dah masin)
Gula
...............
Udang segar 5 ekor
Isi ayam dihiris nipis.
Cara memasaknya:
Tumbuk bawang merah, bawang puteh, udang kering serta taucu, lalu ditumis. Kemudian masukkan cili mesin. Biar masak elok baru masukkan isi ayam di-ikuti dengan udang.
Setelah itu, boleh masukkan bihun. Tambahkan ½ cawan air panas. Balik²kan sampai bihun dah masak, baru perisakan dengan garam dan gula. Balik²kan lagi biar masak serata. OK done🍜
Alhamdulillah.. Best sangat Bihun Siam. Saya makan dengan Sambal Ikan Bilis Kacang my faveret🤗😍
Resepi Sambal Ikan Bilis Kacang boleh tengok di SINI. Sambal kacang ini sering saya buat sejak anak² kecil lagi. Sering bekalkan untuk mereka balik asrama zaman sekolah dan universiti..ouh kenangan mengusik jiwa🥰
Sambal Kacang Ikan Bilis yang sering daku buat ini ikut resepi arwah ibuku Habsah bt Ismail. Moga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan roh ibuku di tempat yang baik...aamin ya robbal alamin.
4 comments:
Sedap bihun siam goreng & ikan bilis kacang. Terbaek !!
Hebat!!..serba-serbi,KakTi
Perkongsian ilmu agama dan masakan.
Terima kasih..😘
sangat bermenafaat..❤️
Sedap nmpk mkn lagi best
Sedap sudah pasti, bila ada gabungan tauchu dan udang kering. Yummy
Post a Comment