Bismillahirrahmanirrahim
Ustad dalam tazkirah ringkas ulang mengingatkan pesanan yang telah disampaikan oleh ustad jemputan beberapa malam lepas ~
Menyegerakan berbuka adalah Sunat dan ia menjadi sunnah Rasulullah SAW.
Hadis yang diriwayatkan oleh Sahl Bin Sa’ad. Sabda Nabi SAW : Maksudnya :”Manusia sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan berbuka.” Riwayat Al-Bukhari (1957)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Allah ‘Azza wa Jalla berfirman (dalam hadith qudsi): “Aku (Allah) sangat mengasihi hamba-hamba-Ku yang menyegerakan berbuka puasa.” (Riwayat at-Tirmizi)
................................
Kata ustad, makan dan minum janganlah ikut nafsu, makan jangan terlalu kenyang,
Jaga etika ketika makan dan minum. Kalau makan 'tak ingat', dibimbangi akan memudaratkan kesihatan ..elakkan berlebih- lebihan kerana Allah tak menyukai orang yang berlebih- lebihan.
Firman Allah, yang bermaksud;
Al-'A`rāf:31 - .... dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
.............................
Pesan ustad, makan ⅓ untuk makanan, ⅓ untuk minuman, ⅓ untuk nafas.
Daripada Miqdam bin Ma’di Karib RA, beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Tidaklah seorang anak Adam memenuhi satu tempat yang lebih teruk dari (memenuhi) perutnya. Cukuplah bagi anak Adam makanan yang boleh menegakkan tulang belakangnya, jika boleh (lebih dari itu) maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumnya dan sepertiga untuk nafasnya.” Riwayat Ahmad (4/132), al-Tirmizi (2380)
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment