Pulut Bakar Kelantan Resepi Warisan

Assalamualaikum.

Nak kisahkan tentang Pulut Bakar kali ni..ehe he

Saya pada satu hari tu, pagi2 lagi teringat nak makan Pulut Bakar. Bila sebut pulut bakar, ada kenangan indah time zaman sekolah dulu. Saya suka sangat makan pulut bakar yang arwah tok kawan saya buat. Ingat lagi, tersangat lah sedap. Zaman dah berlalu. Itu yang sekarang bila sesekali balik Kelantan tu tak lupa beli pulut bakar masa naik atas Pasar Siti Khadijah tempat kueh mueh.

Okay, berbalik pada cerita saya yang mula2 tadi, saya pun dengan penuh harapnya menghantar WA pada kawan saya tu untuk bertanya resepi. Alhamdulillah kawan saya siap sketch gambar nak tunjuk bagaimana rupabentuk acuan untuk buat pulut bakar tu... Subhanallah...tq my fren.

Ini lah acuan hasil DIY saya....hehe..pakai tin tuna. Bahagian tangkai dia tu cik suami tolong selesaikan👍

RESEPI PULUT BAKAR KELANTAN

1/2 kg beras pulut
1   1/2 cawan santan
3/4 cawan gula
1 sudu kecil garam
13 kuntum bunga cengkih
3 helai daun pandan

Cara membuatnya:
Beras pulut direndam semalaman(4 - 5 jam pon ok)
Panaskan air dalam periuk kukusan. Lapik kukusan berlubang dengan daun pandan. Ratakan pulut di atasnya dan kukus selama 1/2 jam.  Masakkan santan dan garam, kacau2kan jangan sampai pecah minyak. Bila mendidih tutup api. Keluarkan pulut dan tabur gula dan bunga cengkih atas pulut yang panas tu kemudian tuangkan santan bergaram yang baru mendidih tu, arung biar rata.  Biarkan sebentar sebelum mula membungkus dalam daun pisang.

Daun pisang yang dilayur dipotong segiempat. Biar lebar dan panjang daun pisang tu, buang yang keras atasnya saja.

Ambil sehelai, letakkan sesenduk pulut di atasnya.
Tekan2 biar jadi bulat kemudian dibungkus macam nak bungkus nasi lemak masukkan bahagian yang tengahnya ke dalam acuan, tekan2 pulut perlahan2 lalu mula membakar atas bara api atau atas dapur gas. Biarkan lebihan kedua2 hujung daun pisang tegak ke atas. Bila dah agak2 garing, keluarkan dari acuan dan terbalikkkan pulut. Bungkus balik macam nak bungkus nasi lemak dan letak balik tengahnya dalan acuan. Tekan2 kedua2 lebihan daun pisang biar menutupi pulut dalam bentuk bulat. Bakar balik hingga garing sebelah lagi. Keluarkan dan buat pulut bakar seterusnya hingga habis pulut 1/2 kg tu. Sambung membakar pulut bakar yang dah siap sampai garing atas tudung periuk/periuk ajaib. Sapu sedikit minyak masak semasa membakar.

Alhamdulillah selesai...sangat sedap pulut bakar ni...resepi dan cara membuatnya warisan orang dulu2..Alhamdulillah syukron buat rakan sekolah saya, Nor yang berkongsi info berharga arwah tok beliau. Arwah tok Nor memang specialized buat pulut bakar, kukus pulut 6 gantang setiap hari. Jazakillah hu khoiron.




3 comments:

faz said...

Terliurnya nak buat. Insya allah satu hari nanti. Sb dah beli kat pasar tapi mengecewakan

Baya Musa said...

Boleh tunjuk gambar cara bakar dalam acuan tin tu? tak faham

nur said...

Assalam. Ia lebih pada praktikal puan..masa puan buat inshaaAllah akan tau macamana lepas kita dah bungkus macam nak bungkus nasi lemak tu. Letak yg berbentuk kon di dalam acuan(maksudnya bungkusan pulut diterbalikkan) dan bukak balik yg bahagian kedua-dua lipatan biar tegak ke atas masa membakar pulut dalam tin.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...