![]() |
Buat lepat pisang untuk moreh |
Bismillahirrahmanirrahim
Ustad intro tazkirah dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud:
Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, bahawa Nabi SAW menaiki mimbar, ketika Baginda melangkah anak tangga yang pertama, Baginda menyebut: “Amin”, kemudian apabila melangkah anak tangga yang kedua, Baginda menyebut: “Amin”, kemudian apabila melangkah anak tangga ketiga, Baginda menyebut: “Amin”. Para sahabat bertanya: “Ya Rasullullah, kami mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali”. Baginda menjawab: “Ketika aku melangkah anak tangga yang pertama, Jibril datang kepadaku dan berkata: “Celakalah seseorang hamba yang bertemu dengan Ramadan, tetapi keluar daripadanya tanpa di-ampuni dosanya. Lalu aku pun menyebut: “Amin.” Kemudian Jibril berkata: “Celakalah seseorang hamba yang ibu bapanya masih hidup atau salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi hal itu tidak memasukkannya ke dalam syurga (kerana tidak berbakti kepada ibu bapanya). Aku pun menyebut: “Amin.” Kemudian Jibril berkata: “Celakalah seseorang hamba yang nama engkau (iaitu nama Rasullullah SAW ) disebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau. Aku pun menyebut: “Amin.”
Riwayat al-Bukhari
..............................
Tazkirah ringkas ustad, memberi peringatan supaya....
Istighfar lebihkan lagi..perbanyakkan.
Kita tak tau orang yang kita tengok di jalanan mungkin lebih mulia di sisi Allah .. semua dalam rahsia Allah.. Maka, sebagai hamba, sentiasa kita perbanyakkan kan istighfar, ulang dan ulang ucap istighfar.
Kita mengharapkan rahmat Allah, sangat mengharapkan keampunan Allah.
Kalau boss di ofis marah, kita dah jadi tak selesa, dah rasa malu nak jumpa. Apalagi kalau kemurkaan Allah. Kalau Allah marah, maka tiada lah lagi kebahagiaan dalam diri kita..Allahu
Maka kita buatlah perkara yg Allah redho.
Tidak ada nilai kedudukan kita di sisi Allah melainkan mendapat keampunam-Nya. Setinggi² pangkat, seorang raja sekali pon, di sepanjang Ramadhan lebih² lagi ketikamana bertemu dengan malam lailatur qadar, minta lah pada Allah. Mohon keampunan Allah Taala...🤲
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment