Kueh Seri Muka

Alhamdulillah baru lepas try seri muka yang buat petang tadi. Ouwh tersangat sedap! Untuk makluman, dalam minggu ni saja dah dua kali kukus seri muka...hehe

Kueh seri muka antara kueh tempatan yang menjadi kesukaan saya. Jadi boleh kata kerap la jugak buat seri muka. Kalau teringat nak makan kueh ni, boleh pula dandan tu cari pulut, terus kukus pulut dan segera siapkan bahan2 lain yang perlu.

Ok lah, tanpa membuang banyak masa, meh kita pakat. tengok resepi mudah tentang bagaimana cara nak buat kueh seri muka yang sangat sedap ini..;)
..macam ni..

Bahan yang perlu ada untuk buat lapisan bawah:
Beras pulut 1  1/2 cawan
Santan sederhana pekat
garam
Sehelai daun pandan

Caranya:
Panaskan air dalam kukusan. Kukus pulut dengan santan bergaram selama 15 - 20minit. Paras santan agak2 tenggelam pulut. Setelah masak, alihkan pulut dalam loyang lain yang bersih, kemudian tekan2 lah pulut biar agak2 padat tak berterabur. Kukus balik selama 5 minit. Angkat dan ketepikan sebentar.


Cara buat lapisan atas kueh seri muka:
Bahan yang diperlukan:
3/4 cawan tepung gandum serbaguna
1 sudu besar tepung ubi kayu
1/2 cawan gula pasir (tambah 1sudu besar lagi)
3/4 cawan air daun pandan
(tambah ceriakan kaler dengan beberapa titik pewarna hijau. Star Brand
1  1/2 cawan santan(santan mesti pekat tak boleh cair-cair)
Sebiji telor
Secubit dua garam

Kesemua bahan dicampurlan dalam satu mangkuk, adun biar sampai hancur gula. Tapis dengan penapis santan untuk dapatkan adunan yang licin tanpa ada tepung yang berbintil. Sebelum dituang atas lapisan pulut, taburkan sikit tepung gandum atas pulut. Tabur serata. Kemudian tuang lah lapisan hijau atas pulut lalu dikukus selama 20 - 25 minit.

Selamat mengukus kueh seri muka.

1 comment:

Anonymous said...

Sedapnya kueh sri muka ini, kalau pekena dengan air klapa shake....fuuuuhhh lagi power !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...