Zikir Munajat - Ustaz Dzulkarnain Hamzah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dapat mendengar sendiri suara Ustaz Dzulkarnain secara live di masjid kami sekejap tadi. Ustaz Dzulkarnain hadir sebagai penceramah jemputan untuk menyampaikan tazkirah dalam slot Kuliah Maghrib. Dan saya hanya menyedari kehadiran ustaz takkala mendengar bacaan beliau ketika menjadi imam untuk solat Isyak selepas sesi tazkirah berakhir.  

Hati teruja bila pasti suara itu adalah suara Ustaz Dzulkarnain.  Kami datang tadi pun dah agak lambat, itu yang pada mulanya tidak pasti ustaz mana yang sedang berucap di depan.  Tak perasan rupa-rupanya yang ada kat depan tu ialah Ustaz Dzulkarnain Hamzah. 

Alhamdulillah, memang dari dulu begitu suka dengar zikir2 yang di-alun oleh ustaz.  Pernah di satu ketika, semasa anak saya bekerja di kedai buku berhampiran, katanya ramai yang datang mencari cd zikir ustaz.  Saya sendiri pula hanya download zikir ustaz melalui you-tube sahaja.  

Mari kita dengarkan Zikir Munajat oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah...



No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...