Kek Pisang sukat cawan





Alhamdulillah... bila tiba hari Jumaat selalu teringat nak post resepi dekat matahati.  Jadi hari ni nak kongsi resepi Kek Pisang yang sedap lagi lembap.. hehe.. betul ke eja tu, lembap ke lembab? Mana-mana la eh...


Kek Pisang ni saya buat pakai sukat cawan je resepinya. Yang start start pakai sukat cawan untuk kek pisang ni sebab alat penimbang kueh kat rumah rosak.  Dah ditukar bateri pun, tekan-tekan tak mau keluar juga nombornya. Tak boleh jadi nih, nak tunggu tukar alat penimbang digital yang baru, tak tahu bila... tunggu nanti betul2 nak kena guna dia baru pegi cari ganti. Jadi dalam dua tiga bulan ni, buat kek pakai yang sukat2 cawan je.. he he

Pisang Emas setandan yang masak hari tu dah selamat guna buat lempeng pisang, jemput pisang dan lastnya buat kek pisang. Jengok kat laman nampak ada tiga tandan lagi pisang yang sedang dalam proses nak masak.. satu pisang Emas, satu pisang Awak dan satu lagi pisang Abu(pise Kebatu)... alhamdulillah segala puji bagi Allah... :)

Jom tengok resepi...
KEK PISANG sukat cawan

¾ cawan minyak daisy 
¾  cawan gula 
3 biji telor 
1 sudu kecil vanilla
11biji pisang emas/pisang lemak manis (kalau guna pisang Berangan: 4 - 5 biji) 


½ sudu kecil garam
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1½ cawan tepong gandum serbaguna

Caranya mudah:
Panaskan oven berserta loyang yang dah disapu margerin, 180°C
Pukul telor dan gula . 
Masukkan vanilla, garam dan pisang yang dilecek.
Kemudian campurkan tepung serta baking powder + baking soda , balik-balikkan dan kacau rata.

Bakarlah selama 45 minit - sejam.
Sedap sangat kek pisang. Sesuai untuk breakfast dan juga minum petang.
ALHAMDULILLAH.
............................

**Baru-baru ini ada post citer pasal Kek Coklat.  Tadi baru updatekan resepinya sekali. Jom ke sana kita... ~ VERY MOIST CHOCOLATE CAKE


1 comment:

Anonymous said...

Satu lagi ilmu bermanfaat di hari Jumaat penghulu segala hari. Semoga ada nilaiannya di sisi Allah dan memberi pulangan pahala berpanjangan selagi mana di manfaatkan oleh orang ramai. Amiin.

Blog Archive

KURSUS HAJI 2023 ~ bimbingan: Ustad Hj Md Roslan Muhammad Jaafar

Minggu 1

Pergi Haji

Minggu ke 9

Minggu ke 12

Panggilan ke Tanah Suci bukan soal cepat atau lambat, tetapi rahsia ALLAH yang hadir tepat pada waktunya... إن شاء الله

Umrah♡