Barang Keperluan Pergi Umrah

..bersambung dari SINI


Untuk perjalanan umrah ini, saya hanya bawa 
  • 4helai jubah termasuk yang sedang dipakai, 
  • 4helai seluar panjang palazo untuk pakai dengan jubah/blouse
  • 2helai blouse labuh 
  • 3helai caften untuk tidur/pakai dalam bilik
  • 1helai towel 
  • 4 + 7 pakaian dalam 
  • patty liner
  • 3helai wide shawl
  • 2helai telekung 1 hitam 1 putih 
  • 2helai mini telekung 1 kelabu 1 kaler belachan Rasanya macam tak perlu bawak kain untuk telekung, di sana kita hanya pakai jubah dan seluar kemudian terus sarung telekung, handsock dan stoking kaki.
  • 6 hanger baju
  • Seliper jepun utk pakai dalam bilik air di bilik hotel(wakaf utk ramai2 pakai) 
  • Sabun mandi Shokobutsu dan syampoo(pack sederhana utk keperluan saya dan anak) 
  • Ubat-ubatan
  • Jangan lupa untuk bawa sejadah saiz biasa yang nipis(bukan sekadar sejadah muka/ kecil). Saya bawak dua-dua tapi nampak macam sejadah saiz biasa lebih praktikal sebab ada masa kita tak dapat tempat yang berkarpet untuk solat. Lantai marmarnya sangat sejuk jadi elok bawak sejadah bersaiz biasa boleh lapik duduk sekali. Sejadah biar sentiasa ada dalam beg sandang/sling. 
  • Beg sandang belakang yang ringan dan juga beg sling(dari agensi umrah) amat praktikal dipakai semasa di sana. Di dalam beg sandang belakang mesti standby satu lagi beg plastik di dalam nya untuk isi seliper/kasut kita masa nak masuk masjid. Seliper seeloknya biar ada bersama2 kita ke mana saja kita pergi.

Beg sandang belakang bertali macam ni

Semasa di Mekah saya merajinkan diri (terpaksa) basuh pakaian yang hendak di ulang pakai. Basuh pakai sabun mandi hotel tu je. Kicah2 sekejap di sinki. Lepas  dah bilas bersih, gantung biar dah agak2 kering air(dah tak menitik) sambung sidai kat ruang bilik. Gantung kat pintu lemari, inshaaAllah cepat kering dalam udara aircond yang sejuk. Pakaian dalam seeloknya dibasuh setiapkali kita mandi agar ada je standby yang bersih tidak terputus bekalan pakaian dalam.

Rakan jemaah dari bilik lain ada yang panggil orang dobi je datang ambil baju di bilik supaya dapat rolling baju dengan cepat. Tapi agak mahal lah sikit caj dobi di Mekah, dengar khabar dobi 18rial per kg, kalau ada manik2 kat jubah harga lagi mahal. Allahu sangat mahal lah bagi saya. (tak pasti kalau di hotel lain boleh dapat murah harga dobi)

Kalau berhajat nak beli beberapa helai jubah samada di Mekah atau Madinah, elok lah bawa pakaian lebih kurang macam yang saya bawa saja atau lagi kurang. Sebab nya nanti time balik logiknya beg akan berganda berat atau beranak(tambah beg lain). Luggage yang kena check-in tidak boleh melebihi 30kg bagi setiap orang. Jadi kita bila dah membeli kurma tu, tentu lah bukan beli setakat sekilo. Tentu lah berkilo2 campur dengan buah tin, kacang2 dan ole2 lain nya. Jadi langkah awal yang selamat, bawak pakaian seadanya saja.

Wallahu'alam. 


..bersambung.. Umrah Sunat Pertama (di SINI)

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...