Perlu Sihat Untuk Umrah




....bersambung dari SINI

Innalillah... Selepas selesai Umrah Wajib, esoknya saya mula rasa sakit tekak..Allahu..Jadi tak sedap hati, sebab tahu biasanya lepas sakit tekak akan timbul rasa yang seterusnya. Seperti yang dijangka saya mula tak sedap badan dan mula demam selepas itu. Menggigil sejuk tapi badan panas.  Mungkin juga tak biasa duk dalam aircond sedangkan di sana keluar masuk bilik dan tidur malam dalam aircond. Itu yang memberi kredit sedikit sebanyak.

Dan lagi badan mungkin terkejut dengan kerja tawaf dan saie yang dibuat kerana all the while mana saya ada buat exercise secara konsisten di rumah (@ malaysia). Itu lah takdir Allah, saya demam on and off. Selepas 4jam, bila dah habis ketahanan ubat paracetamol yang dimakan, demam datang balik. Bila perkara ini sampai ke pengetahuan mutawif, alhamdulillah mereka suami isteri mengajak saya pergi ke klinik hotel (percuma) Namun timbul masalah bila pihak klinik minta pergi ke klinik satu lagi yang jarak perjalanan agak jauh dan kena naik kereta. So decide pergi beli antibiotik kat farmasi bawah hotel je lah yang... mashaAllah mahal yang amat.. 6biji antibiotik(untuk tiga kali makan) berharga 50rial...Allahu. Tergamam seketika tapi terpaksa beli juga sebab at-least itu ikhtiar saya untuk kembali sihat dengan izin Allah.

Jadi dalam hal ini, rasanya saranan ustad dalam kursus haji yang tak jemu2 berpesan minta kita konsisten jogging  atau 'take a walk' setiap hari itu, memang sangat ada benarnya. Kalau badan kita regular melakukan exercise setiap hari atau selang sehari selama berbulan2 sebelum berangkat mengerjakan haji atau umrah, inshaaAllah kondisi badan kita berada dalam keadaan bersedia mempersiapkan diri untuk suatu tugasan yang memerlukan stamina.

Dan satu perkara lagi yang kita kena ambil perhatian ialah mesti bawa ubat-ubatan yang mungkin sangat diperlukan semasa di sana.  Selain dari paracetamol atau panadol active fast jangan terlupa untuk siap2 beli antibiotik untuk dos yang cukup jika demam. Ubat batuk pun elok dibawa dari Malaysia samada yang cecair atau yang pil. Jika nak beli ubat batuk di farmasi Mekah harganya 9rial sebotol.

Alhamdulillah demam beransur pulih selepas itu. Dalam masa yang sama saya gagahkan diri buat tawaf sunat semasa beriktikaf di masjid. Teringat pesan ustad... "ada masa buat lah tawaf sunat. Ianya lebih afdal dari buat solat sunat sebab kita berada di masjidil haram  yang di dalamnya ada Kaabah. Ia tidak ada di tempat lain. Jadi sangat besar manafaatnya jika kita rajin buat tawaf sunat" **Berbeza dengan saie, tiada istilah dan perbuatan Saie Sunat.

~~~~~~~~~~~~~~
Hari Khamis dan Jumaat aktiviti bebas bagi kami, tidak terikat dengan jadual mutawif. Jadi kami masing2 cuba manafaatkan sebaik mungkin hari yang tanpa aktiviti ziarah dan umrah itu dengan acara masing2. Ada yang lama duduk beriktikaf di masjid..isi masa dengan mengaji quran, berdoa dan berzikir. Ada yang buat solat sunat  dan tawaf sunat. Ada yang berusaha untuk sampai dekat dengan kaabah, berdoa depan pintu kaabah, memegang kaabah dan solat dalam hijir Ismail.






Subhanallah... Suatu suasana yang tak pernah saya lihat sebelum ini. Kerap hati ini terharu melihat pelbagai suasana di hadapan kaabah. Terlihat ramai warga emas yang sangat uzur namun masih gagahkan diri melakukan tawaf. Terlihat ramai warga OKU yang melakukan tawaf dalam keadaan mengensot ditengah2 ribuan hambaAllah yang berjalan kaki.

Ramai yang berkerusi roda disorong oleh anak lelaki atau suami masing2. Terlihat ramai yang berbakti pada ibubapa, dapat dilihat dari cahaya wajah masing2 melalui kesungguhan menyorong kerusi roda ibu, ada yang tolong pimpin hingga selesai ibu/bapa mengerjakan tawaf..Allahu Akbar... Moga daku juga direzekikan Allah punya anak2 yang soleh dan solehah yang sanggup berbakti di saat daku tidak berdaya ya Allah... Aamiinn

Sambungan di SINI

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...