Tazkirah 2 Ramadhan 1446H


Bismillahirrahmanirrahim

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertama bulan Ramadan, syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintunya yang terbuka. Pintu-pintu syurga dibuka, tidak ada satupun pintunya yang tertutup. Lalu seorang penyeru menyeru: “Wahai yang mengharapkan kebaikan, bersegeralah (kepada ketaatan). Wahai yang mengharapkan keburukan, berhentilah (daripada melakukan keburukan). Allah SWT akan membebaskan hambahamba-Nya daripada api neraka dan perkara tersebut berlaku pada setiap malam(di bulan Ramadan).”

Riwayat Ibnu Majah


Kata ustad... ada yang tak sempat masuk Ramadhan tahun ini. Allah dah jemput dia. Moga² Allah tempatkan di tempat yang baik. Muhasabah diri, jika Allah jemput bagaimanakah amal kita. Kalau banyak amal baik, maka selamat lah kita namun jika amal tak banyak mana ditambah dengan banyaknya dosa, habis bagaimana hendak mengadap Allah. Kita yang masih ada di dunia ini, kita masih berkesempatan berbuat apa yang baik untuk kita.

Kita ada pilihan untuk buat yang baik atau yang tak baik. Kita nak jadi hamba yang mana? Dosa yang kita buat banyak. Kita yang berpeluang masuk ke bulan Ramadhan ini, sebaiknya kita gunakanlah dengan bersungguh² keberadaan kita di bulan yang mulia ini, mudah-mudahan Allah terima amal kita dan bila kita keluar dari Ramadhan ini kita bersih dari dosa, suci seperti kain putih.


Sebelum solat subuh, pastikan kita buat kobliyah subuh. Kalau kita istiqamah inshaaAllah akan jadi tabiat kita dan berterusan lah sampai bila². Latih diri kita buat amalan soleh sepanjang bulan ini contoh, baca quran dan bangun solat malam. Setiap amalan yang kita buat di bulan  Ramadhan inshaaAllah Allah akan campakkan rasa manis di saat mengerjakannya. Dengan izin Allah dapat terus istiqamah mengerjakannya selepas keluar dari bulan Ramadhan. 

Wallahu'alam.


Tazkirah 1 di bulan Ramadhan 1446H


Bismillahirrahmanirrahim.

Bulan Ramadan adalah bulan suci yang kita semua nanti²kan. Alhamdulillah Allah masih memberi  peluang untuk kita dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan.  Ada ahli keluarga yang tak sempat bertemu Ramadhan kali ini kerana telah dijemput kembali pada Allah.

Umat Islam diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan sepertimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” 


Sangat banyak kelebihan yang terdapat di bulan Ramadhan. Pada tazkirah pertama ini, ustad sebut 

8 kelebihan bulan Ramadhan iaitu:

1.Syaitan dan iblis di-ikat/dibelenggu. Pintu² neraka ditutup dan pintu² syurga dibuka.

Wahai yang mengharapkan kebaikan, berhentilah melakukan kejahatan.  Apa saja ibadah akan diganda pahala.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertama bulan Ramadan, syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintunya yang terbuka. Pintu-pintu syurga dibuka, tidak ada satupun pintunya yang tertutup. Lalu seorang penyeru menyeru: “Wahai yang mengharapkan kebaikan, bersegeralah (kepada ketaatan). Wahai yang mengharapkan keburukan, berhentilah (daripada melakukan keburukan). Allah SWT akan membebaskan hambahamba-Nya daripada api neraka dan perkara tersebut berlaku pada setiap malam(di bulan Ramadan).”

Riwayat Ibnu Majah


2.Akan diampunkan dosa² yang lepas .

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu”. – Hadis Riwayat al-Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban dan al-Baihaqi.

Makanya dalam bulan ini amat rugilah orang yang jumpa bulan Ramadhan, namun dosa dia tak diampunkan.  Jadi kena banyak beristighfar. Sentiasa mintak ampun. Pesan ustad, pabila terjaga di tengah malam, istighfar banyak² sekalipun tak mampu nak bangun untuk solat malam.


3.Puasa dan Alquran akan memberi syafaat.

Daripada Abdullah bin Amru RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Puasa dan alQuran akan memberikan syafaat kepada hamba (orang yang berpuasa dan yang sentiasa membaca al-Quran) di hari kiamat nanti. Puasa akan berkata: “Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah menahan hamba-Mu ini daripada makan, minum dan perkara syahwat pada waktu siang, maka terimalah syafaatku kepadanya.” Manakala al-Quran pula akan berkata: “Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah menahan hamba-Mu ini daripada tidur di malam hari, maka terimalah syafaatku kepadanya.” Baginda SAW bersabda: “Maka Allah pun menerima kedua-dua syafaat tersebut.”

Tiada alasan utk kita tak baca alquran di bulan Ramadhan. Banyak² baca quran. Dalam bulan ni, takde masalah walaupun kita baca alquran merangkak², maknanya tak begitu lancar. Elok lah kalau dapat ikut bertadarrus sama², beramai². Manafaatkan betul² Ramadhan kali ini.


4.Puasa bulan Ramadhan akan hapuskan dosa. 

Di bulan Ramadhan kita layak dapat pengampunan dan dihapuskan dosa-dosa oleh Allah Taala. 

Sebagaimana disebut dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA,bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Solat lima waktu, hari Jumaat ke Jumaat (berikutnya) dan Ramadan ke Ramadan (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara tempoh tersebut sekiranya (seseorang itu) menjauhi dosa-dosa besar.”

Riwayat Muslim


Marilah kita bersungguh-sungguh melakukan amal kerana mati itu tak kira muda atau tua. Mati itu boleh pada bila² masa... Allahu


5. ALLAH  sendiri akan bagi pahala buat orang berpuasa.  

Amalan lain untuk diri sendiri tapi puasa milik Allah. Maka Allah sendiri yang akan membalasnya. Yang tau kita berpuasa hanya diri kita dan Allah shaja. Solat, org nmpk. Zakat orang tahu/nampak. Tapi puasa hanya kita dan Allah sahaja tahu. Puasa adalah rahsia. Takde siapa pun tahu, contoh: kalau kita curi² makan.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman (hadith qudsi): Setiap amalan anakAdam adalah untuk dirinya melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu milik-Ku (Allah) dan Akulah yang akan membalasnya.”

Riwayat al-Bukhari


6. Dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa iaitu apabila dia berbuka dan waktu bertemu dengan Allah. 

Kita terliur semua benda sebelum nak brbuka, sampai ke waktu nk berbuka tu kita gembira, tak sabar, kita seronok. Seronok yg kedua, bila berjumpa dengan Allah kerana ganjaran puasa sangat besar.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan yang dia akan bergembira dengan kedua-duanya; (pertama) apabila berbuka dia bergembira dan(kedua) apabila berjumpa dengan Tuhannya, dia bergembira disebabkan (ganjaran) ibadah puasanya itu.”

Riwayat al-Bukhari


7. Pahala berganda². 

Bulan ini bulan yg terbaik kita nk beramal soleh. Promosi/peluang ini hanya dpt di bulan romadhan.

Untuk amalan kita di bulan puasa pahala sehingga 10 kali ganda sampai 700 kali ganda. Itu utk amalan/ ibadah lain. Utk ibadah puasa pula , pahalanya dalam rahsia Allah. Baca quran, pahala berlipat kali ganda. Urusan nk kira pahala, bukan kita. Jadi buat je. Kita hy buat je ibadah, Allah akan kira nanti.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Setiap amalan anak Adam digandakan pahalanya daripada 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: “Melainkan puasa, sesungguhnya ia milik-Ku (Allah) dan Aku-lah yang akan membalasnya. Dia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwatnya daN makanannya kerana-Ku.”

Riwayat Muslim


8. Ancaman bagi yang sia²kan Ramadhan. 

Nabi SAW mengaminkan tiga kali sewaktu menaiki tangga mimbar atas doa yang diucapkan oleh Jibril iaitu

1. Rugi lah bagi orang yang berada dalam bulan Ramadhan namun diasanya tak di-ampun

2. Celakalah bagi orang yang ibubspa nya masih hidup namun dia tak berbakti kepada kedua mereka

3. Celakalah bagi orang yang bila disebut nama Nabi SAW, namun dia tidak berselawat ke atas Nabi SAW.


Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, bahawa Nabi SAW menaiki mimbar, ketika Baginda melangkah anak tangga yang pertama, Baginda menyebut: “Amin”, kemudian apabila melangkah anak tangga yang kedua, Baginda menyebut: “Amin”, kemudian apabila melangkah anak tangga ketiga, Baginda menyebut: “Amin”. Para sahabat bertanya: “Ya Rasullullah, kami mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali”. Baginda menjawab: “Ketika aku melangkah anak tangga yang pertama, Jibril datang kepadaku dan berkata: “Celakalah seseorang hamba yang bertemu dengan Ramadan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya. Lalu aku pun menyebut: “Amin.” Kemudian Jibril berkata: “Celakalah seseorang hamba yang ibu bapanya masih hidup atau salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi hal itu tidak memasukkannya ke dalam syurga (kerana tidak berbakti kepada ibu bapanya). Aku pun menyebut: “Amin.” Kemudian Jibril berkata: “Celakalah seseorang hamba yang nama engkau (iaitu nama Rasullullah ﷺ ) disebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau. Aku pun menyebut: “Amin.”

Riwayat al-Bukhari 



Allahu Akbar.

Mari lah kita sama² mengambil siriyes tentang pesanan pesanan ini agar kita termasuk dalam orang yang beruntung di bulan Ramadhan..Aamin ya Robbal Alamin.

Blog Archive