Bismillahirrahmanirrahim.
Malam tadi sesungguhnya kita berada di malam 23 Ramadhan, malam ganjil yang dituntut untuk kita lebihkan usaha dalam pemburuan malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Namun, daku bersama en suami dan anaknda hadir untuk satu event iftar tempat anakku bekerja. Kami suami isteri minta anak bawakan air kosong dan kurma untuk hanya berbuka di surau event space tersebut. Niatnya supaya tidak lah kena keluar-masuk dewan dan kembali naik ke Surau untuk solat selepas berbuka. Dah selamat berbuka, terus bangun solat Maghrib. Semasa masih di pertengahan solat, seorang demi seorang masuk solat. Semua yang masuk ikut sama berimamkan en suami, agak² dalam 20 orang gitu. Usai solat, kami cepat² turun sebelum yang lain² datang terjah surau untuk Maghrib. Semua yang dalam dewan iftar ada seramai kira² 200 orang kesemuanya. Moga bertambah² rezeki Syarikat..amiin
Alhamdulillah ada pelbagai juadah iftar disediakan. Saya makan apa yang rasa nak makan sahaja. Makan nasi dan ambil lauk ikan salmon celop tepong dan sayur². Rasa jugak Satay dan Kambing Bakar. Boleh tahan, best! Teh tarik sangat sedap minum panas² makan dengan kueh² dan dessert.
Sepanjang majlis iftar, saya sesekali 'masuk balik' ke dunia saya, buka website yang dapat baca² tazkirah di samping diam² berselawat di dalam hati walau duduk di tengah² suasana yang meriah dengan macam-macam bunyi-bunyian dan suara. Alhamdulillah kita rai'kan suasana. Majlis iftar berjalan lancar dengan pelbagai aturcara Syarikat bagi merai'kan kesemua staff dan ahli keluarga. Jazakumullah khairan katsiran.
Setelah selesai semua, membawa bersama kenangan manis kami menghantar anaknda balik ke rumah sewanya dan kami pula sampai ke rumah jam 1 pagi. MasyaAllah.
Selepas bersihkan diri, baru nak solat Isyak. Alhamdulillah dapat teruskan sampai selesai teraweh 8 rakaat, sebelum cuba lelapkan mata. En suami jam 3pagi keluar beriktikaf di masjid. Daku bersahur seadanya seorang diri jam 5.30 pagi. Alhamdulillah.
Begitulah kisahnya malam tadi. Moga Allah beri kekuatan dan semangat untuk kita sama² lebihkan usaha mencari keredhaan Allah. Amin.
♡♡♡♡♡♡♡♡
Amalan yang boleh dilakukan untuk digandakan sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan. Antaranya ialah:
1) melakukan qiyam -hidupkan malam hari dengan bersolat
2) memperbanyak baca quran
3) bersedekah dan infaq
4) menjamu orang buka puasa
5) memperbanyak doa
6) taubat dan istighfar
7) iktikaf di masjid
Wallahu a'lam.
3 comments:
Alhamdulillah teruskan sgala kebaikan dan amal soleh di hari2 akhir ramadan kali ini. Sesungguhnya anugerah ini sangat besar dan tidak tentu kita akn memperolehnya lagi. Jgn sia2kan anugerah Allah ini.
Seronok baca cerita kak tie
Alhamdulillah,,seronoknya sesekali kembali ke dunia blogging, ada lg sahabat yg masih aktif update di sini. Salam Ramadhan Kareem Kak.
Post a Comment