Tazkirah 6 Ramadhan 1466H

Bismillahirrahmanirrahim


Allah sudah menyebutkan di dalam Al-Quran bahawa tujuan diwajibkannya ibadah puasa Ramadhan adalah untuk meningkatkan darjat orang-orang beriman menjadi orang-orang bertakwa.

Seperti Allah sebutkan di dalam ayat :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”. (QS Al-Baqarah: 183).


Takwa itu sendiri secara bahasa bermakna : hati-hati, waspada, menjaga, takut.

Adapun takwa secara istilah bermakna : menta’ati Allah dan tidak memaksiati-Nya, mengingat Allah dan tidak melupakan-Nya, mensyukuri nikmat Allah dan tidak mengkufuri-Nya, atau dengan kata lain menjalankan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Ibnu ‘Abbas ra berkata, bahawa taqwa dengan sebenar-benar taqwa adalah taqwa dengan jihad di jalan-Nya dengan sebenar-benar jihad, tidak takut terhadap celaan orang-orang yang mencela.

Lebih luas lagi, takwa sebagai hasil puasa Ramadhan bermakna menjalankan segala kewajiban dan ibadah tambahan, serta menjauhi semua larangan dan perkara syubhah, perkara yang merosakkan, lagha dan makruh (tidak disukai).


Firman Allah yang ertinya : “Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan”. (Q.S. An-Nahl [16]: 128).

Dengan takwa, seseorang menjadi mulia di sisi Allah SWT.


Takwa itulah merupakan bekal terbaik untuk menghadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sebagaimana firman Allah yang ertinya:

 “Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku, wahai orang-orang yang berakal.” (Q.S. Al-Baqarah  [2]: 197).


Dengan takwa harta menjadi barakah, ilmu menjadi manfaat, hidup menjadi bermakna, bermutu dan berkualiti. Dengan taqwa niscaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar, dan dengan takwa Allah akan memberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya.

Semoga kita menjadi insan bertaqwa... 

آمين يا رب العالمين

~~~~~~~~~~~~~

Dari Abdullah bin Umar ra dia berkata: ”Rasulullah SAW bersabda: ”Di-dirikan Islam itu di atas lima sendi: mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah  dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan haji ke Baitullah” (HR. Bukhari dan Muslim)


Wallahu'alam.



1 comment:

Anonymous said...

Jalani bulan ramadan ini sebagai tarbiyah @latihan amal soleh agar bisa mencapai tahap hamba Allah yg bertaqwa. Ramadan pantas berlalu, minggu pertama sudah hampir meninggalkan kita. Kukuhhkn iman, kuatkan ruhani dan jasmani agar 3 minggu yg mendatang ini di optimumkan sepenuhnya dgn sgala kebaikan. Ini mungkin ramadan terakhir kita. Teruskan perjuangan !!

Blog Archive