Tazkirah 27 Ramadhan 1446H

Bismillahirrahmanirrahim


Allah SWT amat menyukai hamba yang mendekatkan diri kepadanya.

“Dari Anas bin Malik dan Abu Hurairah RA dari Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan dari Tuhannya, Dia berfirman, “Jika seorang hamba mendekati-Ku sejengkal, nescaya Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, nescaya Aku mendekatinya satu depa. Jika dia mendatangi-Ku dengan berjalan kaki, nescaya Aku mendatanginya dengan berlari kecil.” 

(Hadis Riwayat Bukhari) hadis sahih


“Dari Abu Umamah R.A dari Rasulullah S.A.W bahawa Baginda bersabda yang maksudnya: “Hendaklah kalian melakukan solat malam kerana solat malam adalah kebiasaan amalan orang-orang soleh sebelum kalian, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT menghapus keburukan, serta mencegah dosa.”

(Hadis Riwayat Tirmizi No: 3472) Status: Hasan Sahih


Sebuah hadis yang diriwayatkan dari isteri Nabi Muhammad SAW Aisyah RA beliau berkata, yang maksudnya: 

“Rasulullah SAW tidur pada awal malam dan bangun pada penghujung malam. Lalu beliau melakukan solat.””

(Muttafaq ‘alaih)

2 comments:

Anonymous said...

Redup dan hujan gerimis hari ini mungkin petanda Lailatul Qadar mlm tadi. Insya-Allah. Teruskan istiqamah dlm amal soleh.

nur said...

آمين يا رب العالمين

Blog Archive