Bismillahirrahmanirrahim
Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Allah berfirman: “Semua amal perbuatan anak Adam (manusia) adalah untuknya melainkan puasa, kerana sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Aku yang akan memberinya ganjaran (pahala). Puasa itu adalah merupakan perisai. Oleh itu, janganlah berkata keji dan jangan pula berteriak-teriak. Sekiranya ada seseorang mencelanya atau memeranginya, maka katakanlah,“Sesungguhnya aku berpuasa.” Demi Dia (Allah) yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT daripada aroma minyak kasturi. Orang yang berpuasa itu memiliki dua kegembiraan, dia berasa gembira dengan dua perkara, iaitu apabila berbuka dia berasa gembira dan apabila bertemu Tuhannya, dia berasa gembira dengan puasanya.
Riwayat al-Bukhari (1904)
............................
Kadar masa antara selepas Sahur dan masuk Subuh dijelaskan sebagaimana hadis yang bermaksud:
Kami telah bersahur bersama Nabi SAW kemudian kami mendirikan solat (solat sunat). Aku telah berkata (iaitu Anas bin Malik RA bertanyakan kepada Zaid bin Thabit RA): “Berapakah kiranya (masa) di antara azan dan sahur itu?”. Jawab Zaid bin Thabit RA: “Sekadar bacaan 50 ayat (al-Quran)”.
Riwayat Al-Bukhari (1921) & Al-Tirmizi (703)
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan kadar bacaan 50 ayat tersebut adalah kadar bacaan sederhana. Tidak terlalu laju dan tidak pula terlalu lambat. Begitu juga dengan kadar panjang ayat yang sederhana. Tidaklah ayat yang penjang, tidak juga ayat yang terlalu pendek.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment