Tazkirah 26 Ramadan 1446H

Bismillahirrahmanirrahim


Pesan ulamak: "Satu-satunya khalwat (bersendirian) yang disyariatkan buat umat ini hanyalah ibadah iktikaf di dalam masjid. Jadikanlah ia sebagai medan untuk kita bersendirian dengan Allah swt, asyik dalam beribadah kepadaNya serta merasai kelazatan taat dalam melakukan perintahNya".

Rebutlah peluang beribadah dan bermunajat kepada Allah dengan beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan di masjid. Gandakan amal ibadah agar kita beroleh kelebihan beramal terutama di malam al-Qadar.

...........................

Doa yang di-ajar oleh Nabi SAW kepada isterinya iaitu Aisyah RA apabila bertemu malam lailatul qadar.

Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Rumi: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni.

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”. 

[Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah (3850) dan Ahmad (25384)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih. Manakala Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini sebagai sahih dan perawi-perawinya adalah thiqah]


Semoga Allah SWT mempertemukan kita dengan malam al-Qadar. Aamiinn..


5 comments:

nur said...

Malam ini malam jumaat jatuh pada malam ganjil 27 Ramadan, jom kita lebihkan effort, إن شاء الله
آمِيْن اللّهُمَّ آمِيْن

Anonymous said...

Jom iktiqaf d masjid d mlm ke-27 ini, mlm jumaat. Insya-Allah ditemukan dgn Lailatul Qadar.

nur said...

Hari ni khamis mlm jumaat....esok jumaat terakhir di bulan Ramadhan ~ Jah

nur said...

Sedihnya Ramadhan akan berlalu pergi...semoga kite direzkikan unt bertemu dgn mlm lailatulqadar...Aamiin
~ kak dah

Malam nie rebut peluang lailatul qadar..Khamis malam Jumaat..
~ kak ros

Anonymous said...

semoga kita bertemu dgn malam lailatulqadar.. semoga doa kita diperkenankan oleh Allah aminnnn

Blog Archive