Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, kita hidupkan 10 malam terakhir Ramadhan. Biar bersemangat.
Bermula dari maghrib malam ini sampai berakhir Ramadhan, InshaaAllah kita ada potensi untuk mendapat Malam Lailatul Qadar..Aamiin.
Jauhi diri kita dari sifat tercela.
Jaga akhlak, jaga tutur kata. Setiap kata² itu adalah doa.
Hidupkan suasana ibadah.
Rasulullah SAW bersabda;
“Siapa yang solat malam di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan mengharap redho Allah maka akan di-ampuni dosanya yang telah lalu” (HR. Bukhori dan Muslim)
...............................
Rasulullah SAW juga dalam hadits menyebutkan keutamaan iktikaf di sepuluh malam terakhir. Rasulullah SAW bersabda,Artinya: "Siapa yang ingin beri'tikaf bersamaku, maka beriktikaflah pada sepuluh malam terakhir," (HR Ibnu Hibban).
Daripada Abdullah Ibn Umar R.A beliau berkata:Maksudnya: Adalah Rasulullah S.A.W itu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.
Riwayat al-Bukhari (2025)
..................................
Untunglah bagi orang yang tak melepaskan peluang beribadah setiap malam. Jangan kita terkecuali mencari Lailatul Qadar.
Rasulullah SAW memberikan beberapa petunjuk:
"Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan." (HR. Bukhari No. 2020, Muslim No. 1169)
Rasulullah SAW bersabda: ''Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya.'' (HR Bukhari 4/221 dan Muslim 1165)
"Carilah pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan." (HR Bukhari No. 2017)
Namun, kerana waktu pastinya tidak diketahui secara pasti, sebaiknya kita memperbanyak ibadah di semua malam ganjil dalam sepuluh hari terakhir Ramadhan.
..........................
Allah memerhatikan ibadah yang kita lakukan. Tempat jatuh pandangan Allah ialah hati atas amalan kita. Jadi bersihkan hati kita agar amalan diterima Allah.
Ini jelas disebut, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu.” (HR Muslim dan Tabrani)
Perbanyakkan melakukan amal soleh dengan mengharap semata² kerana Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: Sesungguhnya setiap amalan itu dinilai berdasarkan niat.(Riwayat al-Bukhari)
Betapa banyak rahsia dan hikmah di sebalik malam yang lebih baik dari seribu bulan. Semoga malam yang berbaki di bulan Ramadhan ini, kita manfaatkan sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
آمين يا رب العالمين
No comments:
Post a Comment