Tazkirah 3 Ramadhan 1446H


Bismillahirrahmanirrahim


1.Bau mulut yang keluar daripada mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah  s.w.t daripada bau haruman kasturi.

Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A:

Maksudnya: “Demi diriku yang berada ditangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada bau kasturi. Mereka meninggalkan makan minum dan nafsu syahwat kerana-Ku". Riwayat al-Bukhari (1771)

2. Ikan-ikan di laut akan beristighfar memohon keampunan terhadap orang yang berpuasa.

3. Orang yang berpuasa akan di berikan Syurga yang dihiasi untuk mereka. 

4. Syaitan - syaitan yang durjana dirantai yang hasilnya maksiat berkurangan. 

5. Diampunkan dosa di akhir Ramadhan.


Abu Hurairah r.a berkata bahawa baginda Nabi Muhammad SAW bersabda, yang bermaksud:

“Umatku dikurniai lima keistimewaan pada bulan Ramadhan yang belum pernah diberikan kepada umat-umat sebelum mereka.(Pertama) bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT lebih disukai daripada wangi minyak kasturi. (Kedua) ikan-ikan akan memohonkan ampunan untuk mereka, sampai mereka berbuka. (Ketiga) Allah SWT menghiasi Syurga-Nya setiap hari dan berfirman kepadanya, ‘Saatnya hampir tiba bagi hamba-hamba-Ku yang soleh, mereka akan melepaskan diri dari segala kesusahan dunia, dan mereka akan datang kepadamu. (Keempat) syaitan-syaitan yang sangat jahat akan dibelenggu sehingga tidak dapat menggoda umatku sebagaimana mereka biasa menggoda saat bulan-bulan lain. (Kelima) pada malam terakhir bulan tersebut, mereka akan diampuni.”

Ada seorang sahabat yang bertanya, “Ya Rasulullah, apakah malam pengampunan itu malam Lailatul Qadar?” Nabi Muhammad SAW bersabda, “Bukan, tetapi seorang pekerja akan diberikan upahnya jika telah selesai melakukan pekerjaannya.” 

(HR Imam Ahmad, Al Bazaar, Baihaqi, dari Kitab At-Targhib)

........................

Wallahua'lam.

1 comment:

Anonymous said...

Istiqamah dlm amal soleh sepanjang ramadan kareem

Blog Archive