Bismillahirrahmanirrahim
Memetik kata² ustad semasa tazkirah Jumaat sebelum Khutbah Jumaat semalam... "kita akan dapat rasa sendiri jika Allah rezekikan kita malam lailatul qadar, dapat 'rasa' tu, ibadah kita malam tu rasa ringan, mudah, kusyuk, tenang dsb"...InshaaAllah.. Aamiinn
Semoga kita semua diberikan rahmat Allah untuk mendapat malam Lailatul qadar. Lailatul qadar satu malam yang amat dinanti²kan oleh orang beriman.
Firman Allah dalam Surah Al-Qadr ayat 1, yang bermaksud; Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar...
.................................
Hikmat Allah rahsiakan detik malam Lailatul Qadar ialah supaya umat islam sentiasa beribadah tidak hanya pada masa tertentu sahaja.
Kelebihan malam lailatul qadar malam yg lebih baik dari seribu bulan. 1000 bulan = 83 tahun 3 bulan. Sungguh, ini adalah kurnia yang besar dari Allah SWT.
Sama² kita tingkatkan usaha dan kualiti ibadah kita pada 10 terakhir Ramadhan atas amalan yang di lakukan dengan hati yang klhlas dan benar.
Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan bahawa: Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain”. [Riwayat Muslim (2009)]
Hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah RA, katanya: Maksudnya: “Nabi SAW apabila masuknya sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan) Baginda akan mengetatkan ikatan di pinggangnya, Baginda menghidupkan malam harinya, dan Baginda membangunkan ahli keluarganya (untuk beribadah).”Riwayat al-Bukhari (2024) dan Muslim (2015)
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW: Maksudnya: “Barangsiapa berqiyam pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan akan diampunkan baginya dosa yang telah lalu”. [Riwayat al-Bukhari (1901)]
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW: Maksudnya: “Barangsiapa yang solat Isyak yang terakhir (Isyak merupakan solat fardhu terakhir yang wajib ditunaikan atau solat Isyak yang sebenar dalam waktunya) dengan cara berjemaah pada bulan Ramadhan maka dia telah mendapatkan Lailatul al-Qadar”. [Riwayat Ibn Khuzaimah (2195)]
..............................
Iktikaf di masjid, afdal dilakukan di 10 Ramadhan.
Daripada Ibn Umar R.Anhuma di mana beliau berkata; Maksudnya: “Rasulullah SAW biasa beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” Riwayat al-Bukhari (2025)
Imam Al-Nawawi mengatakan: Solat taraweh adalah sunnah berdasarkan ijma’ para ulama’. Boleh untuk dilaksanakan secara bersendirian ataupun secara berjamaah. Ada dua pendapat yang masyhur dan yang sahih dengan kesepakatan para ashab (Al-Syafi’eyyah), bahawa solat taraweh berjamaah itu lebih afdhal. Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (3/526).
Moga² Allah kurniakan semangat yang tinggi untuk kita merebut keberkatan malam Lailatul qadar.
Firman Allah, yang bermaksud; An-Naĥl:97 - Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita malam al-Qadar yang diisi dengan amal kebajikan dengan menghidupkan malam tersebut dan seterusnya melayakkan kita untuk mendapat keampunan daripada-Nya. Amin.
1 comment:
Ya Allah temukan kami dgn Lailatul Qadr
Post a Comment