Tazkirah 27 Ramadan 1447H


Orang yang bertaqwa sentiasa memelihara diri dari bercakap yang sia², mencaci maki, mencerca dsb.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "orang yang beriman itu bukanlah sifatnya memaki hamun,melaknat,berkata kotor dan juga berbahasa yang keji". ( Riwayat Al-Tirmizi 1977 )

Sesungguhnya Allah tidak suka pada orang yang melampaui batas.

Bercakaplah  yang baik, jika tak dapat bercakap yang baik, lebih baik diam . 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” [Riwayat al-Bukhari (6018)]

Orang yang berpuasa hendaklah menjaga mulut. Tidak bercakap yang tak sepatutnya yang boleh menyakiti hati orang lain. 

Juga jaga mata, telinga dan hati kita. Jaga pandangan, elak dari melihat perkara yang haram, sia-sia atau maksiat. Pilih untuk tidak mendengar fitnah, umpatan, atau perkara yang boleh rosakkan pahala puasa. Sucikan hati dari perasaan marah, dengki, riak, dan prasangka buruk.

Moga Allah sentiasa ilhamkan kita. Moga menjadi insan bertaqwa...

Aamiinnn



Tazkirah 26 Ramadan 1447H


Kita dah sampai ke malam 26 Ramadan. Kita akan di uji dengan ujian nafsu. Samada kita dapat kekal istiqamah beramal atau sebaliknya di penghujung Ramadan ini. Adakah kita masih kekal berterawih dan bersama² mengimarahkan rumah Allah ataupun kita mungkin gagal. Di hujung² ni dikhuatiri nafsu mengajak  kita untuk nak pergi cari baju raya, nak keluar shopping cari sarung kusyen baru, nak gerak balik kampung dsb.

Lailatul qadar itu lebih baik dari 1000 bulan. 

Firman Allah dalam surah al-Qadr 1 - 5:

1)Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

2)Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3)Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4)Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

5)Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.


Allah mentakdirkan Lailatul qadar akan berlaku di salah satu malam yang ganjil dan di malam yang akhir dari bulan Ramadan. Sedangkan kita ada yang masih duk tanya², malam ni malam 25 ke malam 26. Sempat lagi kita masih duk sibuk berkira² untuk melakukan amal. Kita yang banyak berdosa, sedangkan Rasulullah SAW seorang yang maksum, bersungguh² Nabi meningkatkan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan.

Daripada Aisyah R.A, beliau berkata:“Adalah Rasulullah SAW lebih bersungguh-sungguh (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir(Ramadan) tidak sebagaimana Baginda bersungguh-sungguh pada hari-hari lainnya” - 

(HR Muslim 1175)


Sama² kita pertingkatkan amal. Ya Allah bantu hamba..

Aamiinnn Aamin ya Robbal Alamin.


Tazkirah 23 Ramadan 1447H - Blog Matahati 7 juta Pengunjung


Alhamdulillah hari ini 23 Ramadan, dengan izin Allah blog Matahati dah capai pageview 7juta. Alhamdulillah syukur ya Allah. JAZAKALLAH buat semua yang berkunjung. Subhanallah genap² dua tahun dengan viewers meningkat sebanyak 1juta dari posting pada 24 Ramadan 1445H; juga di 10malam terakhir Ramadan, dua tahun lalu. (di SINI)

Moga InshaaAllah dapat sama² di-ambil apa² yang baik di dalam blog ini. Moga menjadi asbab kebaikan.. Moga Allah memberkati penulisan ini... Aamiin Allahumma Aamin

.......................

Tazkirah 15 minit ustad malam tadi sebelum bangun Teraweh.

Alhamdulillah Allah masih lagi rezekikan kita untuk terus istiqamah berada di bulan Ramadan.

Sedar² kita dah berada di hari² terakhir Ramadan. Dah masuk malam 23 Ramadhan. 


Ramadan, Ramadan🎶

Ramadan di hati🎵

Ramadan, Ramadan🎶

Ku mohon usah pergi🙂‍↔️🙂‍↔️


Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. "Hari² yang masih berbaki, ini, kita nak buat apa tuan-tuan?" Tanya ustad.

Kita gunakan 10 yang terakhir ini mengikut sunnah Nabi SAW.

Nabi bila masuk ke 10 Ramadan, Nabi ajar menghidupkan malam - dengan qiamullail, berzikir, baca quran, berdoa... Nabi SAW juga akan kejutkan keluarga untuk sama² bangun beribadah.

.............................

Dari Aisyah, beliau bertanya kepada Nabi S.A.W:

"Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu?

Baginda menjawab, ucapkanlah: 

Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii" 

Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku"

(HR Ahmad. 25384)

..............................

"Banyakkan mengucapkan doa ini. Sebab ini datang dari Nabi SAW",..pesan Ustad

Ustad menutup tazkirah dengan hadis Nabi SAW yang mengatakan... Kelebihan solat malam, siapa yang solat malam di bulan Ramadan dengan penuh keimanan, Allah ampunkan dosa²nya InshaaAllah.

Moga Allah terima ibadah kita, moga Allah beri keampunan, semoga kita beruntung...Aamiinn Aaminn ya Robbal Alamin🤲




Tazkirah 21 Ramadan 1447H - Lailatulqadar Malam Yang Istimewa


Alhamdulillah diri masih berada di bulan Ramadan. Kita dah sampai ke 10 hari² terakhir Ramadhan.

Ada satu malam yang berharga, satu malam yang jika bertepatan amal kita malam itu, maka kita akan meraih keistimewaan malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Allah merahsiakan satu malam yang istimewa di 10 malam terakhir bulan Ramadan iaitu Lailatul Qadar. Allah rekodkan malam hebat ini dalam al-Quran dalam surah al-Qadr ayat 1-5.

1)Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

2)Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3)Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4)Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

5)Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.


Moga Allah rezekikan kita bertemu dengan malam Lailatulqadar.

Baca doa yang Nabi ajar untuk kita mendapat keampunan dari Allah di malam Lailatul qadar.

 اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni

Erti doa: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun/Pemaaf, dan Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku"

.............................

Banyakkan baca doa itu, wajib baca. InshaaAllah Allah bagi suatu kelebihan yang besar buat kita.. Aamiin Aamiin ya Robbal Alamin.


Tazkirah 20 Ramadan 1447H - Doa Mohon Keampunan Lailatulqadar


Telah berada di 20 Ramadan 1447H. Alhamdulillah kita dah sampai ke 10 terakhir Ramadan.

"Qiamullail bermula esok", kata Imam (yakni hari ini) Semoga kita semua bangun qiyam malam tadi.

Hendaklah isi setiap ruang dengan amal soleh; termasuk~

✔️Menghidupkan Malam (Qiyam): Melakukan solat tarawih, witir, dan tahajud bersama imam untuk ganjaran penuh.

✔️Membaca al-Quran: Meningkatkan tadarus dan tadabbur kerana kelebihannya yang berlipat ganda.

✔️Iktikaf: Berdiam diri di masjid (khususnya) untuk fokus beribadah.

✔️Berdoa dan Berzikir: Khususnya doa memohon keampunan Lailatul Qadar

 اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni

Erti doa: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun/Pemaaf, dan Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku"

✔️Tingkatkanlah sedekah dan amal kebajikan.

Allah ganda dari 10 hingga 700kali ganda. Rugi bagi orang yang tak menghargai ganjaran pahala yang Allah janjikan.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Perumpamaan mereka yang membelanjakan harta-harta mereka di jalan Allah adalah seperti satu biji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai yang mana pada setiap satu tangkai itu mempunyai 100 biji benih. Dan Allah melipatgandakan (pahala) kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui. 

Surah Al-Baqarah (261)

✔️Bukan saja jaga hubungan dengan Allah, tapi kena jaga hubungan sesama manusia. Jangan kita menjadi muflis di akhirat nanti apabila kita berdosa terhadap sesama manusia, cth; di akhirat kelak pahala² yang kita ada terpaksa diberi pada orang yang kita telah menyakiti hati mereka. Atau apabila kita bermasam muka atau berbalah dengan orang. (Transaksi di hari kiamat ~ klik di SINI)

Daripada Jubair bin Mut’im RA bahawa Nabi SAW bersabda:Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim).” [Riwayat al-Bukhari (5984)]


Nota:
Orang Yang Muflis di Bulan Ramadan ~ di SINi


Air Sirap Cendol

 


Teringat² nak minum minuman faveret arwah ibuku time bulan puasa. Minuman untuk bukak puasa, mok tiap hari minum air sirap letak cendol. Allahu... terkenang arwah ibuku.. moga roh arwah mok, Hjh Habsah bt Ismail, Allah tempatkan di kalangan orang² yang beriman dan beramal soleh...aamiinn 

Jadi teringat sangat nak minum air sirap + cendol ni..tapi nak cari cendol macam yang jual kat Kelantan tu,  kat mana?🤔

Mungkin boleh cari cendol di Pasaraya GU, tapi tu lah, tak sama rasa. Yang duk teringat nak makannya, cendol oghe klate...huuu

Hari² berlalu hinggalah semalam... Semasa datang ambil biskut Nestum yang di-order, Ana hulurkan sesuatu pada saya masa turun kereta. "Ni cendol untuk kakti"...🥲🥹


Allahu Akbar... Ana! 

Ya Allah... Allah mendengar isihati ku. Allah sampaikan hajat saya melalui Ana. Ana bawa cendol😭 

Cendol pulak tu cendol yang adiknya yang tinggal diJohor, yang buat. Ana orang Kelantan.

Alhamdulillah🤲

Tq Ana... Jazakillahu khoiron.

**Ana tak tau pun pasal hasrat saya tu. Nobody knows, hanya Allah yang tahu. ALHAMDULILLAH..Tq Allah🤲


Air Sirap homemade



Tazkirah Nuzul Quran

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. 

Nuzul Quran bermaksud penurunan al-Quran dari langit ke dunia (Baitul Izzah) dan seterusnya kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat sebagai wahyu Allah SWT, yang bermula pada malam 17 Ramadan.

Allah turun kan sekaligus dari Luh mahfuz ke Baitul Izzah. Tapi diturunkan secara berperingkat dari Baitul Izzah selama 23tahun.


Nabi SAW naik ke gua hirak, duduk menyendiri.

Tibalah masa jibril turunkan 5 ayat awal surah al-Alaq.

Jibrail telah menampakkan dirinya dan dia berkata akulah Jibrail dan engkau adalah Rasulullah. 

Nabi kita jadi Nabi SAW. Lalu Kota mekah menjadi baraqah. 


Ada beberapa cara nabi terima wahyu:

1) dalam mimpi

2) jibril datang dalam bentuk yang asal yang mempunyai 600 sayap, memenuhi ufuk.

3) jibril datang dalam bentuk manusia, menyerupai seorg lelaki, cara ini lebih ringan untuk Nabi SAW terima.

4) bunyi macam loceng yang sangat kuat. Keadaan itu yang paling berat/sukar Nabi SAW terima


Alquran bukan benda kecil. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam.

Semua benda yang dikaitkan dengan al-Quran dimuliakan Allah.

Alquran dan Ramadan tidak dapat dipisahkan. Di malam² Ramadan yang berbaki ini,, beramallah..tidur sekejap..yang selebihnya berjagalah. Mari kita memburu Lailatulqadar. Mulianya malam Lailatulqadar ini, malam yang turunnya alquran. Malam yang mulia melebihi 1,000 bulan. 

Bulan ini bulan kita meningkatkan ibadah, bukan baru nak mula ibadah.

Wajibkan diri untuk baca quran cth: tetapkan pukul 2.30ptg tiap hari nak baca quran, sibuk macamana pun baca lah sekurang²nya 1m/s. Quran ini bukan tunggu ada masa lapang baru nak baca, kena lapangkan masa untuk baca.

Mulianya alquran. Tapi kenapa ada orang yang sanggup taknak dengar bacaan alquran. Belum baca lagi, dengar pun taknak. Cth: bila pasang radio, tiba² dengar radio IKiM pasang orang ngaji, terus tukar siaran; bila bukak tv, tiba² tengok ada musabaqah alquran terus tukar siaran. Insaflah kita semua. Teruslah mentadabbur alquran di Ramadan yang tinggal beberapa hari saja ini.

Quran ini pada hari kiamat, inilah antaranya yang akan memberi syafaat kepada kita. Dia akan duduk di sebelah kita.  Dia akan bersuara, ya Allah orang ini tidak tidur kerana membaca aku.

Pahala yang paling mudah nak dapat ialah dengan baca quran.

Sabda Nabi SAW :Maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya kebaikan. Dan kebaikan itu sama seperti 10 kali ganda. Aku tidak katakan ألم itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf,Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” Riwayat Al-Tirmizi (2910)

Firman Allah SWT Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”  (Surah As-Sad: 29)

Firman Allah SWT : Maksudnya : “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa” (Surah Al-Baqarah : 2)


Wallahu a'lam.

Baca Quran di Bulan Ramadan




Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Setiap amalan anak-anak Adam itu adalah untuknya sendiri kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Aku sendiri yang akan memberikan ganjarannya.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka dia mendapat satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. 

(Riwayat al-Tirmizi)

Sangat besar pahala membaca alquran.. Subhanallah.

Maka di bulan ramadan ini,  manfaatkan dengan banyak mengaji quran. Pahala berlipatkali ganda InshaaAllah.


Wallahu a'lam.





Gunakan Lima Perkara Sebelum Datang Lima Perkara


Hati kita mulanya bersih. Tapi disebabkan dosa dan maksiat, buatkan hati kita jadi tak bersih. Lalu hati menjadi keras. Doa mintak, tapi sukar air mata nak mengalir. Bekunya air mata itu disebabkan kerasnya hati.


Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.”

(Surah al-Mutaffifin: 14)


Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam” (Hadis riwayat Ibn Majah).


Gunakan 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Gunakanlah dengan baik lima perkara sebelum datang lima (yang lain): Masa mudamu sebelum datang masa tuamu, sihatmu sebelum datang sakitmu, kayamu sebelum datang fakirmu, waktu lapangmu sebelum datang waktu sibukmu dan hidupmu sebelum datang matimu.”

Riwayat al-Baihaqi 

...............................

Ramadan yang masih berbaki ini, kita mohon pengampunan Allah atas segala dosa-dosa yang dilakukan. Perbanyakkan istighfar, doa merintih pada Allah.

Semoga Allah menerima amalan kita.




Senyum di Wajah Mu




Rasa nak menulis sesuatu...

# Saya ada seorang sahabat. Rasanya dia salah seorang yang saya rasa ada talian telepati. Bila berbual dengannya sentiasa rasa suka, rasa tenang, rasa no worries. Orangnya selalu senyum masa bercakap. Semua yang dikisahkan pun semua perkara yang baik² saja. Bagi pandangan mata kasar saya sebagai kawan, nampak dia sangat rapat dengan en suami nya. Maksudnya selalu kelihatan berdua ke mana². Terus je datang ke rumah bila dijemput datang. 

Ramadan tahun lepas, berdua membonceng motorsikal berkunjung berbuka dan solat tarawih di masjid yang berbeza setiap malam. Bukan tak ada kereta tapi sengaja naik motor untuk elak trafficjam. Sampai ke Masjid Jalan Duta, mereka pergi. Allahu.. Yang jadi tahu tu, ada satu malam tu turn Masjid AsSalam Bukit Sentosa, menjadi destinasi . Alhamdulillah maka dapatlah saya dan en suami sempat berbual bual dengan kedua suami isteri ini. Sementelah suami saya memang kawan kepada suaminya. Kami berkawan sejak anak² masih kecil.

Ida pernah ajak kami berbesan. Bukan sekali, malah dicubanya tanya² saya lagi bila belum ada keputusan. Namun yang tentukan jodoh pertemuan, ajal maut Allah jua. Hajat kami tak kesampaian. Kita hanya merancang, Allah jua lah yang menentukan. 

Selepas beberapa bulan tiada berbalas khabar, Ida kemudiannya menghantar khabar memberitahu yang dirinya berada di dalam wad. Saya tanpa banyak bertanya sangat, hanya mendoakan agar Ida segera pulih dan diberi kesihatan hendaknya. Berhajat juga nak ajak en suami nanti pergi melawat ke rumah nya. Tanpa diduga selang tak lama mana, kami dikejutkan dengan berita kematian. Hati saya dah berdebar², terbayang wajah senyum sahabatku. Namun kuasa Allah bukan Ida yang pergi tetapi suaminya, Usop. Allahu Akbar. Innalillahi wa inna ilaihirojiun. Terkedu dengan berita Usop meninggal dunia, saya mengucapkan takziah buat Ida sekeluarga. Tabah ya Ida. Moga Allah hilangkan dukacita mu.

Usop yang begitu baik orangnya yang kami sekeluarga kenal. Ingat lagi ada satu ketika dulu, Usop yang tolong menghantar saya dan en suami ke stesen ktm rawang untuk kami naik ktm pergi ke kL Central kemudian akan ke KLIA. Dengan beg² besar kami malam tu, Usop tanpa banyak soal sanggup tolong hantar. Masa tu belum ada khidmat Grab lagi. Jadi kami minta khidmat Usop yang time tu buat teksi selepas bersara.

Moga arwah Usop ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh..Aamiinn


Semasa Ida dalam tempoh edah, tak terdetik di hati saya untuk bertanya kabar Ida. Hari² berlalu, tau² dah 4 bulan 10 hari rupanya Usop pergi bila tiba².... ALLAHU AKBAR dapat khabar Ida pula menyusul. .Ya Allah. Terkedu, terkejut, sedih, semua ada takkala mendengar berita pilu ini. Allahu...Ida😭😭 Maafkan saya kerana kurang mengambil tahu, sedangkan hati ini sedar sesungguhnya Ida begitu baik dengan diri ini. Banyak perkara baik yang kita pernah saling berkongsi cerita, berkongsi rasa.

Innalillahi wa inna ilaihirojiun. Pergimu menyusul en suami-mu. Sempat Ida selesaikan edah😭Hanya doa yang mampu kupanjatkan. Moga Allah menempatkan sahabatku arwah Hjh Ida dan Hj Usop bersama para solihin...aamiinn

Ida pergi sebelum sempat bertemu Ramadan kali ini. Moga ada rezeki kita bertemu lagi Ida.. di Jannatul Firdaus InshaaAllah.. Aamiin Aamin ya Robbal Alamin..

Dikau sahabat yang menjadi inspirasi....




Tazkirah 13 Ramadan 1447H

 

“Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.”  (Hadis riwayat Muslim)

Solat Tarawih ialah ibadat sunat muakkad (sangat digalakkan) yang dilakukan khusus pada malam bulan Ramadan, bukannya fardu. Ia merupakan sunnah Rasulullah SAW yang bertujuan menghidupkan malam Ramadan, di mana meninggalkannya tidak berdosa tetapi pelakunya mendapat pahala besar. 

Tarawih ~ asal perkataannya ialah rehat.

Solat Terawih bermula dengan Nabi SAW solat Tarawih di masjid, dan para sahabat ikut serta. Apabila Nabi tidak keluar pada malam seterusnya, sahabat menunggu dan merasa risau.

Alasan Nabi: Nabi SAW tidak keluar kerana khuatir solat tersebut dianggap wajib oleh umat Islam.

Dan telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Ertinya : “Bahawasanya Nabi SAW telah keluar solat di masjid maka manusia telah solat bersama mengikutnya kemudian solat lagi pada malam seterusnya dan manusia menjadi semakin ramai kemudian mereka semua berhimpun pada malam ketiga tetapi baginda tidak keluar solat bersama mereka. Maka pada waktu paginya bersabda oleh Nabi : Aku telah lihat apa yang kamu lakukan maka tiadalah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu sekelian melainkan aku bimbang bahawa diwajibkan solat itu atas kamu. Dan kejadian yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadhan.” (Hadith riwayat Imam Bukhari)

Dan pada satu riwayat yang lain Nabi SAW telah bersabda : Ertinya : “Aku bimbang bahawa nanti diwajibkan solat ini ke atas kamu sekelian maka jadi lemah oleh kamu hendak menunaikannya.”

Maka tetaplah hukum mengerjakan solat tarawih itu hanyalah sunat bukan wajib.

Solat sunat Tarawih ditunaikan khusus pada malam bulan Ramadan, bermula selepas selesai solat fardu Isyak sehingga sebelum fajar (waktu Subuh). Ia afdhal dilakukan selepas solat sunat ba'diah Isyak. Ia boleh ditunaikan secara berjemaah di masjid/surau ataupun bersendirian di rumah.

Niat solat sunat tarawih :

“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala .”

Dan jika makmum hendaklah berniat:   “Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala .”


Selamat beramal♡


 



Tazkirah 12 Ramadan 1447H

 

Alhamdulillah, Ramadan ini dah latih kita dapat solat maghrib berjemaah, solat isyak berjemaah dan subuh berjemaah inshaaAllah.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat Isyak dan Subuh. Jikalau mereka mengetahui pahala yang terdapat pada keduanya nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.(Riwayat Ahmad)

Hadis ini memberikan galakan hebat untuk solat berjemaah pada dua solat tersebut(Isyak dan Subuh). Sedangkan padanya terdapat ganjaran yang besar kerana waktu tersebut merupakan waktu yang susah ke atas jiwa (manusia) seperti mengurangkan tidurnya  di awal malam dan akhirnya (sebelum Subuh). Solat-solat inilah merupakan solat yang paling berat bagi orang-orang munafik

Mudah mudahan istiqamah. Pastikan kita inshaaAllah dapat konsisten. Aamiinn.

Tazkirah 11 Ramadan 1447H - Sahur

 

Alhamdulillah, bersyukur dengan nikmat Allah yang tak terhingga.

Allah sentiasa memberkati hamba-Nya walau pun ketika makan sahur.

Bangunlah makan sahur walaupun dengan hanya sebijik kurma atau seteguk air.

Sahur adalah perbuatan makan dan minum pada awal pagi sebelum waktu fajar dengan niat untuk berpuasa.

Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:

Maksudnya: "Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan."  (HR Bukhari (1923), dan Muslim (1095)

Sahur adalah sunnah yang tidak wajar ditinggalkan. Ia perkara sunat yang sangat dituntut kerana terdapat berkat dalam sahur itu yan mana ianya menguatkan dan memberi semangat untuk berpuasa.

Jom sahur.

Tazkirah 10 Ramadan 1447H

Kena sentiasa bersedia untuk lakukan amalan yang boleh datangkan pahala dari Allah Yang Maha Penyayang.

Amalan yang mendatangkan pahala besar daripada Allah di bulan Ramadan merangkumi puasa yang ikhlas, solat Tarawih, tadarus Al-Quran, bersedekah, memberi makan orang berpuasa, serta berzikir dan berdoa.

Rasulullah SAW bersabda: 

“Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadan” 

(Hadis Riwayat al-Thabrani, Ibnu Khuzaimah & al-Baihaqi)


Tazkirah 9 Ramadan 1447H ~ Berlumba-lumba Buat Kebaikan



Alhamdulillah kita masih direzekikan lagi berada di malam ramadhan. Moga Allah beri keberkatan. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang bertaqwa di sisi Allah...aamiin

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah ayat 183, yang bermaksud: “𝘞𝘢𝘩𝘢𝘪 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢𝘯, 𝘥𝘪𝘸𝘢𝘫𝘪𝘣𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘥𝘪𝘸𝘢𝘫𝘪𝘣𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘥𝘢𝘩𝘶𝘭𝘶 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘮𝘶𝘥𝘢𝘩-𝘮𝘶𝘥𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘲𝘸𝘢”.

Walau sesibuk mana kita, hendaklah kita berlumba-lumba membuat kebajikan dan kebaikan, kerana setiap kebaikan akan diberi ganjaran pahala yang berganda-ganda.

Moga Allah beri kekuatan untuk Solat Tarawih. Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut), sama ada secara berseorangan atau berjemaah.  

Moga kita termasuk dalam kalangan orang yang istiqamah dari awal ramadhan hingga ke akhirnya. 

• Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: ”Sesiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaanNya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Al-Baqarah:148 - Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

.............................

Yang menghidupkan rumah Allah ualah orang² yang beriman kepada Allah dan beriman pada hari akhirat.

At-Tawbah:18 - Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

إن شاء الله

آمِيْن اللّهُمَّ آمِيْن

Tazkirah 8 Ramadan 1447H



Doa semoga nikmat ibadah yang Allah kurniakan ini berkekalan hingga ke-akhirnya.

Sesungguhnya bulan ramadan bulan yang luar biasa.

Siapa yang melakukan solat dengan keimanan, Allah akan ampunkan dosa²nya.

✔️Bulan ramadan bulan yang nak latih kita, nak disiplinkan kita agar jadi lebih baik, untuk nak jadi satu orang yang soleh.

✔️Bulan ramadan, bulan untuk kita menghidupkan bacaan alquran. 

Sebab kita ambik kemuliaan, apa yang nabi buat kita tiru.

Lapangkan dada, perkasakan diri kita dengan selalu membaca alquran.

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah”. (Surah al-Baqarah, 185).

✔️Bulan ramadhan, bulan yang kita kena perbanyakkan ibadah.

✔️Kita juga dianjurkan banyak bersedekah.

Nabi suka bersedekah, dan bila tiba bulan ramadan nabi SAW lebihkan sedekah berbanding bulan yang lain. Sedekah yang kita infakkan pada masjid cth boleh bayar bil letrik dsb, jadi ada banyak lampu dan kipas di ruang solat maka jemaah boleh beribadah dengan lebih selesa.

Kebaikan bukan saja sampai kepada diri kita malah sampai juga pada orang lain.


Wallahu a'lam.

Pulut Sekaya Untuk Iftar di Masjid

Cantik haribulan hari ni 26/2/26

Alhamdulillah buat Pulut Sekaya untuk beriftar di masjid. Buat dua bekas, satu untuk tempat muslimat, satu lagi untuk tempat muslimin beratur ambil juadah berbuka.

Sedapppp sangat Pulut Sekaya, siriyes!🫶

Dah lama tak buat dan dah lama tak makan. Tiba² je dapat ilham untuk buat Pulut Sekaya di pagi yang indah. Menu Ori Kelantan ini seringkali diterjah-buat satu ketika dulu. Lepas tu lama² jadi terlupa akan kueh yang terpaling mudah nak buat ni..hi hi

Pulut Sekaya ini sesuai sangat kalau buat kueh ni untuk kasi² jiran, untuk bawak pergi surau atau masjid.

Resepi di bawah kira combo terus untuk dibuat makan ramai² alhamdulillah. Resepi asal di SINI. FZmenu ni blog masak² saya..he he..(tekan link)




RESEPI PULUT SEKAYA
Bahan2nya:

Lapisan bawah:

  • 3 beras pulut 
  • Santan kotak ¾KARA kecil dicampur dengan air masak
  • garam 1 sudu kecil
  • 2 helai daun pandan disimpul
.......,.................

Lapisan atas
  • 10 biji telor
  • 5 keret manisan siam
  • 3 helai daun pandan di simpul
  • secubit dua garam


Cara:

  1. Cairkan manisan + sedikit air + daun pandan yang disimpul.
  2. Kukus pulut + santan + sedikit garam + daun pandan yang disimpul. Santan paras2 tenggelam pulut
  3. Bila manisan dah cair, keluarkan daun pandan dan sejukkan sebentar. 
  4. Kepok telor kemudian masukkan manisan. Kepok lagi biar mesra ke dua-duanya. Tambahkan secubit dua garam. Tapis.
  5. Bila pulut masak, keluarkan daun pandan, karih2kan pulut biar serata kemudian tekan2 kan sedikit biar padat di dalam loyang.
  6. Kukus balik pulut selama 5 minit.
  7. Sesudah itu taburkan sedikit gandum di atas pulut lalu dicurahkan adunan telor dan manisan ke atas nya.
  8. Kukus lah sampai masak +- 15 hingga 20 minit.
  9. Tunggu sejuk, baru elok untuk dihidangkan.....


Sekian, selamat mencuba... :))

Tazkirah 6 Ramadan 1447H


Ibadah puasa beri pengaruh yang sangat besar. Puasa boleh hindarkan diri dari maksiat.

Yang berpuasa dengan taqwa, dia mampu menahan diri dari berbuat perkara keji yang mengundang dosa.

.......................

Semua amalan manusia untuk dirinya, yang akan dibentangkan di akhirat nanti dan mendapat balasan kecuali puasa, di mana ibadah puasa seseorang hamba itu Allah sendiri yang akan membalasnya.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: Setiap amalan anak-anak Adam itu adalah untuknya sendiri kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Aku sendiri yang akan memberikan ganjarannya. 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

........................

Dan puasa itu merupakan benteng. Kalau di-ajak berkelahi, katalah aku ini berpuasa. 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Puasa adalah perisai (daripada perbuatan dosa). Apabila seseorang di antara kamu berpuasa, maka janganlah (samada dari segi perbuatan ataupun percakapan) dia melakukan perkara keji dan janganlah dia melakukan perbuatan orang jahil. Sekiranya seseorang mengajaknya bertengkar atau menghinanya, maka hendaklah dia mengatakan: “Sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa”.

(Riwayat Abu Dawud)

............................

Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya.

Riwayat al-Tirmizi (696)

............................

Siapa yang tak tinggalkan kata² keji, maka sia²lah puasanya.

Daripada Abu Hurairah R.A, katanya: Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan masih melakukannya (berkata dusta), maka Allah SWT tidak berhajat (tidak menerima) kepada perbuatannya yang meninggalkan makan dan minumnya (yakni puasanya).”

Riwayat al-Bukhari (1903)

Tazkirah 5 Ramadhan 1447H



Alhamdulillah, ustad beri tazkirah 15minit sebelum bangun solat Terawih.

.............................

Orang yang berpuasa dan berjaya menahan diri daripada perbuatan keji, mungkar, serta perkataan sia-sia mampu mencapai tahap puasa yang sebenar (khusus), bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.


Kedudukan puasa begitu besar di sisi Allah. Allah sendiri yang membalas puasa hamba-Nya tanpa di-lipatgandakan dengan bilangan tertentu, melainkan langsung memberikan ganjaran yang besar.


Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: 

Setiap amalan anak-anak Adam itu adalah untuknya sendiri kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Aku sendiri yang akan memberikan ganjarannya.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Nabi SAW pesan, jaga pandangan mata kerana mata boleh menimbulkan shahwat.


Firman Allah SWT: dalam surah Nur yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

(Surah al-Nur, 24:30)


Tazkirah 4 Ramadhan 1447H

Bismillahirrahmanirrahim

Isi masa dalam kehidupan kita dengan beribadah kepada Allah.

Elak perkataan yang buruk, elak melangkah ke tempat tak elok.

Allah langsung tak pandang lapar dan dahaga kita berpuasa di bulan Ramadhan jika kita tak menahan diri dari melakukan perkara sia-sia, maksiat dan dosa. 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW: Maksudnya:“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 1770, 5597]

Elak dari lakukan perkara yang dilarang oleh Allah.

Isi dengan perkara kebaikan dan ketaatan kepada Allah Taala.  Maka InshaaAllah ibadah puasa kita menjadi puasa yang bermanafaat.

Hadith yang diriwayatkan oleh oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:  Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya berjaga malam”. [Riwayat Ibnu Majah, no. Hadith 1690]


Wallahu a'lam.

Kueh Bengkang Untuk Iftar di Masjid


Alhamdulillah sepertimana rutin tahun² lepas, Allah rezeki-kan masih dapat beriftar di masjid. Syukur ya Allah..masih diberi kesempatan untuk mengecap nikmat beribadah di bulan ramadhan, bulan yang mulia.


Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.” (Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah)



Buat sedikit kueh bengkang untuk tambah² kueh berbuka kami beramai² iftar di dewan masjid. Resepi ada di SINI.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi




Jadi Orang Yang Bertaqwa

Syukur dan tahniah kerana kita berjaya melepasi hari pertama ramadhan.

Surah Al-Baqarah:183 - 

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Yang dimaksudkan dengan taqwa:

Taqwa bererti taat kepada Allah,  jauhi maksiat dan bersyukur kepada Allah.

Surah Al-Mā'idah:35 - Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya);

Taqwa ~ sentiasa takut kepada Allah. Rasa takut Allah sedang melihat.

Taqwa ~ membersihkan diri dan memelihara dari maksiat.

Surah An-Nūr:52 - Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]

Berpuasa-lah bukan kerana adat, bukan kerana mengikut orang.

Wallahu a'lam.


Baca Quran


Alhamdulillah semalam tu sementara tunggu pengumuman (puasa atau tak hari ini), ramai² ikut ustad baca dan betulkan bacaan alquran.

Sebelum masuknya bulan ramadhan di mana bulan yang diturunkan alquran, tuan Imam Amirul mengajak semua jemaah cuba perbanyakkan membaca alquran di bulan ramadhan ini. Moga² Allah menerima amalan kita, Aamiinn.

Sambung ikut Imam baca surah al-Baqarah ayat 246 di m/s 40.

Dalam pada itu dapat mesej dari anaknda, kata puasa hari Khamis 19hbFeb, 2026. Jadi malam esok jom beramai² kita memenuhkan masjid.  Kita datang awal berjemaah Maghrib, solat Isyak kemudiannya solat Terawih.. إن شاء الله

Sambut Ramadan - Doa Mohon Syurga



Alhamdulillah kita rafakkan syukur pada Allah atas segala rahmat, kesihatan, keafiatan yang Allah kurnia sehingga kita dapat sama² berada di rumah Allah. Alhamdulillah.

Dua hari lagi untuk kita menyambut kedatangan ramadan.

Ia adalah utusan jua tetamu  yang membawa berbagai janji, berbagai kemuliaan dari Allah Taala.

"Kalau ada tetamu wakil sultan nak datang rumah kita, bagaimana persiapan yang kita buat?.Tentunya sibuk buat perbagai persiapan, semua berebut nak sambut, kan"..kata ustad

Tapi amat menyedihkan bila tetamu Allah yang nak datang dua hari lagi ni, kita takde buat persediaan. Sesungguhnya, beruntunglah orang yang buat persediaan.

Tetamu yang nak datang ini, ialah perantara yang nak mendekatkan kita dengan Allah SWT. Yang dah terbiasa latih diri 3 bulan sebelum datangnya ramadan, inshaaAllah merupakan orang yang bersedia sambut ramadhan. 

Ada sahabat kita yang dah tak dapat kecap nikmat beribadah di bulan ramadan. Ada yang Allah dah ambik nyawanya sebelum ramadhan. Makanya kita kalau nak buat baik, terus je buat baik. Buat terus, lakukan dengan ikhlas. Jangan sia²kan kesempatan yang ada.  Jangan nanti nak masuk ramadan, apa amalan pun kita tak buat. Tunggu nak buat bila masuk ramadhan. Dikhuatiri, tak sempat. Jadi jangan tangguh.

Tip nak masuk ramadan:

1. Perbanyakkan istighfar. Ringankan, latih lidah kita beristighfar, mohon taubat.

Jangan sombong dengan Allah. Allah nak bagi keampunan, jadi kita minta ampun.  Lazimkan  beristighfar setiap hari. Boleh baca Penghulu Istighfar dan juga lain² istighfar; yang kesemuanya memohon ampun kepada Allah SWT

Penghulu Istighfar/ Sayyidul Istighfar (klik di SINI)


Abu Hurairah ra berkata; Rasulullah SAW pernah berdoa di dalam sujudnya dalam memohon ampunan dosa sebagai berikut:

“Ya Allah, ampunilah dosaku seluruhnya, baik yang kecil maupun yang besar, yang pertama maupun yang terakhir, yang tampak maupun yang tersembunyi.” (HR Muslim, No. 216)


2. Memperbaharui niat. Pasang niat dan berazam. Pasang niat (i)nak buat amal² soleh, (ii)niat untuk tinggalkan kemaksiatan.

Cth:

Ya Allah...

Saya nak istiqamah solat tahajud

Saya nak sedekah

Saya nak jaga lidah agar saya tak jadi orang yang suka mengumpat, mencerca...

Bila niat baik, Allah akan mudahkan.

Orang yang gagal dalam beramal biasanya sebab takde matlamat.

Jadi pasang niat dan azam.


3.Memperbanyakkan doa. 

Doa dan permohonan yang banyak² kita kena minta pada Allah SWT:

1.Minta pada Allah supaya merdekakan kita dari api neraka.


2. Mohon agar dimasukkan Allah ke dalam Syurga tanpa hisab

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وأََعُوذُ بِكَ مِنَ النَّار

"Allahumma inni as alukal jannah, wa a'uuzubika minannar."

Ya Allah sesungguhnya aku memohon padaMu syurga, dan aku berlindung denganMu daripada neraka.

Nabi SAW pesan: “Jika kalian meminta kepada Allah jannah, maka mintalah Al Firdaus yang paling tinggi. Kerana Al Firdaus itu tingkatan syurga yang paling tinggi.”

[HR. Al Bukhari]

Kalau nak masuk syurga dengan amalan kita memang susah sebab banyak mana je lah amalan kita, tapi inshaaAllah tak susah kalau dengan rahmat Allah. Mohon mendapat rahmat Allah. Buat amalan yang mengundang redha Allah.

Doa mohon kita dapat masuk Syurga dengan tidak di-azab di barzakh, azab di masyar, azab di titian siraj, azab di neraka. Allahu😭


3. Minta afiat.

Afiat ni Allah bagi umur bertambah tapi Allah tak cabut nikmat ibadah. Ada orang yang rajin buat ibadah masa sihatnya tapi bila dah sakit tinggal ibadah. Minta Allah lindung dari ianya berlaku pada kita. Jadi sentiasalah kita minta afiat. 

4. Minta pengakhiran yang baik ~ husnul khotimah.

Surah Yūsuf:101 - .........Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".


5. Minta Allah beri sebaik² rezeki zuriat yang soleh.  Itu penting.

Ya Allah, rezekikan diriku zuriat yang soleh

Sekurang²nya kita doa pada Allah.


6. Minta Allah beri kita istiqamah dalam ketaatan. Sebab nak istiqamah ini, susah.


Tip macamana nak jaga sebaik² ibadah puasa:

1. Jaga lisan, jaga lidah

Kalau boleh jaga lidah kita, bila terjaga lidah inshaaAllah boleh jaga anggota yang lain.

Lidah ini anggota yang paling banyak hilangkan pahala puasa. 


Cara untuk jaga lidah ini dari berbuat dosa:

  • Sibukkan diri dengan membaca alquran
  • Isikan  dengan istighfar. Jadi kurang sikit nak bercakap
  • Banyakkan membaca cth baca sirah Nabi SAW, baca fadhilat ramadhan dsb.
  • Elakkan dari berada di tempat keramaian lama²
  • Mintak doa agar lidah jauh dari maksiat.

Surah Qāf:18 - Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

Yang kita takut sekarang ini, lidah digital. Walau tak keluar jumpa orang di luar namun tetap berdosa asbab lidah digital.. oleh itu kurangkan berinteraksi di media sosial, melainkan yang perlu sahaja.


2.Menaja orang berbuka.

3.Jangan tinggalkan sahur

4.Jangan membazir saat berbuka puasa.

Ulamak kata, kalau nak tengok ibadah puasa kita berjaya atau tidak, tengok waktu ia berbuka.

5.Elakkan kata² yang boleh hilangkan pahala puasa

6.Berbuka dengan makanan yang halal.


Jadi jaga ibadah puasa kita dengan sebaik²nya. Moga sentiasa dalam rahmat Allah Taala..Aamiinn

.......................

Alhamdulillah di penghujung tazkirah, ustad adakan sesi soal dan jawab. En suami dan saya antara jemaah yang dapat jawab dua slot soalan ustad😁 Alhamdulillah dapat hadiah♡♡

Jazakallah⚘️




Cinta Tersimpul Rapi Ai

Aduhhh...terhibur pulak dengar lagu Ai pagi² ni sambil basuh pinggan🫠Lagu Cinta Tersimpul Rapi by Jane In Heaven🙂‍↔️🙂‍↔️


Rupa²nya sekarang ni teknologi Ai dah terjah macam² ya. Tertinggal keretapi saya🤭...hahaha.. Ni tadi dengar lagu Ai ni pun, anak yang ON youtube

Takat yang saya tau, nak tanya apa² je la sekarang ni, boleh wasap Ai tanya...hahahaha

Tapi tu lah...seiring peredaran zaman yang terlebih advance ni, baik² la ya kita semua..ingat².. berpada² je kita hadap benda² ni. Ambil sekadarnya sahaja. Moga tidak membawa kepada terlebih lalai atau lagho. Kita rai'kan dan ambil sekadar hiburan,. Dengar lagu² santai Ai ini, agak sedap di-dengar dan menghiburkan dek iramanya macam tak brapa nak bingit dan tak sarat sangat..😊🤗



 

Amalan Yang Paling Dicintai Allah ~ Solat Di Awal Waktu


Alhamdulillah sedikit catatan dari kuliah maghrib.

..............................

Apakah amalan yang paling dicintai disisi Allah SWT? Nabi menjawab “Solat pada waktunya”. Dia (perawi) bertanya lagi kemudian apa, jawab Baginda “berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. Dia bertanya lagi kemudian apa, jawab Baginda “Jihad pada jalan Allah SWT”

Hadis Sahih al-Bukhari (5970)


Afdal solat di awal waktu kecuali dalam keadaan berada lama dalam kenderaan atau jalan jem dsb - maka hukumnya harus.

Paling afdal di awal waktu. Itu amalan paling dicintai oleh Allah Taala.

Ada satu lagi perkara, kata ustad ...

Siapa yg menyegerakan solat, kemudian solat pula dengan sempurna maka beroleh cinta Allah terhadapnya.

Allah akan bina kehidupan yang sempurna buatnya. Dengan solat, segala masalah kehidupan dunia, Allah akan selesaikan.


2) berbuat baik kepada kedua ibubapa. 

Berbuat baik ini mengambil tempat kedua selepas solat


3)berjihad di jalan Allah


Pengajaran:

Amalan yang paling dicintai oleh Allah Taala ialah solat di awal waktu.

Kita hamba yang penuh dengan dosa tapi dengan solat, umpama bila² masa pun kita boleh ketuk pintu rumah Allah/mengadap Allah; yang sentiasa bersedia menerima tetamu-Nya..

Allah zat yang Maha Suci sedangkan kita hamba yang berdosa. 


Yang pertama sekali kita kena check solat kita. Kena semak macamana solat kita.

Sesungguhnya solat dapat cegah maksiat dari hidup kita. 

Surah Al-`Ankabūt:45 -  ......sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; ......

Pesan ustad, quran tolong ambik berat. Jangan langsung tak baca quran. 

Pegang sungguh² dengan ajaran alquran dan sunnah Nabi SAW.

Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”.  Riwayat Muslim (804)

Amalan yang dengan susah payah, biasanya besar ganjarannya. Moga Allah permudahkan..Aamiinn


Mohon Husnul Khotimah


Alhamdulillah dapat hadir di rumah Allah.

Kata ustad....

Kita minta pada Allah kita dapat berhimpun dengan bulan ramadhan. Moga sihat tubuh badan dapat beramal. Buat yang terbaik, kekalkan..biar istiqamah. Buat yang termampu... buat mana yang larat..larat 8 buat 8, larat 20 buat 20, kata ustad.

Hari ini dah 22 Syaaban hari ini.

Amalan doa, teruskan...

Allahumma bariklana fi Syaabana wabalighna romadan.  

Ya Allah berkatilah diriku di bulan Syaaban dan Allah sampaikan lah aku ke bulan Ramadhan..aaminn


Rezeki... Apa saja yang kita ambil manfaat daripadanya, itu rezeki. Rezeki bukan berupa makanan sahaja. Mohon agar Allah rezekikan kita nikmat ibadah.

Amalan dibawa naik ke langit secara harian, mingguan dan tahunan.

................

Malaikat melaporkan setiap amalan secara harian:

“Para malaikat bergilir-gilir kepada kamu pada waktu malam dan siang. Mereka berkumpul pada solat Subuh dan solat Asar. Kemudian malaikat yang bermalam kembali dengan membawa laporan amalan…” (HR Bukhari & Muslim)

...............

Malaikat melaporkan amalan secara mingguan:

“Sesungguhnya amalan-amalan hamba dibentangkan pada hari Isnin dan hari Khamis.” (HR Abu Daud dan al-Nasaie)

................

Malaikat melaporkan amalan secara tahunan:

"Ia (bulan Syaaban) adalah bulan diangkatnya amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam."

(HR al-Nasaie)

....................

Setiap jiwa(roh) pasti akan merasakan mati. Tiap² yang bernafas akan mati. Itu pasti.

Jadi beramal lah semasa masih ada kesempatan.

Duduk dalam majlis ilmu ini merupakan makanan rohani. Baca quran, Sembahyang sunat, Sujud di tengah malam, Menangis sujud pada Allah Taala. Itu semua makanan rohani.

Baca fatihah, baca qulhuwallah ingat dengan makna. Bukan baca nak cepat habis. Hadirkan  makna dalam surah yang dibaca semasa solat.. inshaaAllah jika hadir makna, akan mampu menangis di dalam sujud.

Yang parahnya kita ini, bila tak rasa akan dosa. Cth: Pergi ke pasar malam waktu maghrib , tak rasa berdosa.

Hati kita Allah taala matikan bila tak rasa dosa...rasa takde apa. Allahu..


Firman Allah SWT:

“Setiap yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.”

(Surah Ar-Rahman, 55:26-27)


Ayat ini jelas menunjukkan bahawa hanya Allah yang bersifat kekal. Segala makhluk, termasuk langit, bumi, manusia dan jin, semuanya akan fana (binasa), hanya Allah yang bersifat Baqa'.


10 perkara yang dikekalkan oleh Allah pada Kiamat:

Syurga, kekal sampai bila²

Neraka

Luh mahfuz

Kursiy

Qalam

Arasy

Roh

Jasad para nabi dan rasul

Jasad fi sabilillah

Tulang sulbi


Doalah agar dapat mati dalam husnul khotimah. Moga kita ramai² dapat bertemu di Syurga Allah...isteri/suami, ibubapa, adik beradik, anak², cucu², kawan²...moga² dapat menjadi penduduk Syurga inshaaAllah.. Aamiin


Mengundang Rahmat Allah

Ahamdulillah kita rafakkan syukur ke hadrat Allah Taala yang beri keizinan kepada kita dengan nikmat iman dan islam dan nikmat kekuatan hingga kita dapat hadir di rumah Allah. Sesungguhnya bukan atas sebab diri kita/upaya kita tapi sebab Allah izinkan, Allah yang beri keupayaan.

Hari ini 21 syaaban. Tak lama lagi dah nak masuk ramadhan. "Seronok kah kita? Atau ada yang tak seronok?", tanya ustad. Motivasi. Kita kena ada motivasi sebagai persediaan sambut ramadhan. 

Apakah persediaan kita? Kalau raya, kita duk nak beli baju raya, nak tukar langsir, nak tukar sofa.  Untuk ramadhan kita buat lah sesuatu untuk motivasi diri sendiri cth tukar pakai tasbih kayu koaka, tukar pakai telekong baru dsb. Maksudnya kita seronok, sebagai motivasi tunggu masuknya ramadhan.

Untuk kekuatan rohani kita tanam tekad untuk berselawat cth: 1000x sehari InshaaAllah.

Allah Ta’ala berfirman di dalam Al-Qur’an: Maksudnya: 

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat Nya berselawat untuk nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”(Surah Al-Ahzab: 56)

Amal seseorang itu tak akan sebab kan dia masuk syurga, Amalannya tidak menyelamatkannya, melainkan masuk Syurga itu dengan rahmat Allah Taala.

Tunggu masuk waktu solat, mengundang rahmat Allah.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Para malaikat mendoakan seseorang daripada kamu yang kekal di tempat solatnya selagi orang tersebut tidak batal wudhunya. Para malaikat berdoa dengan berkata: “Ya Allah berilah keampunan kepada orang itu dan rahmatilah dia.” (Hadis Riwayat al-Bukhari )

Masa tunggu masuknya waktu solat tu, jika kita isi dengan berselawat maka mengundang lagi rahmat Allah..aamiin

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”  [Riwayat Muslim (384)]

Penyakit rohani sangat bahaya. Kalau ada sifat hasad atau jika seseorang itu dalam hatinya ada penyakit dan dengan penyakit ini hatinya menjadi kotor, ia akan memudharatkan dirinya.

Ustad pesan amalkan sentiasa zikir Lailahaillallah.

Daripada Jabir bin Abdullah  RA, sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah(Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah). Hadis riwayat al-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah

Penyakit hasad ini bagaimana untuk rawat? Penyakit hasad ini boleh hilangkan kebaikan².

Hasad ini, dia tidak senang dengan nikmat yang diperoleh oleh orang lain. Kalau boleh dia nak nikmat itu hilang dari orang tersebut. Astaghfirullah.


Bersihkan hati dengan :

1)perbanyakkan lakukan amal soleh termasuk

✔️Sentiasa berzikir;

✔️Solat rawatib, kobliyah baadiyah..istiqamah buat.

2)Muhasabah diri sifat muraqabah(kesedaran hati Allah sentiasa memerhati hambanya)

Firman Allah dalam surah Al-Ĥujurāt:18 - "Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan".

Al-`Alaq:14 - Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?

Ibaratnya macam ada cctv yang orang boleh nampak apa kita buat, jadi kita tak berani buat perkara yang memalukan, takut orang nampak maka nak buat yang tak elok, tak jadi buat. 

Sifat muroqabah itu jadi penawar untuk penyakit hasad dan sifat² mazmumah yang bersarang.

Moga bersih hati kita. Moga mendapat rahmat.


Wallahu a'lam.



Jiwa Yang Tenang


Alhamdulillah dapat sama² bertemu di rumah Allah. Duduk dalam masjid ini tenang. Tak serabut. Hati yang tenang ini datang dari jiwa yang sejahtera. 

Firman Allah SWT maksudnya :

"Wahai jiwa yang tenang. 

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. 

Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku 

dan masuklah ke dalam syurga-Ku." 

(Surah al-Fajr (89) ayat 27-30)


Bila kita mengaku 'Laila haillallah Muhamadurrasullallah..ini saat mula² jiwa jadi tenang. Begitu juga bila kita mengucap kalimah tersebut, kita cari 

i)penyembahan pada Allah

Begitu tenang bila boleh sujud, bila letakkan dahi pada sejadah. Keadaan yang paling hampir antara hamba dan tuhannya ialah ketika sujud.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya, ialah di kala hamba itu sedang sujud (di hadapan Allah), oleh itu perbanyakkanlah doa dalam sujud". (Hadith Riwayat Muslim 1/350)

Sujud ini letak semua di lantai. Seronok sangat bila kita boleh sujud. Bukti kita cari ketenangan bila kita sujud. Mengabdikan diri pada Allah Taala.

2) kecintaan pada Nabi Muhammad SAW. Kita beriman dengan Nabi Muhammad SAW, tapi kita tidak menyembah Nabi SAW. Nabi Muhammad SAW kedudukan baginda SAW ialah kedudukan cinta. 

Kita nak buat majlis Maulidurrasul kerana Allah sebab kasih pada Nabi SAW, datang masjid kerana Allah dengan berpakaian ikut sunnah Nabi SAW. Kita bersugi kerana Allah  dan membersihkan gigi itu mengikut sunnah Nabi SAW.

Untuk terbit kecintaan pada Rasulullah SAW...kena tahu, kena menjiwai perjalanan hidup Nabi SAW. Dalam kehidupan Nabi SAW, baginda manusia yang paling baik, paling hebat. Maqam cinta ini, kita kena ambil hikmah dari kisah Sirah Nabi SAW.

Hidupnya Nabi SAW beri manfaat pada umat dan matinya Nabi SAW beri manfaat pada umat.

Amalan kita nak sampai kepada Nabi melalui kecintaan. Rasa cinta pada Nabi SAW moga² Nabi SAW terima di akhirat nanti untuk kita mendapat syafaat baginda SAW.

Amalan kita nak sampai pada Allah melalui penghambaan/pengabdian pada Allah SWT. Moga mendapat redho Allah..Aamiin Allahumma Aaminn..

♡♡♡♡♡♡♡



Jaga Tujuh Anggota Zahir


Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan inayah-Nya kita masih diberikan kesempatan hadir di rumah Allah.

Ustad sampaikan tazkirah perihal kaitan puasa dengan ilmu tasawuf iaitu ilmu yang berkaitan dengan penyakit hati.

Seperti yang kita tahu, sifat mazmumah itu sifat tercela cth:  cepat marah, takabbur, tamak, menipu, suka mengata, dendam, iri dsb

Manakala sifat mahmudah pula ialah sifat yang disukai Allah cth: Sabar, Ikhlas, rendah diri, istiqamah, dsb

7 anggota badan kita terdiri dari: Mata, telinga, mulut, perut, kemaluan, tangan dan kaki.

Mata boleh lihat keindahan alam, tengok masjid, tengok al quran dll perkara yang indah. Namun penglihatan ada juga mudharatnya cth: melihat bukan mahram, tengok perkara maksiat  dsb

Ustad nak kaitkan 7 anggota ini dengan persediaan kita bertemu ramadhan.

Kita biasa makan dan minum di siang hari. Bagi yang tak biasa berpuasa, susah nak hadapi bulan Ramadhan. Nabi SAW berpuasa sunat pada  bulan Syaaban sebagai persediaan menghadapi ramadhan. Oleh itu bagi kita umat Nabi SAW yang biasa berpuasa cth puasa isnin khamis, puasa nabi daud, tentunya tidak sukar berpuasa di bulan Ramadhan. 

Perkara sunat kalau buat dapat pahala, tak buat tak berdosa. Bila masuk Ramadhan, ada solat terawih selepas solat Isyak. Ramadhan sahaja ada solat terawih. Ianya sunat tapi jika tak buat rugi lah. Amat rugi kalau tak buat. 

Kita nak jadi kan ibadah peneman kita, kita nak tingkatkan takwa. Bulan Ramadhan Allah suruh kita berpuasa. Hukumnya wajib. Kita nak dapatkan redho Allah. Makanya kita buat apa yang Allah suruh dengan berpuasa sebulan di samping lipat gandakan amal ibadah di bulan Ramadhan  yang mulia.

Jika hanya jaga makan dan minum tapi kita tak jaga 7 anggota zahir, cth tak jaga:

1)Mata, melihat pada yang haram maka boleh sia²lah puasa kita.


2)Telinga, dibiarkan dengar perkara maksiat, cth dengar org mengumpat. Dah jadi sia² puasa kita.

Jika dengar orang mengumpat,

cegahlah samada dengan:

i.Tangan

ii.Mulut

iii.Larang dengan hati...tapi yang larang dengan hati itu selemah² iman.


3)Mulut

Cth; Mengumpat: Bercakap yang buruk tentang seseorang di belakangnya yang bilamana jika dia dengar dia tak suka. Dosa besar tu.

Oleh itu cuba lah kurangkan.

Mengumpat itu umpama makan daging saudara kita sendiri. Allahu🤐

Jika ada yang ajak bertengkar/bergaduh, berkata lah...Saya berpuasa, saya berpuasa, saya berpuasa


4) perut

Makan dan minum lah tapi jangan lebih². Jangan bersungguh² makan macam². Tahan nafsu kita. Makan ala kadar sahaja.


5) kemaluan

Perkara yang halal bagi suami isteri, menjadi haram  bilamana kita berpuasa wajib di siang hari bulan Ramadhan


6) tangan

Buat perkara tak baik, cth menulis fitnah di media sosial atau sebarkan perkara tak elok melalui WA dsb.


7) kaki

Melangkah ke tempat yang nengundang dosa. Maka puasa kita dikhuatiri hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga.


Kita berpuasa ini sebagai ibadah untuk diterima oleh Allah Taala. Kita nak puasa yang diberkati oleh Allah Taala. 

Bersiap sedia, bersihkan hati, standby bertemu Ramadhan. InshaaAllah. Aamiin Allahuma Aamin. 


Blog Archive