Kukuhkan Ukhwah sesama kita


Semasa ON-kan radio untuk semak samada dah azan ke belum untuk waktu Zohor, saya over-heard satu tazkirah oleh seorang ustaz. Rancangan dah half-way ke udara, jadi tak pasti ustaz mana yang sedang menyampaikan ilmu.

Masa tu ustaz tengah citer satu kisah di zaman pemerintahan Saidina Umar. Di kisahkan tentera Islam sedang mengepung satu puak musyrik. Kepongan bukan takat mengepong biasa je tapi kepongan yang menyekat banyak keperluan pihak musuh misalkata kalau kita hari ini contoh sekat bekalan air, bekalan makanan, sekat internet, WIFI dan sebagainya.

Kalau biasanya selepas dikepong selama 2 minggu, tentera musuh dah menyerah kalah, tapi kali ini tidak sebagaimana yang diduga. Selepas kepongan berjalan selama hampir sebulan pun, tentera musuh bagai tidak ada apa2 pressure, biasa2 je keadaan mereka... takde tunjuk tanda2 nak serah diri.

Jadi Umar mengambil langkah pergi ke kem tentera Islam untuk menyiasat keadaan sebenar. Lalu setelah 3 hari 3 malam berada di sana, beliau pun pulang lah semula ke Madinah.. Sesampai beliau di Madinah, diutusnya sepucuk surat buat tentera Islam.

Dari pemerhatian beliau, ada 3 sebab mengapa ini berlaku:
  1. ramai antara mereka tidak amalkan bersugi - sedangkan bersugi itu menjadi sunnah yang amat dituntut. Hingga dikatakan isteri Nabi SAW iaitu Aisyah r.a telah menyatakan bahawa perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW setiapkali pulang ke rumah ialah bersugi. Dan di saat2 detik terakhir wafatnya Rasulallah SAW pun, baginda masih tak lupa untuk bersugi... Subhanallah... Di sini menunjukkan betapa pentingnya bersugi/menggosok gigi/menjaga kebersihan gigi.
  2. saf semasa solat berjamaah, bengkang-bengkok - nampak sangat tentera Islam kurang prihatin dalam menjaga keperluan untuk meluruskan saf dalam solat
  3. saf renggang-renggang, tak rapat - nampak sangat tiada permuafakatan di antara sesama jemaah. Kerja secara berkumpulan amat dituntut untuk keberhasilan dalam perlaksanaan sesuatu tugas.. Berbeza hasil kerja jika dilakukan seorang diri berbanding kerja secara berkumpulan. Makanya mesti mulakan semangat berpasukan ini dalam solat berjamaah yang mampu memupuk ukhwah yang kukuh antara sesama saudara Islam. Bila bersatu hati Insya-Allah semangat pun jadi kuat.

***sekadar pengkongsian untuk sama2 kita renungkan hikmah dari kisah ini... Wallahu'alam

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Nur,

Tentang sholat berjemaah dan duduk yang renggang antara satu sama lain tu banyak terjadi dimasjid2.

Mreka seolah-olah inginkan keselesaan.

Marina Ali said...

Salam ziarah kak,MasyaAllah menarik entry nie,perlu dijadikan iktibar dalam diri kita sehari2:),yang selalu leka dan lalai walaupun sebenarnya kita tahu hakikat itu...

nur said...

Waalaikumussalam kak Ani.
Itu la.. kadang bila kita ajak mai kat depan untuk penuhkan saf (yang agak2 boleh muat sorang lagi), ada yang nampak cam berat hati.. wallahu'alam

nur said...

Marina,
Waalaikumussalam. Betul, akak pun... kadang ingat, kadang lupa, kadang cam buat-buat lupa..
Sama2 kita cuba tingkatkan kualiti amal..InsyaAllah.
..thx marina

Cikli said...

perkara ini sekarang hanya jemaah tabligh yang ambil berat. tapi ramai pulak pandang hina kat depa.

nur said...

Cikli...
Semua orang ada peranan masing-masing dalam nak sampaikan dakwah. Tak patut ada di antara kita yang berani2 nak jatuhkan hukum, nak pandai2 tentukan ketaqwaan seseorang. Nilai taqwa setiap insan hanya Allah yang tahu... moga semangat perjuangan jemaah tabligh tidak tergugat walau sering diuji berbagai tohmahan.. thx Cikli

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...