Kuatkan hati ikut en suami ke masjid. Tak mahu kalah dengan ujian itu, teringat-ingat apa ustaz pernah pesan... "...jangan bila kita rasa tak sihat sikit dah tak jadi pergi masjid, jangan bila hujan mula turun terus cancel pergi majlis ilmu..."
Masa kuliah maghrib berjalan, saya sesekali batuk. Bila saya senyap, Maziah yang duduk di sebelah pula sambung batuk. Cepat2 hulurkan tangan ke dalam beg untuk ambik "Woods peppermint" yang saya bawak bekal, konon nak bagi Maziah sama untuk legakan batuknya.


Sebelum melangkah keluar dari ruang solat sempat bertegur sapa dengan ustazah yang duduk satu saf dengan saya... Tambah timbul semangat dan rasa terubat ujian batuk bila ustazah sebut tentang kemanisan iman. Syukurlah jika hati kita selalu ada rasa rindu pada masjid, hati sering teringat dan seronok untuk datang duduk dalam majlis ilmu, hati timbul cinta pada rumah Allah. Kata ustazah, itu tanda ada kemanisan dalam ibadah... alhamdulillah..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari Abu Said Al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekali pun melainkan diampuni akan dosa-dosanya. (HR Bukhari)
2 comments:
rindu pada majlis ilmu...rasa manis.
anon,
Mohon Allah tetapkan hati.. aminn
Post a Comment