Jom kita buat kueh siput. Boleh buat untuk makan lepas Teraweh, waktu Sahur atau simpan untuk Raya InshaaAllah.
Kenangan...kueh siput ni snek kegemaran arwah bonda. Tiapkali nak raya mok buat kueh siput ni banyak² dalam beberapa siri(bukan buat banyak² sekali gus)dan kemudian bahagi²kan dekat jiran keliling rumah sikit sorang. Ingat lagi semua teruja bila dapat kueh siput MokCikgu. AlFatihah buat arwah ibuku, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibuku dan menempatkannya di kalangan orang² beriman serta di-ampuni semua dosa²nya...aamiinn
Bahan²ny:a:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar gula(optional) kalau nak rasa lemak² tanpa rasa manis, skip gula
- 1 sudu kecil garam
- 3 sudu besar marjerin
- ½ - ¾ cawan air sejuk dalam peti/ secukupnya
Cara membuatnya:
1. Satukan air, garam dan gula. Tambah garam jika kurang rasa masin. Campurkan sedikit demi sedikit air garam ke dalam tepung gandum dan marjerin. Gaul rata semuanya. Gaul ya bukan uli macam nak buat roti canai. Kalau uli, kueh siput akan jadi keras.
3. Bila doh digaul rata, bolehlah dibulat²kan dulu sebelum diterap atas penerap siput.
Taburkan sedikit tepung gandum atas pinggan/loyang sebelum mula terap kueh siput supaya nanti takde lah melekat² sangat.
4. Bila dah siap terap kesemuanya, goreng dalam minyak yang banyak hingga warna kueh siput jadi keperangan.
InshaaAllah sedap, rangup dan rasa lemak manis kueh siput.
Alhamdulillah♡
*nota:
Tqsm Jazakallah buat en suami yang sama² tolong buat kueh siput tiapkali buat untuk cucu². Memang kena tolong sebab nak menyudahkan satu doh tu, gigih la iols kalau nak buat sensorang..hahaha🤣
2 comments:
Lama dah cari resepi nih terima kasih tie
Kueh siput legend ni warisan arwah mak cikgu, ibu mertua saya. Di warisi kpd anaknya, iaitu isteri saya yg tercinta. Bab menyediakan adunan boleh follow resepi yg isteri saya kongsikan pada posting ini. Bab skil jari utk membentuk kueh siput tu boleh belajar cara saya, agak expert la skrg ha ha... Anyway kami berharap ilmu yg dikongsikan di sini menjadi kelompok ilmu bermanfaat di sisi Allah yg bisa menjana sedikit sebanyak saham akhirat. Jazakallah.
Post a Comment