Sos Penyicah Untuk Collek


Alhamdulillah, semua anak² berpeluang balik untuk iftar sama². Meriah tengok gelagat cucu-cucu yang tak penat berlarian, walaupun dua orang yang darjah Satu(Fateh) dan darjah Dua(Aisyah), berpuasa. Tak haus eh🤔..hahaha😂

Gembira dalam luangkan masa bersama cucu² mamatok dalam dua hari tu. Kami berbuka puasa di masjid beramai² dengan kariah lainnya, dan selepas Teraweh 8 rakaat, terus gerak balik..cucu² pun dah penat time tu..🤭

Mamatok buat moreh Collek, paberet en suami dan anak menantu . Goreng paru, udang celop tepong, sotong celop tepong, cucur udang serta kerang rebus. Lepas siap goreng² semua, pukul 11malam baru makan collek. Kira late supper lar ni...hi..hi....


Alhamdulillah happy semua makan collek ala-ala moreh kat Kelantan gitew😁  Sos Penyicah dah siap² buat dah petang tu. Paru pun dah siap rebus. Tinggal goreng je semua balik teraweh, alhamdulillah.

Jom tengok resepi Sos Penyicah Homemade. Sedap untuk buat cicah-cicah keropok dan seafood yang kita buat celop tepong tu. 



RESEPI SOS PENYICAH 

Bahan²nya:

Secekak @ 9 - 11 tangkai lada kering besar Kelantan yang tak pedas 

3 tangkai cili kering kerinting(pedas)

Nise 3 keping (kalau takde boleh pakai gula melaka)

Garam satu sudu kecil

Gula 4 sudu besar

Cuka ½ cawan

Air asam jawa  ½ cawan

Air ½ periuk kecil

1 sudu kecil tepung beras bancuh dengan sedikit air.

Cara membuatnya:

Cili kering direndam dalam air panas, basuh dan bilas 2 @ 3 kali. Mesin biar dapat dalam 1 senduk pes cili.

Masak air ½ periuk. Masukkan nise, masak hingga nise larut. Selepas itu, masukkan pes cili kering. Biar masak lama baru masukkan cuka, air asam jawa, garam dan gula. Biarkan terus mereneh hingga campuran jadi pekat dari sebelumnya. Campurkan sesudu besar air tepung beras untuk melikatkan lagi sos penyicah. Masak hingga warna sos cantik berkilat. Done, Alhamdulillah.

Cara Buat Cucur Udang Sedap

Bahan²nya:

Tepung gandum 2 cawan

Daun kucai

Taugeh

Udang kecil dibuang kepala dan ekor

Sedikit bawang holland dimayang

Telor 1 biji

garam

air secukupnya 

Cara membuatnya:

Campur kesemua bahan kecuali udang. Adunan jangan terlalu pekat, supaya kejadian cucur udang rangup @ agak crispy. Semasa nak goreng baru ambil 2 - 3 ekor udang untuk setiap cucur. Goreng cucur akhir sekali selepas goreng yang celop² tepong tu untuk kekalkan rasa rangupnya semasa menghidang. Alhamdulillah.




1 comment:

Anonymous said...

Terbaek dari ladang ccolek moreh & sos DIY. Sos ni boleh commercialize jenama KakTi. My peberet always.

Blog Archive