Bismillahirrahmanirrahim
Isi masa dalam kehidupan kita dengan beribadah kepada Allah.
Elak perkataan yang buruk, elak melangkah ke tempat tak elok.
Allah langsung tak pandang lapar dan dahaga kita berpuasa di bulan Ramadhan jika kita tak menahan diri dari melakukan perkara sia-sia, maksiat dan dosa.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW: Maksudnya:“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 1770, 5597]
Elak dari lakukan perkara yang dilarang oleh Allah.
Isi dengan perkara kebaikan dan ketaatan kepada Allah Taala. Maka InshaaAllah ibadah puasa kita menjadi puasa yang bermanafaat.
Hadith yang diriwayatkan oleh oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya berjaga malam”. [Riwayat Ibnu Majah, no. Hadith 1690]
Wallahu a'lam.

1 comment:
"Jaga Allah,Allah jaga kita"
Terima kasih...Kakti😘
kongsi ilmu..
Terbaik!
Post a Comment