Lima Kunci



Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda "Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:
  1. Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.
  2. Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.
  3. Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.
  4. Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah
  5. Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.
(Bukhari)


Huraian :
Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan.

Firman Allah yang bermaksud
"Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)


Haramnya Wanita Bepergian Sendirian


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak halal - yakni haram - bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari penghabisan, kalau ia bepergian sejauh jarak sehari semalam, melainkan wajib disertai orang yang menjadi mahramnya."

(Muttafaq 'alaih)



Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya ia mendengar
Nabi s.a.w. bersabda:

"Janganlah seseorang lelaki itu menyendiri dengan seseorang wanita, melainkan wanita itu wajiblah disertai oleh orang yang menjadi mahramnya. Juga janganlah seseorang wanita itu pergi, melainkan ia wajiblah disertai orang yang menjadi mahramnya."

Ada seorang lelaki berkata: "Sesungguhnya isteri saya hendak keluar untuk beribadat haji, sedang saya telah dicatat diriku untuk mengikuti peperangan ini dan ini?" Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Pergilah berhaji dengan isterimu."

(Muttaffaq 'alaih)



Sunnahnya mencari kawan dalam bepergian


Dari Ibnu Umar radhiallahu'anhuma, katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Andaikata para manusia itu mengetahui - bencana-bencana keduniaan dan keakhiratan - dengan sebab bepergian sendirian sebagaimana yang dapat saya ketahui, niscayalah tidak akan ada seorang pengendara yang pergi di waktu malam sendirian saja."

(Riwayat Bukhari)

______________________________


Dari 'Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari nenek lelakinya r.a., katanya:

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seorang yang berkenderaan* sendirian - maksudnya pergi seorang diri tanpa kawan - adalah seperti cara perginya syaitan, dua orang yang berkenderaan -yakni pergi berduaan - adalah seperti cara perginya dua syaitan, sedang tiga orang yang sama-sama bepergian adalah sepasukan dalam perjalanan,"
yang dapat bantu-membantu, dan ini adalah baik serta tidak seperti cara perginya syaitan.


Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud, Termidzi dan Nasa'i dengan isnad-isnad shahih dan Imam Termidzi mengatakan bahawa
ini adalah Hadis hasan.


____________________________


Dari Abu Said dan Abu Hurairah radhiallahu 'anhuma, katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jikalau ada tiga orang yang keluar dalam bepergian, maka hendaklah mereka mengangkat seseorang di kalangan mereka sendiri itu untuk menjadi pemimpinnya."

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad hasan.


25 Rasul

  1. Adam a.s.
  2. Idris a.s.
  3. Nuh a.s.
  4. Hud a.s.
  5. Salleh a.s.
  6. Ibrahim a.s.
  7. Luth a.s.
  8. Ismail a.s.
  9. Ishak a.s.
  10. Ya'akub a.s.
  11. Yusuf a.s.
  12. Ayyub a.s.
  13. Shu'aib a.s.
  14. Musa a.s.
  15. Harun a.s.
  16. Zulkifli a.s.
  17. Daud a.s.
  18. Sulaiman a.s.
  19. Ilyas a.s
  20. Ilyasa' a.s.
  21. Yunus a.s.
  22. Zakaria a.s.
  23. Yahya a.s.
  24. Isa a.s.
  25. Muhammad s.a.w.

Rasul-Rasul Ulul Azmi:

  1. Muhammad s.a.w.
  2. Ibrahim a.s.
  3. Musa a.s.
  4. Isa a.s.
  5. Nuh a.s.

Sunnahnya Pergi Di Permulaan Siang Hari


Dari Shakir bin Wada'ah al-Ghamidi as-Shahabi r.a. bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ya Allah, berikanlah keberkahan kepada ummatku pada pagi harinya."

Rasulullah s.a.w. apabila hendak mengirimkan suatu pasukan yang beliau s.a.w. sendiri tidak menyertainya - atau hendak mengirimkan tentera - untuk peperangan, maka beliau s.a.w mengirimkannya - yakni diberangkatkan - di permulaan siang hari - jadi pagi-pagi sekali.

Shakhr adalah seorang pedagang. Ia mengirimkan dagangannya itu selalu di permulaan siang hari, maka menjadi kayalah ia dan meluaplah
serta banyaklah hartanya.


Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud serta Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.


Sunnahnya Keluar Pada Hari Khamis


Dari Ka'ab bin Malik r.a. bahawasanya Nabi s.a.w
keluar pada hari peperangan Tabuk pada hari Khamis. Beliau s.a.w itu memang suka sekali keluar bepergian pada hari Khamis. (Muttafaq 'alaih)


Dalam riwayat kedua kitab shahih Bukhari dan Muslim disebutkan:
"Niscayalah sedikit sekali - yakni jarang benar - Rasulullah s.a.w itu keluar bepergian, melainkan pada hari Khamis."

Pandanglah Dengan Mata Hati

Pandanglah segala sesuatu dengan mata hati. Di sana ada hikmah dan pengajaran. Pandang ciptaan Allah dan fikir akan kebesaran Allah. Pandang langit nampak Allah. Pandang lautan nampak Allah. Pandang bukit bukau dan hutan belantara nampak kehebatan Allah. Pandang anggota diri, di sana ada kehalusan dan kesempurnaan ciptaan Allah yang Maha Pencipta.

Di dalam hadis riwayat Ahmad dan al-Darimi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bertanyalah diri anda. Kebaikan itu ialah sesuatu yang hati anda berasa tenang kepadanya, manakala dosa pula ialah sesuatu amalan yang hati anda berasa bersalah dan teragak-agak padanya. Terimalah pandangan ini, walaupun orang ramai memberikan pandangan yang lain pada anda".

Akal diberi ruang yang begitu luas untuk meninjau dan memerhatikan alam buana yang kaya dengan objek, dari plenet-plenet di alam langit hinggalah ke bumi dan diri sendiri. Di dalam Surah Yunus ayat 101 Allah berfirman yang bermaksud: " Katakanlah wahai Muhammad! Perhati dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi".

Dalam Surah al-Zariat ayat 20 dan 21 Allah berfirman yang bermaksud: Dan pada bumi ada tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang yakin, dan juga pada diri kamu sendiri. Maka kenapa kamu tidak melihat serta memikir tanda-tanda kebesaran itu".

Islam itu ialah penyerahan diri secara total kepada Allah. Sembahlah Sang Pencipta, bukan menyembah yang dicipta. Baik di pandangan mata hati maka insyaAllah eloklah pandangan di mata kasar.


Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...