Resepi Mudah Roti Cheese

Assalamualaikum.
Pagi semalam dengan semangat membaranya kembali aktifkan Bread Maker saya yang dah agak lama berehat tu. Lama ni berehat! He he..

Tiba2 je aura meroti datang balik. Masa anaknda balik last weekend, anak ada tanya bila mama nak buat roti balik.. Dan masa nak beli roti cheese di pasaran tempohari, rasa terbuku dalam hati sebab sebuku roti cheese yang kecik je pun harga sampai rm2. 30. Aduhhh..roti tu dua tiga kali ngap, dah habis. Ish ish.. Makin mahal rega barang makan sekarang ni eh. Jadi jom la kita buat sendiri roti Cheese.

Bahan2 yang perlu ada:
1 ketul cheese  cheddar(sy beli brand Beqa)
3 ¾ cawan tepung roti/high protein
1 cawan air sejuk dlm peti
2 sudu besar buttercup/margerin
5 sudu besar gula
¾ sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
1 biji telor


Cara membuatnya menggunakan Bread Maker:
Masukkan kesemua bahan ke dalam BM bermula dari butter, telor, dan air kemudian di-ikuti dengan bahan kering iaitu tepung roti, gula, yis dan garam. Gula dan garam  asingkan pada 2 penjuru yang bertentangan. Buat lekuk atas gula lalu curahkan yis dalam lekukan gula. Okay, tutup penutup BM dan ON kan pada ketetapan nombor 8 iaitu uli selama 14minit(bagi BM Empress Cosway.

Bila selesai ulian pertama, tekan sekali lagi proses menguli agar doh jadi lebih lembut.

Alhamdulillah bila BM dah selesai uli, biarkan seketika sebelum mula bulat2kan doh. Sapu dulang roti dengan butter terlebih dulu sebelum disusun doh roti.

Biarkan doh yang dah dibulat2kan mengembang 2kali ganda.

Bila dah kembang dan doh roti nampak putih dan gebu, boleh la mula panaskan oven. Sementara itu sapu kan doh roti dengan susu ducth lady kemudian parut cheese cheddar di atas setiap permukaan doh. Setelah itu taburkan gula pasir di atasnya.

Alhamdulillah dah boleh mula membakar roti pada kepanasan oven 150°c selama lebih kurang 15 minit(bergantung pada kepanasan oven masing2).

Begini lah rupa paras dan bentuk kejadian Roti Cheese yang alhamdulillah sangat sedappppp.. Lebih sedap dari yang beli.. Siriyes cakap😁🤣
Alhamdulillah.





Kembara Amal ke Kemboja dan Vietnam (Part 1)

Alhamdulillah baru2 ini berpeluang ikut misi Kembara Amal Ustad Fadzli  ke Kemboja dan Vietnam. Belum pernah melalui pengalaman sedemikian sebelum ini, maka rezeki dapat turut serta bersama rombongan kembara ini sesungguhnya amat berharga bagi kami suami isteri.. Alhamdulillah syukur ya Allah.




Bermusafir selama 4 hari dari hari terbang jam 6 pagi dengan Air Asia dari Klia2 ke lapangan terbang Phnom Pehn, Cambodia.  Ustad Ramly dengan tiga buah van alhamdulillah dah bersiap-siaga menunggu ketibaan rombongan kami yang seramai 25 orang ini.




Kembara Amal langsung bermula bilamana van yang kami naiki bergerak meninggalkan airport menuju ke satu persinggahan masjid. Cantik masjidnya, Subhanallah. Tersentuh hati bila melihatkan ramai yang sedang menanti kami di sana. Terpancar gembira di wajah mereka merai'kan rombongan kami dengan jamuan makan tengahari dengan menu yang simple tetapi sedap. Alhamdulillah jazakallah buat qariah di sana.


Khabarnya hanya ada beberapa keluarga Islam sahaja yang tinggal di kawasan sekitar masjid.. Allahu. Maksudnya tak ramai orang Islam di penempatan tersebut.

Sebelum meninggalkan masjid, ustad dan rakan2 mengagih-agihkan barang2 sedekah yang dibawa dari Malaysia termasuk lah alQuran dan sejadah.

Kembara diteruskan dengan menuju ke kampung yang agak jauh di pendalaman yang jarak jauhnya lebihkurang 4jam perjalanan.  Setelah melalui perjalanan jalan berbatu dan lorong2 sempit, akhir nya alhamdulillah kami sampai di rumah anak-anak tahfiz yang dikelola oleh Ustad Kossim.

Wajah lesu kami bertukar ceria dek terharu di sambut oleh ramai penduduk sekitar di rumah ustad. Teruja bilamana dirai'kan lagi dengan jamuan makan. Menu yang dihidangkan kali ini ialah Lembu Naik Bukit. Allahu, terkedu juga pada mulanya bila dengar nama menu tersebut. Namun bila mula menjamu selera dengan hidangan tersebut.. Allahu Robbi, kenapa sedap sangat niiii🤔😍❤️👍
Sangat sedap menu tersebut, seriyes cakap. Terus saya berhajat nak cuba buat sendiri nanti balik Malaysia.






Menu Lembu Naik Bukit




Semua kami berselera sungguh makan, kemudian dihidangkan pula dengan air kelapa dengan buah2 nya sekali. Kira dijamu sungguh. Terimakasih tidak terhingga ya ustad Kossim dan seluruh ahli keluarga ya.

Selesai makan, kami berjalan kaki ke masjid yang tak jauh dari rumah ustad untuk solat jamak qosar zohor dan Asar. Dapat melihat begitu ramai anak2 tahfiz di ruang kelas tingkat bawah masjid dan di ruang balkoni masjid.







..... Bersambung
Merentas bumi Cambodia ke Vietnam
melalui Sg Mekong sejauh 6jam perjalanan menaiki Cruise. 

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...