Salam Jumaat...
Terbuku rasa hati tiapkali baca dan dengar tajuk2 berita yang agak sensasi sekarang ini. Tak kiralah dekat tv pun ya, paper apa tah lagi, dekat blog pun sama.. semua sama naik pakat tulis. Itu baru tengok tajuk, isinya belum baca lagi tu...
Nak kongsi apa yang saya dengar dari tazkirah seorang ustaz yang memberi peringatan. ...Hakikatnya hidup kita ini ibarat berada di pentas sandiwara. Dunia penuh dengan tipu-daya. Yang kekal hanyalah kampung akhirat yang infiniti. Kita semua berasal dari keturunan Adam dan Hawa yang tempat duduk asal nya adalah di Syurga. Tak hendakkah kita semua pulang ke Syurga? Ustaz kata ada yang menjawab, " Ohh saya tau hukum sikit2 je ustaz... tau agama tapi takde la pandai sangat... atas-atas pagar je..."
"Atas-atas pagar? Nak terus berenti tau setakat tu saja ke? Tak nak terus usaha cari? Mesti bertekad untuk teruskan usaha mencari ilmu supaya kita mampu menjadi insan yang faham agama. Semasa masih kat dunia ni boleh la kita kata kita nak takat 'atas-atas pagar' je... Nanti di akhirat vocab tu dah tak boleh pakai... takde istilah atas-atas pagar di sana. Yang ada hanya dua pilihan samada nak Syurga atau nak Neraka... Takleh nak duduk tengah2, takde atas-atas pagar.. yang ada hanya dua tempat tu je...", jawab ustaz panjang lebar.
Oleh itu, marilah kita tanya diri sendiri... nak ke mana kita selepas ini? Kalau inginkan Syurga, eloklah berhenti tumpang sekaki membuat dosa dengan memperhebatkan lagi sesuatu berita yang kita tak tau akan kebenarannya. Ustaz pesan, jangan kita terlibat menjadi agen fitnah. Mungkin kita tak sedar kita dah jadi agen fitnah tapi hakikatnya dengan cara kita forward-forward kan berita yang tak baik, yang aib dan yang tak pasti benar tidaknya itu.. kita dah pun termasuk dalam senarai nama-nama agen. Semua hanya akan mengundang dosa yang tidak lain akan mengheret kita ke lembah Neraka... Nauzubillah.. Ya Allah jauhkan lah kami dari seksa api neraka... ameenn
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tahukah kamu apa itu memfitnah? Para sahabat r.hum berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda SAW bersabda: Memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (muslim) ketika dia tiada yang dia tidak suka. Ditanya: Wahai Rasulullah, jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang muslim, maka apa yang harus aku katakan? Baginda SAW menjawab: Jika apa yang dikatakan benar, maka itu adalah mengumpat (bahkan lebih buruk daripada memfitnah). (HR Muslim)
Wallahu a'lam.