Kuetiaw Goreng Tomyam


Alhamdulillah sangat sedap Kuetiaw Goreng Tomyam. Kita tukar biar ada perisa Tomyam, baru ada kelainan sikit. Kalau goreng kuetiaw ikut cara biasa, jemu juga...tak gitu. 

Jom tengok macamana nak buat Kuetiaw Goreng Tomyam yang boleh tahan sedap nya ini... hi hi

**Kredit to Chef iimanshii


KUETIAW GORENG TOMYAM


Bahan²nya:

2 paket kuetiaw



minyak untuk menumis


Bahan tumbuk:

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

7 cili api


2 sudu besar pes Tom Yam


6 ekor udang basuh bersih

2 ekor sotong, basuh bersih dan hiris


1 batang serai, hiris nipis

2 helai daun limau purut(carik²kan) 


2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap manis cap kipas udang


Sayur carrot, brocoli dan sawi bunga


Cara memasak:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk  sehingga kekuningan dan wangi. Masukkan pes Tomyam. Kacau²kan biar serata.


Masukkan udang dan sotong. Biarkan masak baru masukkan serai serta sayur-sayuran yang keras. 


Pecahkan telor,  masukkan di tepi kuali. Biarkan seketika baru dikacau² dan kemudian di campurkan kuetiaw.  Kacau² biar sekata. 


Tuang sos tiram dan renjiskan kicap dalam 5x renjis kemudian baru di-masukkan daun sawi dan daun limau purut. Perasakan dengan garam secukup rasa.


note: 

(i) tak perlu masuk sos cili/sos tomato sebab kita nak kekalkan rasa pes tomyam. 

(ii) tak perlu masuk gula sebab kicap manis dah cover rasa manis²nya.


Sekian wassalam๐ŸŒธ





Resepi Burnt Cheese Cake

 


Alhamdulillah, agak kerap la buat Burnt Cheese Cake kebelakangan ini. Rasa sangat yummy... hi.. hi๐Ÿคญ


Nak buatnya pula tersangat lah mudah. Bahan pun kalau beli boleh buat banyak kali( contoh bila beli cheese yang 1kg @ 4x boleh buat)


Bila dah tau buat cheese cake yang best ni hah dah tak teringat dah nak makan Caramel Cheese Cake kat Nando's atau pun Cheese Cake yang dekat Secret Recipe. Senang.. buat sendiri je. 


Okeh, mari kita tengok resepi. Resepi alhamdulillah dari YouTube..(mula2 hari tu cake ini di perkenalkan pada saya oleh anaknda iimanshii) .. Tqsm


Resepi Burnt Cheese Cake


Bahan²nya:

250g cream cheese Tatura/Beqa

60g gula

8g tepong

1 kuning telor + 1biji telor

150g whipping cream 

Secubit dua garam

Esen vanilla 1 sudu kecil(optional)


Cara:

Loyang saiz 14cm. Sapu butter di dasar dan tepi loyang, kemudian sediakan 2 lapis kertas minyak untuk alas loyang.  Biar kertas melebihi paras loyang supaya senang di angkat keluar nanti cheese cake.


Ketepikan dulu kertas minyak. Panas kan oven beserta dengan loyang. 


Campur semua bahan bermula dari cheese, gula, tepung, telor, whipping cream, garam dan esen vanilla.  Kacau hanya menggunakan hand whisk. 


Tuang bancuhan kek ke dalam loyang yang beralas kertas minyak. 


Bakar dalam panas oven 220°C selama 30 minit. 


Biarkan sejuk sebelum sambung sejukkan dalam peti ais. Belum boleh di-angkat keluar cheese cake, sejuk kan beserta dengan loyang di dalam peti-ais. 


Sekian wassalam.



**Kredit to @iimanshii.studio



Resepi Roti Buku Homemade


Alhamdulillah, hari ni cuba resepi baru untuk buat Roti Buku.  Kalau dalam bahasa omputeh, Plain White Loaf la..he he... Roti Buku ni roti Bantal pun iya jugak orang panggil.  Kiranya kita baked sebuku roti tinggal nanti hiris² je la untuk makan dengan butter/jem/kaya. Paling best buat roti bakar, boleh bakar roti yang dihiris samada atas pan atau pun bakar dalam toaster-oven. Resepi KAYA ada kat sini๐ŸŒธ



Jom kita buat sendiri roti buku homemade. Time Pkp yang panjang ni banyak masa, jadi boleh la kita berlama2 sikit kat dapor.. hi hi... 

Resepi kali ni hasil Google di Internet. Alhamdulillah terima kasih buat empunya resepi.

............................................. 


Resepi Roti Buku Homemade


Bahan²nya:



135g  air sejuk

70 g  susu segar sejuk

300 g tepung roti

30 g gula

5 g garam lebihkurang ¾ sudu kecil

20 g mentega sejuk

1 sudu kecil yis/ragi kering 


Cara membuatnya:

1. Masukkan ke semua bahan ke dalam bread maker mengikut urutan yang disenaraikan. Buat lubang atas tepung dan tuangkan yis. Yis boleh dekat dengan gula tapi kena jauh dari garam. 



2. Pilih proses untuk uli. Macam saya yang guna bread-maker impress cosway, 14minit untuk setiap ulian. Jadi saya ulang tekan uli 3x.



Selepas program ini berakhir, bagi rehat tambahan untuk doh selama 20 minit..he he


6. Keluarkan doh. Tumbuk untuk keluarkan angin. Kemudian ratakan doh. Lipat kiri kanan hala ke tengah. Rata kan balik lalu gulung doh. Masukkan doh ke dalam tin pembakar yang dah di-sapu butter lalu biarkan doh naik dan kembang sebelum mula panas kan oven. 


Bila oven dah panas sapu kan permukaan doh roti dengan fresh milk. Bakar roti selama 20 - 25 minit dalam kepanasan oven 170°C.


*update 25Jun2021

Buat lagi roti hari ni. Terus buat 3 buku roti sekali gus..ha ha.. Cover  breakfast, minum petang & supper๐Ÿ˜๐Ÿ˜† Buat kaya sekali untuk sapu² makan dengan roti tu. Alhamdulillah. 




Sekian, wassalam. 


Resepi French Apple Cake


Alhamdulillah.. Sedap sangat lah Apel Cake ni.. Kiranya dapat satu lagi resepi yang boleh di ulang-ulang buat untuk kueh minum petang/sarapan.

Meh kita tengok camana. Resepi tengok YouTube je tapi memang terbaik.. Sangat mudah cara membuat kek Apel ini. 


RESEPI FRENCH APPLE CAKE


Bahan-bahan


UNTUK CAKE

150g tepung

80g gula

3 sudu kecil baking powder(12g)

secubit dua garam

2 telur

½ sudu kecil vanilla

60g minyak

½ cawan(kurangkan sikit) @ 90g susu(fresh milk)

4 biji epal hijau(saya guna epal merah kali ni, stok yang sedia ada)


Untuk (icing)

1 biji telur

80g mentega cair

80g gula

Parutan kulit Lemon/sunkist (1biji)


Cara membuatnya:

(1)Panaskan oven anda untuk 170°c.


(2)Untuk menyediakan adunan kek, tambah tepung, gula, baking powder dan sedikit garam ke dalam mangkuk. Kemudian tambah kan 2 biji telur, minyak dan susu, terus pukul pakai whisk sehingga tiada bahagian adunan yg berketul, lalu ketepikan.  Tuangkan ke dalam loyang yg dah disapu mentega. Gunakan acuan/loyang 9 inci atau 23cm.(saya guna dua loyang: yang segi empat tepat  5 x 9 dan loyang bulat kecil). 


(3)Kupas kulit epal dan potong dadu setiap biji. Tabur di atas adunan lalu di bakar dalam oven selama 30 minit 170°C.


(4)cair kan mentega dalam microwave. Dalam mangkuk lain, satukan gula dan telur.  Pukul pakai whisk kemudian masukkan mentega cair dan parutan kulit lemon. 


(5)Keluarkan kek dari oven, cucuk kek dengan lidi, kalau licin lidi tandanya  kek dah masak). Maka tuangkan  icing campuran rata2 ke atas kek yg dah masak tadi.  Masukkan semula ke dalam oven dan bakar selama 12 minit.


(6)Setelah masak, sejukkan selama 10 minit.  Lalu kan hujung pisau di sekeliling kek, kemudian terbalikkan ke atas redai kueh. Terbalikkan sekali lagi di atas pinggan. 


Alhamdulillah dah boleh potong dan cuba rasa French Apel Cake.. ๐ŸŽ๐Ÿ˜Š



**update:


Buat lagi kek Apel yang sedap ni๐Ÿค—

Guna acuan kecil² berbentuk bintang untuk apple cake hari ini 5Julai2021. Alhamdulillah ada epal hijau dalam peti-ais.๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ













 








Rindu Masjidil Haram


Teringin nak ke Mekah lagi. Maqbulkanlah ya Allah. 

Sesungguhnya daku rindu Masjidil Haram. 


Dapat forwarded video dari seorang sahabat umrah ku.. Terima kasih kakros. Aduhh.. sedih sungguh bila tengok video ini yang tunjuk keadaan dan suasana di sana sekarang ini. Moga Allah angkat wabak covid 19 dari terus berlarutan di mukabumi. Semua dengan izin Allah.. Aamiinnn ya Robbal 'alaminn... 


Cara Buat Laksam



Alhamdulillah sampaikan hajat cik suami nak makan laksam. Dah dua tiga kali sebut teringat nak makan laksam, katanya. Ya lah kali terakhir makan laksam hari tu semasa kami balik ke Kelantan sebelum PKP kembali bermula. Selepas daripada tu dah tak boleh rentas negeri lagi. Moga keadaan dukacita ini segera berlalu, moga wabak penyakit yang merbahaya ini berlalu pergi inshaaAllah..Aamiinn

Mudah sebenarnya buat Laksam ni. Dah la kos nya pun murah. Namun hasilnya sedap dan mengenyangkan alhamdulillah. 

Jom kita sering2 buat LAKSAM. Jom tengok macamana cara membuat ya. 




RESEPI LAKSAM KELANTAN


Bahan2nya:

2 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung ubi(tapioca) 

5 cawan air suam

sedikit garam


Cara membuatnya:

Satukan kesemua bahan, kacau biar sebati. Tapis. 

Panas kan periuk pengukus. Sediakan dua tudung periuk untuk senang gilir2. Sapu tudung periuk dengan minyak masak. Letak kan dalam kukusan. Tuang satu senduk atau lebih adunan ke atas tudung periuk. Masak dalam 5minit gitu sehingga nampak adunan menggelembung di beberapa bahagian. Dah boleh angkat. Buat yang sama untuk tudung periuk satu lagi. Laksam yang dah masak tadi boleh lah di gulung, nak mudah gulung pakai pisau kek plastik๐Ÿ‘


Untuk buat Kuah Laksam

Bahan2nya:

• 5 ekor ikan pelaling  direbus

(simpan air rebusan ikan) 

• 2 biji bawang merah besar (saiz sederhana) 

• sedikit halia

• 9 biji lada hitam ditumbuk 

• 1 kotak kecil santan Kara + air secukupnya

• garam , gula

•1 asam keping


Blender bawang, halia dan isi ikan rebus, dengan sedikit santan. Tulang ikan rebus pula blender dengan air rebusan ikan, lalu ditapis untuk diguna air nya. 

Satu kan kesemuanya ke dalam periuk, masak sambil selalu di kacau2 hingga mendidih. Tambah kan asam keping, garam dan gula.  Kuah laksam yang guna ikan fresh sangat wangi bau kuah nya.. Alhamdulillah. 


Sambal Lada

Cili kering

Garam

Belacan

Sedikit perahan limau nipis

Sedikit minyak

Cara: masak kesemuanya hingga hampir kering air cili kering.


Ulam untuk di makan bersama laksam:

Timun batang

Daun kesum

Taugeh

Kacang panjang

Kesemuanya dihiris halus kecuali timun batang dihiris mancis. 


Sekian wassalam. 











Cara Buat Shepherd Pie


Bismillah

Assalamualaikum. Jom berpagi2 kita memulakan hari. Pagi ni alhamdulillah bersarapan ala2 Western sikit la. Introduced by anakku imanshii๐Ÿ˜Š๐Ÿ’—

OK how about kita try buat Shepherd's Pie. Jom! 

Boleh tahan gak la best sherperd's pie ni. Time lock down ni apakata kita pelbagaikan menu.


Credit**Resepi by Chef imanshii๐Ÿ˜

Utk storage dalam peti-ais, cover loyang dgn aluminium foil
Cover dgn aluminium foil
utk storage dlm peti-ais

Bahan2yang diperlukan

Utk lapisan daging:

  • daging kisar Ramly (separuh pack) 
  • bawang merah besar 1 labu
  • tomato puri 3 sudu besar umbu 
  • serbuk kari daging satu sudu kecil 
  • carrot  1 batang di potong dadu
  • butter 1 sudu besar
  • garam 
  • gula
Utk lapisan kentang:
3 - 4 biji kentang 
butter 1 sudu besar
susu pekat manis 1 sudu besar
1 sudu kecil garam


Cara buat Shepherd's PIE

  • Rebus kentang. Bila hampir empuk campur satu sudu kecil garam. 
  • Panggang daging kisar dengan sesudu besar butter. Pastu masukkan bawang merah besar yang di potong dadu.  
  • Renjiskan sedikit rempah kari daging di-ikuti dengan tiga sudu besar tomato puri. 
  • Biarkan masak lama sikit baru dimasukkan carrot (dan sayur-sayuran seperti kacang peas, cili banggala dsb - optional).  Biarkan masak seketika, last baru perisa kan dgn garam dan gula ......................................
  • Kentang tadi, bila dah empuk keluar kan dan lecek2 macam kita buat mashed potato. 
  • Cair kan sesudu besar butter dalam mikrowave. Gaulkan butter dan sesudu susu pekat manis bersama potato tadi. 
  • Glis loyang dgn butter. Buboh lapisan bawah inti.. Rata kan dan tekan2. Lapiskan dgn satu lapisan cheese keping. Then baru lapiskan pula dgn lapisan potato. Rata kan dan tekan2.
  • Bakar dalam suhu 200C selama  35 - 45 minit. 
Sekian wassalam๐Ÿค






Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...