Berkata Yang Baik

Sedutan pengisian ilmu...

Bercakap perkataan yang baik.
Berfikiran positif sebab orang yang fikir positif, fikirannya akan tenang.
Jauhi sifat malas.
Bersederhana dalam urusan dunia.
Boros dalam sedekah kerana sedekah itu akan kembali kepada kita.
Setiap yang di-amalkan sahaja yang akan jadi peneman di dalam kubur...samada amalan baik atau buruk.
Dikatakan bahawa; hartamu bukan yang kamu kumpul tapi hartamu adalah amal soleh.
Elak dari fitnah hidup, belajar jadi orang baik.
Orang yang baik, hatinya baik.  Hati yang baik akan hasilkan amal yang baik. Amal yang baik jadi ikutan, menjadi pahala inshaaAllah.

Jauhkan diri dari perkara syubhah. Berita yang kita terima, berita yang kita sebar, jangan sampai kita tak pasti dengan sahihnya sesuatu berita. Jangan sebar perkara yang tak jelas. Yang syubhah itu menarik dosa, umpama magnet.

Masalahnya nanti, bila nak meninggal dosa tetap mengalir contoh bagi pengguna fb yang terlibat dalam perkara syubhah. Sebab akaunnya masih tetap aktif. Tiada yang tolong padamkan akaun dia.
Makanya sentiasa lah berusaha menjaga nama kita dari sifat mazmumah. Sekarang ini masa untuk menjaga ukhwah bukan makin memecah-belahkan.
Perbanyak doa agar kebaikan akan hadir dalam hidup kita.. insyaaAllah.

Akhir kata dari ustad, mudah-mudahan apa yang dikongsikan ini dapat menjadi pemberat pahala di mizan..aamiin

Cara Halau Nyamuk di Laman


Alhamdulillah hari ini datang semangat nak trim trim pokok. Dah berserabut sangat dah nampak pokok2 bunga kertas tu semua. Semangat nak trim pokok bukan selalu datang ya...ada la sekali dalam masa dua bulan...faktor umur...hahaha

Okeh...perkara yang mula2 sekali kena buat ialah bakar tray telor(bekas telor yang kertas tu) sebagai langkah nak halau nyamuk. Ilmu bermanafaat ini dapat dari menantu saya, Rin. Ya Allah ternyata amat berkesan untuk halau nyamuk waktu nak trim pokok dan bersih-bersihkan laman ni. Sangat membantu. Jazakillah Rin💗.

Kalau dulu khabarnya orang-orang tua kita ada yang membakar sabut kelapa untuk tujuan menghalau nyamuk di kawasan rumah atau kebun. Tapi nak cari sabut kelapa sekarang ni macam susah je kan...(kat rumah kami ada pokok kelapa, tapi rasanya macam takde yang sanggup nak kupas kelapa untuk ambil sabut dia...ha ha)
Jadi bila ada pilihan boleh pakai cara bakar tray telor ni, begitu amat praktikal lah rasanya bagi saya dan en suami mengguna-pakai kaedah ini. Caranya, selepas di nyalakan api pada bekas telor ini, terus padamkan api biar tinggal baranya saja. Yang kita perlukan bukan api yang bernyala tapi hanya nak kan asapnya saja. 

En suami pun saya tengok ambil bakar satu tray telor bila nak bawa cucu duduk2 kat buaian depan sliding door. Semasa berbuai atas buaian dengan cucu, tray telor takde la letak dekat sangat. Letak jarak la sikit agar asap dari bakaran tray telor itu tidak lah sampai mengganggu suasana...he he

Jom ya pakat cuba kaedah ini ....amat berkesan Alhamdulillah🌸🌿

Roti Inti Kelapa

Alhamdulillah...meroti lagi kita...

Kali ni buat roti kelapa @ roti nyior, pakai inti yang besan saya bawak untuk Pulut Berinti tempohari. Inti tu saya simpan dalam plastik heavy duty lepas tu letak dalam freezer. Hah tahan lama duk dalam tu. Hari ni alhamdulillah boleh keluarkan, guna balik untuk Roti Kelapa saya..he he.. Jazakillah Ani💝

Saya ni kalau lama tak meroti, jadi teringat-ingat. Tak boleh arr.... Terbayang-bayang akan bau roti yang baru keluar oven. Adehh..itu yang "tak boleh jadi ni", tanpa banyak soal terus realisasikan misi meroti😁

Jom kita tengok resepi Roti Kelapa yang super sedap ini...
Bahan-bahannya:
  • 150 ml air 
  • 1 biji telor(simpan sikit untuk sapu atas roti sebelum dibakar)
  • 30 g butter
  • 240g tepung roti atau tepung high protein
  • 60g tepung serbaguna
  • 50 g gula
  • 1/2 (setengah) sudu kecil garam
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu kecil yis segera
Cara:
Masukkan kesemua bahan mengikut turutan dari awal hingga akhir ke dalam bread maker(BM). On kan suis BM, tekan menu nombor 8.
Bila dah selesai, tekan lagi sekali untuk ulian kali kedua. Bila selesai, biarkan doh naik dua kali ganda baru mula bentukkan roti kelapa. Timbang adunan 55g setiap satu. Leperkan dan letak inti. Bulat2kan kemudian susun dalam loyang yang dah disapu minyak/mentega. Tunggu sekali lagi doh naik dua kali ganda, baru boleh mula membakar roti. Sapu dulu bancuhan telor + susu atas doh roti. Bakar selama 13 - 15 minit pada suhu 175 'C.

Roti yang dah siap bakar saya buat2 lupa untuk ambil snapshot..ha ha..ha.. Sebabnya macam ni...rupa roti agak tergelap la sikit permukaannya... Oven dah set time dah tapi bila berbunyi, saya lengahkan sekejap tak terus pergi keluarkan roti... Sudahnya rupa roti terlebih mekap la sikit..hu hu..
Sekian.

Ciri-ciri Orang Beriman dalam Surah al-Mukminun

Surah al -Mukminun surah ke 23 juzuk 17, ia menceritakan ciri2 orang beriman. Ayat 1 - 11 cerita ciri2 orang beriman dan amalan yang mereka lakukan dan mereka akan ditempatkan ke dalam Syurga. Sesungguhnya akan berjaya orang2 yang beriman. Orang2 beriman pasti akan berjaya.

Sebagaimana firman Allah dalam ayat 9 surah as-Sham, yang bermaksud;
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), {91:9}

Barangsiapa yang melaksanakan ciri2 1 - 10 surah al-Mukminun, inshaaAllah akan mendapat Syurga. Tarbiah al-quran terhadap diri kita, kalau kita baca kita akan jumpa salah kita. Ia mentarbiyah diri kita.

Surah al-mukminun ayat 1 - 11, yang bermaksud:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, {23:1}

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; {23:2}


Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; {23:3}


Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); {23:4}


Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - {23:5}


Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - {23:6} 


Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; {23:7} 


Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; {23:8}


Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; {23:9} 


Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi - {23:10}


Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. {23:11}

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Orang yang berusaha bersungguh-sungguh, dia akan mendapat hasilnya. Kita seringkali diperingatkan bahawasanya  kita akan dapat masuk Syurga dengan rahmat Allah bukan dengan amalan kita. Namun kena lakukan usaha beramal soleh untuk mendapatkan rahmat Allah SWT.  Kejayaan yang bagaimana yang kita perlukan? Kejayaan yang boleh dibawa dari dunia sampai akhirat. 24 jam Allah hapuskan dosa dan 24 jam juga Allah tambahkan pahala. Makanya sangat perlu untuk betul2 manfaatkan peluang yang ada bersungguh beramal soleh. Kita mengharapkan Allah matikan kita dalam keimanan dan Allah selamatkan dari api neraka.

Kena rasa diri sebagai hamba, rasa hina di hadapan Allah. Dalam masa yang sama kena timbul rasa takut terhadap dosa2 yang kita lakukan. Hadirkan khusyuk dalam solat..ingat bahawa Allah yang kita sembah ini, Dia lah yang Maha Agung, Dia lah yang Maha Besar.

Sahabat ra menceritakan Rasulullah SAW bila solat; berdirinya lama, rukuknya lama dan  sujudnya lama.
Sahabat2 Nabi SAW begitu khusyuk dalam solat. Abu Bakar ra pula diriwayatkan bila baca quran, dia akan menangis.

Disebut bahawa, orang yang Allah kurniakan Syurga Firdaus antaranya ialah orang yang khusyuk dalam solatnya. Mudah-mudahan Allah rezekikan kita dapat khusyuk dalam solat...aamiinn


Sibukkan Diri Mencari Taqwa

Diperingatkan dalam kuliah maghrib:

Allah kurniakan dua nikmat yang tak ternilai harganya iaitu nikmat kesihatan tubuh badan dan nikmat masa lapang. Yang paling besar nikmat Allah buat kita ialah nikmat Iman dan Islam. Bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah bilamana kita dapat merasa kemanisan iman. Syukurlah bila kita dapat merasai manisnya iman saat kita beribadat, saat kita baca kalamullah.

Menurut riwayat ada di kalangan sahabat ra yang menangis, yang pengsan  semasa membaca kalamullah sebab mereka baca dengan kemanisan, hati mereka sangat dekat dengan Allah Taala.

Allah tidak melihat rupa paras kita. Allah lihat pada hati kita. Allah tak lihat cantikkah kita. Allah lihat bagaimana hati kita, bagaimana kita beribadat pada Allah...adakah hati kita melakukan ibadat hanya kerana Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu kata ustad, kena bina hati kita. Kena ada Allah dalam hati. Allah tidak duduk dalam hati kita namun Allah sentiasa dekat dengan kita. Jangan pula kita yang jauh dari Allah. Jangan kita nak baca quran tapi malas. Kena lawan nafsu malas.

Kenapa kita perlu selalu berhimpun di rumah Allah? Kenapa kena sering datang ke majlis ilmu? Sebab ia majlis Allah. Ia majlis yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Majlis ilmu di-naungi oleh para malaikat. Malaikat melebarkan sayapnya kepada orang2 yang menuntut ilmu.

Orang yang menuntut ilmu itu sangat tinggi kemuliaannya. Kita hidup ini sebagai hamba Allah.

Firman Allah dalam ayat 56 surah ad-Dzariyat, yang bermaksud:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. {51:56}

Taqwa mesti dibina, kena cari. Cari taqwa, sibukkan diri mencari taqwa. Teguhkan solat 5 waktu yang wajib. Tambahi dengan yang sunat. Moga beroleh berkat...aaminn

Wallahu 'alam.

Empat Sebab Hati Menjadi Gelap


Kata Imam Nawawi rm, yang menyebabkan hati menjadi gelap(gelapnya alQalbi) ialah...
1) perut yang kenyang tanpa ada had. Maknanya kenyang yang keterlaluan.
Apa kaitan dengan dosa?
Apa kaitan kenyang dengan hati yang gelap?
Jawapnya, ia berkaitan dengan sifat malas. Salah satu sebab jadi malas ialah sebab perut yang terlalu kenyang. Biasanya orang kalau perut kenyang sangat, dia jadi malas. Kenyang yang melampau membuatkannya malas. Moga kita dijauhkan dari sifat lemah, sifat malas.

Firman Allah dalam ayat 56 Surah az-dzariyat, yang bermaksud:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. {51:56}

Allah jadikan manusia tujuan utamanya untuk ibadah kepada Allah. Maka jauhilah kita dari kenyang yang melampau kerana ia boleh menjadikan hati kita gelap dek malas melakukan ibadah.

2)berteman dengan orang2 zalim
Zalim ini pancing dosa. Dosa ini menghalang rahmat Allah sampai pada kita. Lebih2 lagi zaman sekarang zaman media sosial. Kena semak siapa yang menjadi kawan2 kita, adakah yang jauh dari nilai2 agama. Siapa2 yang ada fb, ustad pesan jangan isi fb dengan perkara yang boleh mengundang dosa. Sebab apa? Sebab hidup kita ini tidak lah lama. Selagi kita hidup, bermain dengan media sosial ini kena hati2...jauhi dari kezaliman. Jaga lisan dan hati. Yang lama2 terbuat tu padamkan sebab dikhuatiri jika pemilik fb mati, tulisan2 yang tidak baik masih berlegar2 dan kekal memberi saham dosa buat si mati. Sebaiknya ahli keluarga yang tinggal ikhtiar menutup akaun fb tersebut jika yang empunya akaun tak sempat menutupnya.

3)lupa akan dosa2 yang pernah dilakukan.
Kita ini manusia yang mudah melupakan dosa2 yang pernah dilakukan. Merasa diri sendiri suci sedangkan dalam masa yang sama sibuk melihat kekurangan orang lain. Cucilah dosa dengan istighfar. Dosa dengan orang kena mohon maaf. Dosa dengan Allah kena istighfar, mohon ampun.
Belajarlah untuk istighfar, agar dosa2 kita Allah padamkan. Ibarat kita pakai pakaian yang tak dibasuh...yang hari ni kena kicap, kalu tak dicuci esok nya pula kena dakwat. Lepas tu kena kuah kari...maksudnya kekotoran datang dan datang lagi.
Walaupun banyak buat dosa, Allah beri peluang untuk kita istighfar. Oleh itu umur yang masih ada, gunakan betul2 untuk mohon ampun dengan Allah.

4) terlalu panjang angan2
Orang yang panjang angan2 pun Allah gelapkan hati nya.
Jangan kita, cita-cita untuk dunia terlalu tinggi tapi untuk akhirat sangat sedikit. Contoh: rumah dah besar tapi masih duk fikir nak besarkan lagi. Tidak terbayang bahawa akhirat lebih penting. Masih tidak sedar bahawa alam kubur perlukan persiapan.
Ilmu adalah untuk di amalkan. Memasukkan ilmu yang kita belajar ke dalam hati ialah dengan cara mengamalkannya. Nak masuk Syurga, kena fokus dalam ibadah.
Ini kita..kalau ditanya, "nak masuk Syurga?"
Semua akan jawab,"Nakkkkkkkkkkk....."

Kalau nak masuk Syurga, kejarlah...carilah...redho Allah SWT.

Wallahu'alam.

Usah Jemu Buat Baik


Moga dengan bertambahnya ilmu, bertambah takut kita akan Allah. Apa yang ditegah oleh Allah Taala, apa yang diperintah oleh Allah Taala..bersegeralah . Ibadat kita mengharap rahmat Allah  SWT.

Mulakan dengan zikir. Dengan zikir jiwa jadi tenang. Dengan zikir beroleh kemuliaan. Zikir itu adalah benteng. Lakukanlah dengan harap. Moga2 kita semua dirahmati Allah.

Berkekalanlah buat baik. Orang yang ikhlas buat baik, dia tak jemu melakukannya kerana dia buat baik kerana Allah. Apapun yang dia buat walaupun dengan ilmunya, dia ingat bahawa baik yang dia buat itu mengharap redho Allah. Orang yang begini, dia istiqamah...tak jemu2 dia berbuat baik.
Contoh:
(1)buat nasi lemak letak di masjid, mengharap rahmat Allah. Jangan buat baik kerana makhluk, mengharap pujian manusia.
(2)buang sampah yang nampak di lantai masjid, kerana Allah.
(3)buat baik kepada suami, anak2, keluarga dan jiran2, kerana Allah.

Sentiasa kita berbuat baik...hidup berkasih-sayang. Ambil tahu kesusahan orang bukan buat2 tak tahu. Jangan merasa seronok dengan maksiat atau dosa yang dilakukan. Dalam hidup kita ini,kita umat Nabi Muhammad SAW, Allah janjikan kenikmatan. Allah buka pintu taubat.

Wallahu'alam.


Mana Milik Kita

Di peringatkan dari satu majlis ilmu....

Kena kenal 3 perkara:
  1. kenal siapa pencipta kita
  2. kenal apa yang mudharat, apa yang manafaat 
  3. kenal alam akhirat
Orang yang cerdik ialah orang yang menghitung diri sebelum matinya dan menyediakan bekal untuk matinya.

Wallahu a'lam.


mana milik kita
tidak ada milik kita
semua yang ada
Allah yang punya
tidak ada kita punya
kita hanya mengusahakan saja
apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

kita Allah punya
bumi langit ciptaanNya
miliklah apa saja
tidak terlepas dari ciptaanNya

mana kita punya
tidak ada kepunyaan kita
kita hanya mengusahakan
apa yang telah ada

mana milik kita
tidak ada milik kita
semua yang ada
Allah yang punya
tidak ada kita punya
kita hanya mengusahakan saja
apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

mengapa kita sombong
memiliki Allah punya
mengapa tidak malu
kepada Allah yang empunya
patut bersyukur kepada Allah
yang memberi segalanya
malulah kepada Allah
kerna milik Dia punya

janganlah berbangga
apa yang ada pada kita
kalau Allah tidak beri
kita tidak punya apa-apa
janganlah mengunkit
mengungkit jasa kita
jasa kita di sisiNya
yang sebenarnya Allah punya

marilah kita bersyukur
bukan berbangga
bersyukur kepada Allah
bukan mengungkit jasa
gunakanlah nikmat Allah itu
untuk khidmat kepadaNya
selepas itu lupakan saja
agar tidak mengungkit-ungkitnya

mana milik kita
tidak ada milik kita
semua yang ada
Allah yang punya
tidak ada kita punya
kita hanya mengusahakan saja
apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Cari Masa Untuk Ibadah


Buatlah sesuatu yang boleh menjadi sebab Allah kasih. Buatlah yang diperintah. Tinggalkan yang ditegah. Tinggal yang ditegah hingga kepada yang sekecil-kecil ditegah.

Tentukan ibadah, biar khusus. Ada kata2 menyebut,"Jangan kau sibuk pada tiap2 harimu." Maksud di sini jangan kita terlalu disibukkan di setiap hari siang dan malamnya sehingga kita lupa ibadah. Jangan sampai kita dapat dunia sahaja sedangkan akhirat tak dapat.

Biarpun meniaga, tapi tetap menjadi ibadah. Bersedekah, niat ibadah. Kalau meniaga jual makanan, masak biar betul sedap inshaaAllah ia akan menjadi sesuatu yang beri manafaat untuk akhirat kita. Dunia ini jambatan atau jalan untuk ke akhirat.

~JANGAN~
  • Jangan kita Dhuha terlepas, solat malam terlepas, solat hajat terlepas. Rugi kita jika semua itu terlepas. 
  • Jangan tunggu sakit baru nak nampak Allah. 
  • Jangan tunggu sakit baru nak solat hajat. 
  • Jangan zikir malas, mengaji malas. 
  • Jangan kita ibadah jadi lemah bila bercampur dengan manusia. Bila kita bercampur hasilnya jadi lagho, maka hendaklah asingkan diri dari mereka. Duduk bersendirian, bersunyi diri dari makhluk jika itu lebih baik untuk diri kita. Bukan tidak mahu bergaul dengan manusia tapi mengasingkan diri itu lebih baik untuk elak diri dari terus menjadi lagho.


Cari masa untuk ibadah. Duduk mengaji, duduk berzikir. Peruntukkan masa, biar khusus. Jangan pula baru sejam mengaji dah mengantuk. Sedangkan kalau pergi mengopi kat kedai mamak, duduk tiga jam pun tak rasa apa... tahan tak mengantuk.

Wallahu a'lam.

Sambut Tahun Baru 2019




Alhamdulillah...saat dan ketika ini jam menunjukkan pukul 12.18 pagi. Dah masuk tahun baru masihi 2019 rupa nya. Termenung seketika bermuhasabah diri.... Tahun 2018 sudah pun berlalu...terdetik di hati, apa yang dah daku capai hah sepanjang tahun sudah? Ada meningkat tak amal ibadatku? Ada tak makin baik akhlak dan percakapanku? Adakah makin elok atau pun masih ditakuk lama atau adakah makin merundum? Aduhhh risaunya bila fikir...

Nak ulang balik hari2 yang dah lepas tu, memang tak dapat la. Tak guna pun dikesal, tak guna digundah. Hidup perlu diteruskan selagi masih diberi nafas oleh Allah Taala. Apa yang perlu disematkan dalam hati bermula saat ini ialah kembali perbaharui azam. Jom kita berazam agar diri ada lebih pencapaian di tahun baru ini. Teringat kata2 ustaz dalam satu forum yang dikongsi oleh en suami, "berazam lah bermula tahun baru ini untuk buat apa2 saja yang Allah redho dan tinggalkan lah apa2 saja yang Allah murka." 

Benda yang baik2, kita buatlah. InshaaAllah mendatangkan pahala buat kita. Perkara yang tak elok, yang Allah larang, hah kita tinggal je lah. Dah tau ianya tak berapa nak elok, lagho dan tak beri sikit manafaat pun untuk akhirat kita dan dikhuatiri hanya boleh mendatangkan dosa, maka tak payahlah terus buat. Buat yang baik2 je mula hari ni...buat yang Allah redho inshaaAllah ...aamiinn.




Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...