Lepat Pisang Resepi Mudah

Alhamdulillah....
Pisang  Awak, masa ambil dah masak sesikat di pokok. Jadi lepas dileraikan dari tandan, esoknya sekaligus semua masak...huuuu


Buat Goreng Pisang, dah.
Jemput Pisang pun, dah... masa Paih dan Wani datang beraya.

Jadi hari ni naik semangat pulak nak buat Lepat Pisang. Resepi mudah2 je...  Alhamdulillah yang penting sedap..hi hi👍👍☺️
Hari ni kerajinan over sikit, itu yang ada buat Kueh Seri Muka sama.. resepi seri muka kat SINI🌷

Jom kita tengok camana....

RESEPI LEPAT PISANG MUDAH

Bahan2nya:
Pisang Awak 8 biji
Nise(@ gula melaka) 40g
Gula 50g
Tepung 50g
Air masak 2 sudu besar
Secubit dua garam

Kelapa parut + secubit dua garam

Cara membuatnya:
Layurkan daun pisang. Potong sama besar segiempat tepat. Nise diricik halus.
Pisang dilecek lalu dicampur dengan kesemua bahan kecuali kelapa parut.

Okay, dah boleh mula membungkus lepat pisang. Ambil sesudu adunan kemudian bubuh ditengahnya kelapa parut bergaram. Lipat daun pisang dengan cermat jangan sampai terkeluar adunan dari lipatan. Saya lapik dua helai daun pisang bagi setiap satu. Susun dalam periuk pengukus berlubang lalu dikukus selama 20 - 25 minit.

Sangat sedap alhamdulillah.👍👍

Pancake Telor dan Kentang

Alhamdulillah...ni satu lagi resepi breakfest yang sering di-ulang buat. Kentang masak dengan telor maka jadi lah ala2 pancake gitew....he he

Meh kita tengok camane nak buatnya...

Bahan2 yang perlu ada:
(Portion utk 2 pancake)

  • Kentang 4 biji sederhana besar
  • Telor 4 biji saiz C
  • 2 ulas bawang merah
  • Garam

Cara membuatnya:
Kentang dikupas kulit, di potong macam wedges kemudian digoreng. Angkat dan toskan. Tabur sedikit garam pada kentang goreng. Ketepikan.

Tinggalkan sedikit minyak di kuali lalu tumiskan satu ulas bawang yang dimayang. Setelah itu masukkan separuh dari kentang yg digoreng tadi ke dalam kuali.


Pecahkan dua biji telor ke atas kentang.
Bila dah agak masak bahagian bawahnya, terbalikkan jangan sampai telor kuning pecah. Ulangi memasak untuk satu lagi pancake.

Alhamdulillah..done breakfest for two...u and me🌷❤


Sedap dimakan dengan mayonis dan sos cili. Boleh ditambah letak sekeping cheese di atasnya.😊

Alhamdulillah🌿🍀


Scramble Egg Sedapnya

Alhamdulillah banyak stok telor kat rumah lepas raya ni. Beli untuk buat kueh raya sebenarnya tu. Kira2 semua.. ada 45 biji telor dalam peti. Uish..satu papan setengah kot berlebih. Risau takut rosak kalau dibiarkan kat luar, makanya saya siap2 masukkan ke dalam peti ais kesemua telor2 tu sebelum gerak balik ke Kelantan untuk berhariraya.

Makanya, bila dah balik semula ke rumah...alahai sambung buat kueh le jawabnya nak menghabiskan stok telor dalam peti tu semua.

Ermm..perlu ke ni nak kisahkan panjang lebar pasal stok telor ni...hahaha...apakah..maaf ya

Tapi yang nak cerita... yang menariknya, kalau dah banyak stok telor kat rumah kita sebenarnya boleh la kita buat Scramble Egg tiap hari...hah orite tak...he he

Meh kita tengok camane nak buat Scramble Egg yang super delicious ni. Sedap dimakan bersama mashed potato (sila klik) dan juga roti. Makan dengan  Hash Brown (klik)pon sedap juga. Saya suka....


CARA BUAT SCRAMBLE EGG
Bahan yang perlu ada:
Telor 2 - 3 biji
1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis*
Setengah cawan air*
(Kedua2 bahan yg bertanda * ini boleh jika suka digantikan hanya dengan fresh milk)
Sedikit garam

Cara membuatnya, mudah saja:
Panaskan butter atas pan kemudian tuangkan susu pekat beserta air dan garam. Kacau2kan.

Biarkan mendidih seketika kemudian baru masukkan telor yang dah dikepok2 manja. Kacau2kan serata. Bersedia untuk tutup api dapur sebelum telur menjadi kering/keras. Scramble Egg ni mesti melekit2 dan lembik sedikit finishingnya👌

Okeh..alhamdulillah..done Scramble Egg☺️☺️

Mashed Potato @ Kentang Putar

Ni nak kongsi cara buat Mashed Potato atau dalam bahasa kita nya Kentang Putar gitew...hi hi

Setakat nak bersarapan yang simple buat alas perut sebelum tiba masa lunch, kalau dapat makan Mashed Potato ni combine pulak makan dengan Scramble Egg (klik), huh alhamdulillah dah kira kenyang sangat dah..he he🤭
Pagi kannn...takleh ambik heavy2 sangat☺️

Meh tengok cara mudah membuatnya... *anaknda tadi  ni yang buat, gud Shilah😁👍*

Cara membuat Mashed Potato
Bahan yang perlu ada:
Kentang 4 biji
1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat
Setengah cawan air
Sedikit garam

Caranya:

Kupas kentang buang kulit kemudian rebus hingga empuk. Bila dah empuk, lecek2kan kentang tu then put aside.  Panaskan butter atas pan kemudian masukkan susu pekat beserta air dan garam. Biarkan mendidih seketika.



Setelah itu, dah boleh tuang ke dalam mangkuk kentang yang dilecek tadi. Kacau2 biar serata. Done mashed potato🤗👍




Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...