Dalam tazkirah Ramadhan malam tadi, ustad memperingatkan untuk kita sering2 mengamalkan baca Penghulu Istighfar, pagi dan petang setiap hari.
Maksudnya:
Ya Allah... Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Aminn ya Allah
~~~~~~~~~~~~
Dari hadis riwayat al-Bukhari;
Daripada Syaddad bin Aus, Nabi mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian pula bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu maka jadilah dia daripada kalangan ahli syurga.
5 comments:
Syukran
ALHAMDULILLAH
Alhamdulillah. T.kasih. moga tuan sentiasa dilimpahi ALLAH dengan segala kebaikan.aamiin.
إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ
.. آمِيّنْ.. آمِيّنْ .. يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ ..
Alhamdulollillah. Terima kasih ats perkongsian. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt.
Post a Comment