Resepi Spagetti Buttermilk


Pinjam gambar spagetti
yang anakku IMAN masak, mantop!


Ini yang daku masak🫢


🌧🌧🌧

Dua tiga hari ni cuaca mendung dan kadang kala hujan. Cuaca macam ni selalu mengundang rasa lapar walaupun dah makan nasi masa tengahari. Jadi jom tengok² apa yang ada kat dapur yang boleh kita main masak²🫢😂


Okay, kita buat Spagetti Buttermilk. Cucu² ku terutama Aisyah dan Fateh suka ni kalau ada spagetti ni. Terkenang cucu²ku yang dikasihi, moga kesemua mereka sentiasa di dalam pemeliharaan Allah Taala...aamiinn


Alhamdulillah kena dengan tekakku menu yang agak² western ini🫢😁

Letak la kat blog mudah nak tengok². Kadang masakan simple je pon tapi sebab bukan selalu buat, jadi ada masanya terlupa nak buboh apa dan nak buat macamana next...

So meh la kita letak resepi sini....


SPAGETTI BUTTERMILK

Bahan²:

Spagetti setengah plastik (direbus hingga empok)

Bawang holland/ bawang India sebiji(potong dadu)

Bawang putih 2 ulas(cincang kasar)

Sedikit butter/minyak zaitun untuk menumis

7 ekor udang

Susu cair dalam tin @ boleh je pakai susu fresh milk 1½ cawan

Sedikit air rebusan ayam(rebus sedikit kropeh ayam untuk dapatkan air rebusan ayam)

Daun kari 3 tangkai

Cili api 3 biji(dihiris kasar)

Garam, gula, serbuk lada hitam

Untuk dijadikan lauk berasingan:


1. Isi ayam (dipotong dadu kemudian diperap seketika dengan garam dan sedikit serbuk kari ayam)

Tepung beras + air + garam + kunyit + secubit kapur, bancuh mesra untuk buat salut ayam jadi ayam celup tepung.

*nota: nak kaler cantik dan menyerlah macam ayam celup tepung yang anak saya buat, boleh pakai tepung pedas bestari. Kalau cara saya, kaler takat macam ni jer😅


2. Tauhu dihiris, digaram kunyit lalu digoreng

3. Brocolli (direbus sekejap)

...........................................

Cara membuatnya:

Ketepikan spagetti yang dah siap direbus.

Tumis bawang holland dan bawang puteh. Masukkan daun kari dan serbuk lada hitam. Masukkan udang. Dah masak udang, masukkan pula susu cair/freshmilk diikuti dengan air rebusan ayam, garam dan gula. Bancuh sedikit tepung beras dengan air, tambahkan ke dalam kuah buttermilk tersebut. Masak hingga kuah agak pekat, tabur hirisan cili api kemudian tutup api.


Salut ayam yang diperap dengan bancuhan tepung beras. Goreng dengan api yang sederhana sampai ayam masak dan kelihatan rangup.


Hiaskan ayam celup tepung, tauhu goreng dan brocolli bersama Spagetti Buttermilk semasa menghidang. Alhamdulillah boleh tahan best❗️ Kalau order di kedai menu ini, harga kemain pastu pulak macam sikit je terhidang dalam pinggan. Ini kita buat sendiri, hah boleh buboh lauk lebih½ sikit😁😁


Sekian wassalam.


Catatan Suami

 


My dear sayangku. 


Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan, tidak terhitung lagi. Sedikit sebanyak Allah bagi ujian untuk mendidik agar sabar. Teruskan syukur dan istiqamah dalam amal soleh.


Baki usia semakin berkurang. Mohon Allah berkati usia ini untuk kita penuhi dengan segala yang bermanfaat untuk ummat. 


Peluang untuk hadir ke rumah Allah dan duduk dalam majlis² ilmu, taman² Syurga, jangan dilepaskan. Segala sesuatu itu kita hubungkan dengan Allah. Semua yang berlaku merupakan percaturan Allah yang terbaek untuk hamba Nya.


Ujian dan rintangan adalah yang mampu kita tempuhi. Allah tahu setakat mana kelebihan dan kekurangan kita.


Cuba kembangkan ilmu yang kita dapat agar bisa memberi manfaat juga kepada orang lain. Teruskan posting² yang bermanfaat dalam medsos sebagai salah satu cara.


Jadikan amalan sedeqah, zikrullah, selawat, sebagai rutin harian. Usah kedekut berbuat baik. Semua akan ditinggalkan kecuali amalan kita yang akan dihisab nanti.


Love, papa

12/11/2024

10:15am.




Trip ke Kuching Sarawak




Alhamdulillah tak sangka sampai juga ke Sarawak. Tak pernah terfikir pun sebelum ini nak datang Sarawak. Tapi dengan izin Allah alhamdulillah, tiba² je hari tu lepas bincang² dengan en suami selepas balik dari KK Sabah, terus decide nak ke Kuching Sarawak pula.


Kiranya book tiket flight terlebih dahulu kemudian selepas tu godek² booking.com cari tempat nak duduk mana..ehe he.. 

Dua bulan setelah dah settle book semua, maka bertandang lah kami ke bumi Kenyalang ini Alhamdulillah.

Berbeza dengan kembara ke KK(sila klik di SINI) tempohari, bermusafir ke Kuching ini agak luarbiasa meriahnya. Hahaha... Nak tau kisahnya? Jom saya cerita😁🤗


Kami tiba di Kuching kira² jam 9 pagi. Duduk minum kopi sebentar di Sarawak Kopitiam di airport sebelum panggil Grab untuk ke hotel Impiana by Roxy. Ke hotel pagi² hanya untuk letak beg. Waktu check-in nya jam 2 petang, jadi nya dari hotel kami ambil Grab ke India Street dan jalan² sekitar Waterfront. Singgah masuk melawat Masjid Terapung.. Allahu! Sangat indah view masjid di tepi sungai.  Bila waktu dah masuk tengahari, kami pun ke Plaza Merdeka berhampiran Waterfront untuk jalan cari² makan pula..🤗



Kembali ke hotel untuk check-in, lantas solat dan rehat seketika sebelum petang hari pertama itu kak Kiah dan Kak Jijah datang pick up kami di hotel. Kak Kiah dan kak Jijah rakan sebilik saya semasa tunaikan umrah Januari23. Subhanallah gembira sangat dapat berjumpa semula lepas terpisah balik umrah hari tu. 




Kak Kiah dan kak Jijah datang bawa kami keluar makan² di Moms Laksa.  Agak best bila diperkenalkan dengan menu popular di sini iaitu Laksa Sarawak. WOW! Amazing..sedap..kena dengan tekakku dan en suami🤭😍 Tqsm kak Kiah belanja makan dan tqsm kak Jijah yang tukang bawak kami ke sana ke mari..hi hi.. Lepas makan dan cerita², kak jijah bawak pusing² bandar Kuching. Last sekali, drop kami kat Aeon Mall. Okay bye my frenzs, moga ada rezeki dapat jumpa lagi kita suburkan ukhwah.. InshaaAllah..Aaminn



Masa sedang duduk² di Aeon hilangkan penat berjalan, tiba² Mai pulak wasap ajak keluar. Mai juga sama seperti kak kiah dan kak jijah, merupakan rakan sebilik saya tika di Mekah. Suaminya en Man pula rakan sebilik en suami saya ketika menjadi Tetamu Allah time itu.


Makanya keluar lagi lah kami bila Mai dan en Man bawak ronda² Kuching nite session..hi hi.. Round kedua pusing bandar Kuching malam itu🤭 Singgah ambik snapshot di area Waterfront. Kemudian redah masuk kampung² Melayu sehingga sampai ke Kg Boyan di mana terletaknya lokasi kedai² origin kek Lapis. Alhamdulillah kedai Mira Kek Lapis masih dibuka time tu, walhal dah agak lewat malam waktu kami sampai. Alhamdulillah tqsm Mai & en Man, moga Allah balas kalian dengan kebaikan..aamiinn



**info:

Kampung Boyan terletak di seberang sungai. Ia adalah kampung tradisional yang menarik para pengunjung untuk dapatkan kek lapis Sarawak dan juga ikan Terubok Masin dengan harga berpatutan. Boleh menyeberang ke sana dengan perahu/bot atau boleh je terus ke sana dengan kereta/grab.


Hari kedua di Kuching

Pagi² kami turun makan buffet sarapan di level 3 hotel. Alhamdulillah boleh tahan sedap. Menu pelbagai juga lah, ada nasi goreng, kentang, sosej, roti bakar, crossaint, buah-buahan dll. 



Selepas breakfast, ada janji nak jumpa kak May pula, my dearest akak ipar yang dah kira² 20 tahun tak jumpa. Kak May datang bersama anaknya Zaiwin kira² jam 10.30pagi. Gembira sangat dapat jumpa kak May. Bak kata en suami saya, pertemuan kali ini umpama jejak kasih yang sungguh syahdu dan bermakna🥹🥹

Alhamdulillah kak May kelihatannya masih sehat dan ceria sebagaimana yang saya jumpa terakhir kali tika arwah abang sulong saya(suami kak May) masih ada😔 


Zaiwin bawa kami pergi makan di King Laksa. Allah! Makan lagi, baru je breakfast🤗.

...hahahaa

Makan Laksa sarawak untuk kali kedua.  Agak best♡. KakMay dan Zaiwin pon makan laksa. En suami pula nak cuba Mee Kolok🤭, sementara Yani(anak kak May) yang datang kemudian makan nasi goreng. 





Selepas makan, Zaiwin bawa pergi kenal rumah kakMay/arwah abg Kassim di Samariang. Sebelum itu, lajak sikit dari rumah tunjuk kawasan tanah perkuburan arwah abg Kassim😭 Sangat luas dan lapang tanah perkuburan Samariang. Sejuk mata memandang tengok kawasan tanah kubur tempat arwah abangku disemadikan.. al-Fatihah.


Spent time sebentar dengan kakMay tengok² tanaman. Solat jamak qasar dulu di rumah kakMay. Yani hadiahkan Pes Laksa Sarawak untuk dibawa pulang. Tqsm yani💜

Pastu dah nak kena bye kakMay🥹. Moga ada rezeki berjumpa kakMay lagi InshaaAllah. Dari rumah kakMay, Zaiwin drop kami ke kedai souvenier berhadapan Waterfront. OK bye Win.


Jalan² tengok barang² souvenier di sepanjang jalan utama kemudian  ambil grab pergi ke Muzium Borneo. Besar  dan gah muziumnya, nak masuk tu kena tiket rm20 setiap seorang. Khabarnya ia muzium terbaru di Kuching.






Sambung pula pergi ke Viva Mall yang kabarnya mall terbaru di sana. Jalan² cari makan santai² di situ baru balik hotel.



Hari ketiga di Kuching

Makan sarapan di level 3 hotel. Kali ini menu bertukar. Ada tambah omlet dan bubur nasi. Alhamdulillah boleh tahan best👍👍


Lepas breakfast, kami ambil grab pergi ke Muzium Islam kemudian ke satu lagi muzium iaitu Muzium Semulajadi Sarawak. Ohh..memang suka melawat muzium eh🤭😂😂





Kemudian ke Kubah Ria pula mencari ikan terubuk masin. Dapat beli 5 ekor ikan masin yang saiz besar untuk dibawa pulang alhamdulillah.


Setelah itu kami balik hotel, check-out lantas tumpang tinggalkan beg kat lobby hotel sebelum call grab, sambung berjalan lagi untuk hari terakhir kami di Kuching🤗

Mula² sekali singgah di Mom Laksa, pekena buat kali ke 3 Laksa Sarawak. Aduhhh tak boleh move on, masih teringat keenakan menu popular Sarawak ini.


Dari Moms Laksa,  kami ambil grab  ke kedai Kek Lapis Warisan untuk tambah beli sedikit lagi kek lapis. Agak happening berada di sana ketika itu kerana time tu ramai ahli rombongan lain turut berada di situ datang nak beli kek lapis.



Grab yang sama menunggu kami di kedai kek lapis kemudiannya membawa kami ke Masjid Bandaraya Sarawak yang tersergam indah. Allahu, sangat membuat hati berdebar² menyaksikan suasana persekitaran masjid yang dilatari kawasan tanah perkuburan..."Assalamualaikum ya ahli kubur.."



Selesai solat jamak Zohor Asar, kami berjalan kaki menyusur laluan tepi masjid menuju area Waterfront. Duduk² rehat di hadapan Masjid Terapung(Masjid India) sambil makan kueh apam balik sebelum ke Aeon Mall untuk kesekian kalinya.


Sampailah masanya nak tinggalkan Kuching, alhamdulillah rakan en suami tuan Busrah yang bertemujanji dengan en suami di Aeon kemudiannya offer menghantar kami ke airport malam itu. Singgah ambil beg dulu kat hotel lantas terus ke airportTerimakasih, Jazakallah.


Sungguh, percutian 3hari 2malam kami di Kuching terasa begitu bermakna, buat hati begitu teruja dan menyuntik rasa terharu. Schedule agak pack dan hari terisi sepenuhnya. Terasa diri sangat  dirai'kan semasa berada di sana alhamdulillah. Jazakallahu khoiron💌


🌺🌺🌺

Guna servis Grab semasa di Kuching: total rm112#

rm11 - airport to hotel

rm6 - hotel to india street

Jalan kaki ke plaza merdeka dari water front

rm6 - Dari plaza merdeka balik hotel

.........................

rm5 - kedai souvenier to borneo culture

rm14 - borneo culture to vivamall

rm8 - vivamall to hotel

..........................

rm6 - hotel to muzium islam

rm6 - muzium islam to muzium semulajadi

rm6 - ke Kubah Ria - pasar satok bloc C cari ikan masin

rm10 - to hotel for check out

..........................

rm8 - hotel ke Moms Laksa

rm9 - ke kg kek warisan

rm6 - ke masjid bandaraya sarawak

Jalan kaki ke waterfront; masjid india(masjid terapung)

rm11 - masjid india ke Aeon Mall

🌺🌺🌺

Terubuk masin wajib beli😆

Kek Lapis Sarawak super sedap


ALHAMDULILLAH.









Buat Lempok Durian




Sempena hari Jumaat yang mulia, nak kisahkan pasal Lempok Durian yang berulang-ulang kali buat dalam semenjak dua ni. Alhamdulillah tahun ini terlebih banyak kali pulak rasanya buat Lempok Durian. Terpaling sangat...😲😲

Semangat dan stamina datang dari mana tah, ha ha ha..sanggup tuu kacau lempok selama sejam lebih setiapkali buat🤭😅.  Tapi...pikir² semua perkara datang dari Allah Taala. Ilham, semangat, tenaga, tidak lain Allah yang bagi belaka. Tiada daya dan upaya daku sebagai hamba-Nya melainkan dengan izin Allah🥹 Subhanallah💌


Lempok Durian saya alhamdulillah ori. Tak campur tepung sikit pun. Hanya campur isi durian dengan sedikit gula perang(brown sugar) dan satu sudu kecil paras(rata) garam sebagai pelengkap rasa.  Seterusnya kacau lah durian selama sejam atau 1 jam suku sampai lempok seghing, tak melekat² di kuali dan senduk pengacau.



Alhamdulillah tahun ini puas makan lempok💝💖 Tahun depan belum tentu lagi. Wallahu'alam. Moga Allah beri daku kesihatan agar mudah bagiku buat amal ibadat. Yang berlalu tidak akan kembali, yang akan datang semua dalam perkiraan dan rahsia Allah. 


Maka mari sama² kita manfaatkan sebaik²nya kehidupan yang sedang dilalui sekarang dengan perkara² yang diredhai Allah agar ianya nanti dapat membantu  untuk kehidupan kita di akhirat kelak. Sebaik² bekal adalah taqwa. Kita usaha buat apa yang Allah suruh,kita usaha tinggal perkara yang Allah larang, semoga Allah beri keberkatan😭 InshaaAllah..Aamiin💌



Sambal Petai Tempoyak


Alhamdulillah hari ini buat lagi Sambal Petai Tempoyak. Sangat sedap dan berselera jadinya bila makan dengan nasi panas²🤤 Walau hanya ada lauk telor dadar je pun tapi bila combine makan dengan sambal petai tempoyak ni..aduhhh...tak pasal² terbanyak pulak makan nasi..ehe he...


Senang je cara buat sambal ni. Asal² saya buat sambal ni bila Aton tempat saya beli durian tu cerita² dan kongsi resepi. Bila cuba buat dan hantar gambar kat Aton, 

Aton kata..." erm nampak macam tak jadi je..."  

"Sambal tu kena basah² sikit"..sambung Aton.

HAHAHAHA..🤣 ok ok takpe nanti cuba buat lagi lepas ni.


Makanya hari ini buat lah untuk kali kedua sambal petai tempoyak. Okay kali ni berguru dengan cik google la pulak. Alhamdulillah ikut cara betul² tapi saya pekatkan sikit..kasi thick sikit finishing...hi hi


Jom kita tengok caranya......


SAMBAL PETAI TEMPOYAK

Bahan² yang perlu ada:

Petai yg dibuang kulit

Ikan bilis

Bawang Merah

Kunyit Hidup

Cili padi


Cara Memasak:

1. Tumbuk kasar cili padi, bawang merah, kunyit dan ikan bilis.


2. Goreng bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga garing.


3. Setelah itu, masukkan petai.


4. Masukkan tempoyak. Jika sambal agak pekat, boleh tambah sedikit air. Dan kacau.


5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Siap dan sedia dimakan.


Sekian.  اَلسَّلامُ عَلَيْكُم        


Kembara ke Sg Tengi, Sekinchan dan Kuala Selangor


Alhamdulillah sekali lagi ikut rombongan cik kiah yang diketuai oleh Hj Ramli dan dibantu oleh Cik Lia ke Felda Sg Tengi, Sekinchan dan Kuala Selangor. Trip balik hari je. Dijadualkan pergi jam 7pagi, sampai balik Bukit Sentosa jam 8malam. 


Jadi selepas Subuh pagi 10/8/24 hari Sabtu, kami gerak menuju ke Masjid Assalam Bukit Sentosa. Dalam perjalanan, Hj Lan talipon tanya kami dah kat mana time tu. Rupa²nya peserta rombongan 95% dah ada atas bas. Oh daku kah yang terlewat atau bas kah yang tercepat...hahaha😂


Okay bas bergerak meninggalkan Masjid Assalam sekitar jam 7.15 pagi. Duduk tak lama kat seat penumpang, saya dan en suami terus buka pack Nasi Lemak yang disediakan. Kita makan breakfast dulu apa apa hal..ha ha ha



Bas masuk exit Bukit Tagar menghala ke Sg Tengi. Lebihkurang 40 minit perjalanan, maka kira² jam 8pagi sampai lah kami ke destinasi pertama dalam iterneri iaitu Ladang Buah Tin Benefigs Hulu Selangor di Felda Sg Tengi Selatan. Kami diberi taklimat ringkas cerita² pasal ladang buah tin tersebut. Kunjungan bas² pelancong khabarnya tak putus. Pada hari itu selain rombongan bas kami, ada dua lagi bas dari Singapura dan Penang yang sedang dalam perjalanan ke mari.


Diceritakan kononnya buah tin jika tanam hari ini inshaaAllah 4 bulan selepas itu dah berbuah dan tak lama kemudian dah boleh dipetik. Buah tin ada yang tahan lasak, namun ada yang sensitif. Ada buah yang bila masak berwarna merah, kuning dan ada yang hitam. 


Usai taklimat, kami yang tak sabar² nak tengok buah tin segera menuju ke greenhouse tempat ditanam pokok² buah tin.




Wahhh!...banyaknyaaaa buah tin. Bergayut² semua tengah masak ranum dari beberapa greenhouseGreenhouse yang diberi laluan untuk rombongan kami masuk mempamerkan pokok² buah tin yang benih dari Jepun bernama Maswi Daufin.  Buah nya bila masak berwarna merah. Harga 1kg rm65, wow!😲



Seronok dapat peluang petik² sendiri buah tin dari pokoknya. Bilang², saya petik kira² 11 biji buah tin kesemuanya. Rasa buahnya super manis dan sedap..MasyaAllah.

Kat sini awal² lagi saya dah habis rm100++...aduhh... ni baru first stop 🤭


Tengah Q nak bayar

Bas kemudiannya melalui jalan kampung yang sempit yang kiri kanan jalan banyak tanaman secara besar-besaran seperti pokok kelapa sawit,  pokok² pisang dan nampak ada juga pokok kedondong. Pemandangan hijau sepanjang perjalanan amat mengasyikkan. Bas akhirnya berhenti di Sekinchan Coconut Park ikut destinasi sebagaimana yang ada dalam iterneri.  Dah namanya coconut park maka tentulah banyak pokok kelapa kat sini. Terdapat deretan gerai² jualan makanan dan minuman untuk rai'kan para pengunjung yang ramai. Termasuk bas kami, ada 4 buah bas kesemuanya ketika itu. Saya dan en suami duduk sekali dengan Hj Kamaluddin duduk santai² borak sambil kami bertiga minum coconut shake dan makan keropok lekor. Alhamdulillah.





Okeh bas bergerak lagi menuju ke destinasi berikutnya di Sekinchan iaitu Terminal Kapalterbang Sekinchan.  Wahhhhhh! Dari  kejauhan dalam bas dah nampak ada sebuah kapalterbang kat tengah-tengah bendang. Eww..camner boleh ada situ ek??😲 Magiccc...😆😂



Duduknya di tengah-tengah sawah padi, maka tersangat lah cantik panoramanya. Ramai pakat² turun ambil fotoshot. Tapi saya dan en suami memilih untuk tidak turun bas sebab Allahu tersangat lah panas kat luar time tu. Jadi enjoy the view tinjau hanya dari tingkap bas je la..hi hi😄


Kemudian kami singgah pula di Padi Sekinchan Sentral. Di sini pemandangan super indah. Pemandangan sawah padi di sekeliling kawasan(namun time ni sawah padi belum menghijau sebab belum musim menanam kot🤭)





Di sini ada terbina beberapa tempat yang menarik untuk fotoshot termasuk lah tangga berwarna warni yang bila kita bergambar di atasnya, nampak back ground langit yang indah...Subhanallah. 

Nak bergambar atas tangga tu, kena Q kot, gilir gilir naik duk posing atas tangga😂😂




Banyak spot cantik, hah saya dan Kak Zan apa lagi, posing laaa..hi hi... Cameraman nya tidak lain tentulah Hussain yang memang sangat terer ambik gambar. Tq Sin... Selain Hussain, my en suami yang tolong snapshot gambar saya dan Kak Zan berposing dalam tengah panas lit² tu🫠😆



Selepas itu kami ke kedai kerepek yang terletak tak jauh dari situ. Saya beli la sikit ambik syarat iaitu kerepek ubi pedas 2 pek dan kerepek bawang 1 pek. Semasa dalam bas terus wasap tanya Cik Lia urusetia, "nanti kita ada singgah kedai kerepek lain tak?" Cik Lia  reply wasap kata, "Ya ada, Kedai Masri."

YESS!!  Gembira dengan jawapan Cik Lia sebab rasa tempat yang singgah tadi tu tak berapa nak ada banyak pilihan...huuu


Dah selesai bab Sekinchan, bas terus gerak ke Kuala Selangor. Perjalanan yang lama jugak la nak boleh ke sampai. Perut dah mula lapar, alhamdulillah kami berhenti makan tengahari di kedai makan Ikan Bakar yang boleh tahan sedap masakannya.



Kemudian kami singgah solat jamak Takdim Zohor dan Asar di masjid berhampiran. Hilang rasa penat berjalan bila dah solat dan dapat rehat sebentar di ruang solat masjid. Semasa sedang berjalan keluar dari masjid, tuan bilal Sham hulur kueh apam balik buat ghaso²..huu tq tq..moga murah rezeki tuan ya..


Tiba lah masa untuk shopping time..hahaha.. Sampai di kedai Masri yang jual pelbagai jenis kerepek dan baulu panas. Tapi baulu time rasa tu dah tak panas laa..hi hi.. tapi fresh dan sedap sangat rasa baulunya. Kerepek pun tersangat lah banyak pilihan. Terbaek!



Okay destinasi terakhir kami setelah itu ialah Pantai Remis. Best dapat tengok pantai healing healing. Lama saya dan en suami duduk duduk di atas batu melihat laut sambil photoshot merakam kenangan. 




Bila dah kena angin laut tu, jadi lapar balik. Kami  pun ke Restoran Mantul yang mengadap laut lalu pekena Kerang Rebus serta Mee Goreng Telor Mata.



Dalam perjalanan balik ke Bukit Beruntung, singgah solat jamak Takdim Maghrib dan Isyak di satu masjid kat Kuala Selangor tu. Selesai solat semua rasa lega sangat alhamdulillah💌


Begitu lah kisahnya trip kali ini. Suatu pengalaman yang begitu menarik dapat ikut rombongan melawat Felda Sg Tengi, Sekinchan dan Kuala Selangor. Lain auranya bila pergi ramai² ni berbanding pergi sendiri bersama en suami atau hanya dengan ahli keluarga. 

A very nice trip, Alhamdulillah.

Jazakallah buat semua yang menjayakan trip kali ini. Moga ketemu lagi di lain masa InshaaAllah.


Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...