Kerusi Urut Gintell

Nak kisahkan pasal kerusi urut yang banyak berjasa😂😂 


Dulu bilamana pergi mall, memang suka singgah guna kerusi urut gintell yang kena masuk duit tu. Jadi tiapkali guna paling kurang setel rm10 untuk 20minit setiap kali guna. En suami biasanya tambah duduk lagi 20minit di kerusi urut sementara tunggu saya pusing² mall cari barang. Kalau kira² dah banyak mana habis RM untuk guna kerusi urut yang tersedia di mall itu.


Jadi lama² kami pun fikir dan buat keputusan dah tiba masanya untuk beli sendiri kerusi urut. Banyak kali juga lah cuba tanya² dan cuba naik kerusi urut yang berjenama Gintell dan Ogawa di mall mall, tapi masih tak sangkut² beli. Hingga lah di suatu hari yang indah, semasa singgah di i-city Shah Alam ketika balik dari kenduri, masuk lagi ke kedai Gintell. Kami cuba naik kerusi urut yang terbaru, ketika itu baru seminggu berada di pasaran. So, nak tengok efisyen ke tidak bendanya.


Alhamdulillah, Yusuf salesman yang incharge kedai time itu sangat peramah dan ber-informatif orangnya..hahaha. Jadi awal² lagi i've got the feeling, macam nak sangkut je kali ini😂😂

Bila dicuba, dapat rasa roller nya smooth, tak menyakitkan badan.  Kata Yusuf, ia datang dengan teknologi baru, kita boleh juga memberi arahan melalui suara. Antara fungsi kerusi urut, ia mampu meningkatkan aliran darah, melegakan kekakuan sendi² dan melegakan ketegangan otot serta fikiran(so boleh hilang stress)🤭🫠 

Alhamdulillah dapat rasa ia memberi kelegaan pada leher, bahu, tulang belakang dan pinggang. Kiranya agak sesuai lah untuk kami pengguna warga tua yang selalu rasa macam letih je. Urutan kaki pun alhamdulillah dapat legakan sakit kaki.

Ok done promote..🤣🤣




Alhamdulillah dapat harga terbaik, harga launching yang banyak diskaun nya. Dan tambah rasa berbaloi bila dapat hadiah extra mesin urut kaki♡♡ Alhamdulillah syukur. Anak menantu pun nampak happy tiapkali balik waktu² weekend, semua pakat naik kerusi urut healing healing...💗


Hati Yang Bersyukur

 Bismillahirrahmanirrahim

..sedutan kuliah maghrib


Firman Allah dalam surah, 

Adh-Dhāriyāt:56 - Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Kita dengan Allah, status kita adalah hamba. Maka seorang hamba harus lakukan ketaatan sebab takutkan Allah. Ini tahap ibadat seorang hamba.


Kenapa kita beribadah? 

1)Kerana ikut perintah Allah.

Wajibkan diri jadi orang alim. Dikatakan rosaknya ibadah orang alim ini disebabkan orang jahil. Makanya kita kena alim, kena ada ilmu untuk ibadah. 

Cth: orang cuit nak tegur/bersalam semasa dengar khutbah jumaat, wajib buat tak tahu.

Dari Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Jika kamu berkata kepada sahabatmu pada hari Jumaat: DIAM dan ketika itu imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya kamu telah lagha (melakukan perkara yang sia-sia)”. [Riwayat al-Bukhari (934)]

2)kita ibadah nak dapat pahala

3)untuk nak dapat Syurga Allah.

4)untuk nak dapat kasih sayang Allah atau nak dapat redha Allah.

Dalam alquran, kasih sayang Allah sebut (Rahman sebanyak 75x, Rahim sebanyak 95x)

5)tahap paling tinggi adalah dia ibadah seolah Allah sedang perhatikan dia. Ini tahap ehsan.

6)ibadah kerana bersyukur ke hadrat Allah. Nak jadi orang bersyukur, kena kenal nikmat. Apa saja yang mendatangkan kesedapan kepada seorang insan, itulah nikmat yang kena di-syukuri.

#Allah sayang pada hambaNya. 

#Allah boleh memaafkan semua kesalahan hambaNya.

#Allah boleh melupakan kesalahan hambaNya

#Allah boleh menyayangi hambaNya.


Orang yang bertaqwa ini, siapa yang berkehendak akannya, dia boleh dapat. Tak kira siapa dia. Tak semestinya taqwa ini bagi pada tok imam, tak semestinya bagi pada ustad. 

Cth: seorg hambaAllah bernama pakDin mencari taqwa, nak dapat redho Allah dengan bayar bil api masjit bertahun²,,( pakdin minta dirahsiakan agar tiada jemaah yang tau)


Jadi orang yang hatinya sentiasa bersyukur. Nak jadi orang bersyukur, kenali nikmat. nikmat yang perlu disyukuri...

1)nikmat asasiyah - udara, rezeki dsb

2)nikmat  qabliyah (yang perlu disyukuri)- isteri, kereta, anak, harta

3) nikmat aqliyah - nikmat Allah beri aqal. Aqal allah beri untuk dapat bezakan yang mana baik yang mana buruk.( nikmat yang perlu disyukuri)

4)nikmat badaniyah - nikmat kesihatan.

5)nikmat imaniah - nikmat keimanan


Alhamdulillah, syukur dengan segala nikmat yang Allah pinjamkan. Semoga Allah beri peluang untuk kita dapat terus mengecapi segala nikmat ini, pada usia yang masih berbaki. Dan moga Allah kurniakan kita pengakhiran yang husnul khotimah.. aamiin


Cari ilmu untuk dapat beramal dengan lebih baik, niatkan semata² kerana Allah Taala.

Nabi s.a.w bersabda: Daripada Abu Hurairah; Sabda Rasulullah S.A.W.: “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengannya dicari redha Allah Azza wa Jalla, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat”.

(Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dll. Hadis sahih)



Amal Kena Ada Ilmu


Hari ini dah 24 Muharram 1448H. 

Teringat catatan nota dari majlis ilmu di awal² bulan hari tu, belum dikongsi. Sebelum bulan Muharram ini berakhir, nak share  sedikit kefahaman ilmu dari ustad dalam slot kuliah maghrib .

........................

Syukur alhamdulillah kita berada pada waktu yang mulia, pada malam yang baik.

Di sebut sebagai awal tahun. Maka kita sebagai orang islam umat Nabi Muhammad SAW mesti selalu rasa bangga diberikan umur, diberi tahun yang baru, diberi peluang untuk perbaharui azam kita; untuk jadi hamba yang baik, yang soleh, yang dibersihkan dari sifat mazmumah, yang dijadikan sifat pergantungannya hanya semata² kepada Allah Taala.

Dengan keberkatan pada malam ini, kita sama2 lah perbaharui iktikad dan iman kita dengan memperbaharui syahadah. Ucap lah

أَشْهَدُ أَنْ لا إلهَ إِلَّا اللهُ وَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللَّهِ

Asyhadu an laa ilaaha illallaah wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullaah.


Dan minta pada Allah agar mudah-mudahan amal baik kita menjadi bertambah baik, bertambah ikhlas. InshaaAllah..aamiin

........................

Kita semua ini tidak ada daya, sekuat mana pun kita berharap untuk jadi orang yang hebat di di-sisi Allah Taala. Semua berlaku hanya dengan izin Allah.

Seseorang itu, bila setiap kali beribadat dia rasa seronok, setiapkali sujud dia rasa diri sangat hina dan dia begitu mengharapkan keampunan Allah. Ini nafsu yang tenang. 

Bila kita kenal, baru kita tahu di mana duduk nafsu jahat kita. Untuk kita nak dapatkan nafsu yang tenang, kena perangi nafsu yang jahat.  


Cara nak didik nafsu:

#-Putuskan segala ikatan yang terkait dengan nafsu; kurangkan makan walaupun makanan itu halal.

Jika berlebihan ia merosakkan ibadah kita.

Maka makan dari air tangan orang soleh. Itu adalah obat untuk batin, obat untuk hati. Apa sahaja yang berkait dengan orang soleh, itu penawar.

Kurangkan makan dari yang bukan dari orang soleh. Rosak nya/sakit selalunya berpunca dari perut.


#-Putuskan ikatan dari banyak tidur.

Kurangkan tidur. 

Kalau banyak tidur banyak sudah kita habiskan umur kita dengan yang tidak bermanafaat. Orang yang nak dapatkan darjat yang tinggi di sisi Allah, tidak habiskan masa dengan tidur.

Bila masa kita nak ibadah, kalau banyak tidur? Orang² soleh tidur hanya 3 jam - 4 jam..walhal kebanyakan umurnya panjang. Sedangkan kita... Kita kata kita nak selamat dalam kubur tapi kita tidurnya banyak... 


#-Putuskan ikatan dengan banyak bercakap. Banyak bercakap akan jadi banyak salah - bila banyak salah akan banyak dosa - bila banyak dosa, maka hanya akan ke neraka. Orang yang banyak berzikir akan kurang bercakap.

Kalau rasa tak bermanafaat percakapaan kita, tutup mulut, tak payah bercakap.

Bercakaplah dengan perkataan yang baik. Kalau tak boleh bercakap yang baik, diam itu lebih baik(menahan diri)


#-Putuskan ikatan dengan banyak bergurau.

Kita yang belum ada jaminan pengakhirannya, belum tentu masuk syurga. Maka jangan rasa begitu seronok dengan banyak bergurau.

Itu cara untuk perangi hawa nafsu.

.......................................

Kena ada ilmu.

Apa saja amal mesti kena ada ilmu. Penting ilmu ni. Penuhkan masa kita dengan hadir majlis² ilmu. Kita ini kalau boleh, berusahalah. Siapa pun asatizah yang sampaikan ilmu, ambil lah. Jangan memilih.

Ilmu dapat menyelamatkan. Untuk kekal melawan nafsu, mesti mujahadah. Mesti bersungguh² melawan hawa nafsu. Bersungguh² cari ilmu. Bersungguh² kenal Allah.

Manafaatkan ilmu yang kita belajar untuk kenal nafsu kita. Orang yang kenal dirinya maka akan kenal tuhannya. 

Orang yang suka mengumpat, kena bersabar pada maksiat yang dia buat, cuba kawal diri. Sabar dalam menahan diri lakukan maksiat.

Kita ini keinginan banyak, maka nafsu pun besar. Cth nak pakai kereta baru, nak rumah besar dan selesa.

Maka tahan.. sabar.. dan cuba jadikan diri kita ni kuat beribadah kepada Allah. Awal tahun ini( yakni awal Muharram), cuba lakukan amal yang baik. Cth rajin berpuasa.

Tuntut ilmu, usaha duduk dalam majlis ilmu. 

Dan kuatkanlah kesabaran. Jadilah orang yang bersabar. Kuatkan pertahanan kita pertahankan agama. Niat agar dapat beramal sampai bila². Setiap perjuangan kita mestilah dengan taqwa. Yakni, tak lawan perintah Allah. Kalau tiada taqwa, sia². Bersabar dalam melakukan ketaatan. Kalau kita sabar, Allah akan bimbing kita.

Orang yang diberikan yakin dan sabar maka dia tiada masalah bangun malam dan puasa. Jika ada yakin dan sabar, maka urusan ibadah baginya akan jadi mudah. InshaaAllah..aamiinn


Wallahua'lam.


Mohon Keampunan Allah


Bismillahirrahmanirrahim

(Sedutan Kuliah Maghrib)


Barangsiapa mentaati Rasul, dia mentaati Allah SWT.

An-Nisā':80 - Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).


Kehidupan kita berada di atas paksi ibadah kepada Allah Taala.

Mohon keampunan dari Allah. Sebagaimana di sebut dalam Surah;

'Āli `Imrān:135 - Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Kita pun tuan²..basahi lah lidah dengan sentiasa beristighfar.  Jangan dosa² menjadi kebiasaan/dinormalisasikan.

Apa² kesalahan yang kita lakukan, segera mohon  keampunan dari Allah dengan beristighfar.

Sesiapa yang lakukan kejahatan/ menganiayai diri( cth: buat satu dosa pada Allah seperti gunakan mulut untuk sakitkan hati orang yang mana ia mengundang dosa, mengundang kemurkaan Allah), maka segera lah mohon keampunan dari Allah,  nescaya Allah mendatangi hamba-Nya.

'Āli `Imrān:136 - Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

An-Naşr:3 - Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

............................

Orang² memohon keampunan pada tengah malam di saat orang lain tidur. Ajaib waktu tengah malam kerana ia waktu yang mustajab kita mohon Allah ampunkan dosa² kita. Kita ambik wuduk di kesejukan malam, kemudian solat 2 rakaat..kemudian mohon keampunan. Hanya kita dengan Allah, tidak ada orang nampak. InshaaAllah moga² Allah akan kabulkan doa.

Adh-Dhāriyāt:17 - Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

Adh-Dhāriyāt:18 - Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

.................

Orang² alim itu, mereka tidak meninggalkan solat malam. Walaupun ibadah itu sunat, mereka mewajibkan ke atas diri mereka untuk melakukannya.

Perbanyakkan lah beristighfar. Cari masa kita untuk bangun qiamullail di malam hari.


Wallahu a'lam.

Adab Makan

 


Alhamdulillah dapat hadir, solat berjemaah serta manfaatkan masa duduk dalam majlis ilmu.

Moga² dalam kesempatan masa yang ada antara Maghrib dan Isyak ini, dapat memperbaiki akhlak kita semua dengan akhlak yang lebih baik. Dan dapat jauh kan kita dari sifat mazmumah yakni sifat² tercela. Kita juga niat iktikaf berada di dalam masjid. Kita manfaatkan masa mengambil peringatan² InshaaAllah.

.....................................

Ustad sambung bicara bab Adab makan, mengundang dan menghormati tetamu.

Urusan makan ini kalau ikutkan ia merupakan sebahagian dari urusan agama.

Cth:

#Bagaimana makan yang betul.

#Sebelum makan macamana.

#Makan ikut sunnah Rasulullah SAW; dsb


Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturahim, dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat.”

(Hadis Riwayat Tirmizi, No. 2485)


Jamu orang makan ini yakni memberi makanan kepada orang lain.


Abdullah bin 'Amr -raḍiyallahu 'anhuma- meriwayatkan, "Seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW, 'Amalan apa yang terbaik dalam Islam?' Beliau menjawab, 'Memberi makanan dan mengucapkan salam kepada orang yang kau kenal dan belum kau kenal.'"

[Hadis Sahih] [Muttafaq 'alaih]


Menjamu orang makan cth: dengan:

~membuat kenduri atau rumah terbuka untuk meraikan tetamu, 

~bersedekah makanan kepada fakir miskin, anak yatim, dan golongan yang memerlukan 

~menaja juadah berbuka puasa bagi orang yang sedang berpuasa sunat atau fardu 

~menjamu jiran tetangga atau rakan taulan.


Adab orang yang mahu memulakan makan, ia mesti-lah

~Makanan yang halal

~Sumber yang halal.


Allah beri garis panduan:

Yang haram itu nyata

Yang halal itu nyata


Cara perolehinya juga kenalah dari sumber yang halal. Sumber yang haram, maka berdosa lah.


Firman Allah dalam surah

Al-Mu'minūn:51 - Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.


Gunakan tenaga kita untuk kita solat, mengabdikan diri kepada Allah Taala.


Wallahua'lam.


Mencari Yang Halal


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah mudah-mudahan kita semua dirahmati Allah SWT.. aamiin

Kita rafakkan syukur ke hadrat Allah Taala, dapat tunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah dan seterusnya bersama² berada di dalam majlis ilmu...🤲🤲

...................................

Sempena hari ni berada di bulan zulhijjah, firman Allah dalam surah; 

Al-Fajr:2 - Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);


Allah bersumpah dengannya nak menunjukkan kemuliaan 10 hari pertama Zulhijjah.


Hadis daripada Ibnu Abbas R.A, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

Maksudnya : "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memaksudkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA, daripda Nabi SAW, Baginda bersabda, 

Maksudnya: " Tiada hari-hari yang lebih agung dan disukai oleh Allah untuk beramal soleh selain 10 hari ini. Maka, perbanyakanlah tahlil,takbir, dan tahmid pada-Nya.

Riwayat Imam Ahmad (6154)


Maka, mari kita manfaatkan hari-hari yang penuh keberkatan ini antaranya dengan:

  • Berzikir dan Bertakbir: Perbanyakkan lafaz Tahmid (Alhamdulillah), Tahlil (La ilaha illallah), dan Takbir (Allahu Akbar) di mana sahaja.
  • Membaca al-Quran
  • Selawat ke atas Nabi SAW
  • Berpuasa Sunat:Digalakkan berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah.

Jika tidak mampu, cuba berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.

Jangan kita lepaskan peluang untuk berpuasa sunat pada Hari Arafah (9 Zulhijjah).

Kelebihan Puasa Hari Arafah , puasa pada hari tersebut sangat istimewa kerana ia dijanjikan penghapusan dosa untuk setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

......................................

Ustad sambung kitab hadis 40 Imam Nawawi perihal:

Sumber makanan yang halal dan syarat² penerimaan Allah Taala.


Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah S.A.W bersabda:

Yang maksudnya: Sesungguhnya Allah itu Maha Baik dan Dia tidak menerima melainkan sesuatu yang baik sahaja.

Riwayat Muslim (1015)


Agar amalan kita diterima Allah, hendaklah kita menjaga:

  • Perbuatan yang baik 

Kesemuanya yang baik² dan jaga hati agar tidak termasuk rasa riak dan ujub.


  • Perkataan yang baik

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 83

.....; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik;.......


Yang baik² ini termasuk semua perkara. 

Hendaklah menjaga perkara² berikut:

# Memastikan makanan, minuman, dan sumber pendapatan adalah halal, kerana ia mempengaruhi penerimaan doa dan ibadah serta keberkatan rezeki.

Cth:

Makan nasi tu baik. Namun sumber beli beras itu pastikan dari sumber yang halal.


# mesti mempunyai aqidah yang baik. Akidah yang sahih yakni pegangan akidah yang mantap dan bersih daripada sebarang bentuk syirik.

Bukan ada aqidah yang tidak baik..cth manusia yang percaya pada tahyul, percaya pada jampi serapah bomoh, perkara khurafat dsb.

Firman Allah di dalam (Surah al-Kahfi : 110)

Maksudnya :” Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".


# Kita kena bersih. Jauhi sifat tercela/sifat mazmumah. Mengelak penyakit hati seperti hasad dengki, takbur, cinta dunia, cinta pangkat serta panjang angan² yang boleh merosakkan pahala.


Jauhi makanan yang haram dan syubhah. Elakkan makan dari kedai makanan non-muslim, makan makanan dari orang yang tak solat dan yang tak tutup aurat.


Untuk menjaga hati dan iman kita, antaranya mesti;

i) sentiasa hadir di majlis ilmu. 

ii)pilih kawan² kita, pastikan circle kita orang² yang soleh. 

iii)Sentiasa berdoa mohon Allah jaga kita dari perkara yang tak baik.


Moga Allah bagi kekuatan untuk kita beramal...Aamiin


Gaya Hidup Sihat



Kebelakangan ini terlupa sebentar untuk naik berjalan atas treadmill. Sibuk keluar atas beberapa urusan, itu yang ambil peluang walking outdoor; singgah terjah mana² mall semasa laluan balik . 


Keluar ke KL dalam beberapa trip tu satu hal, hari² lain pula banyak masa dihabiskan dengan garderning. Semenjak dua ni banyak masa pagi² keluar ke laman, clear semak samun tepi² pasu, cabut rumput liar yang berebut² tempat dengan pegaga,  trim² pokok bunga kertas, taruk baja kat orkid dan pokok² fern dalam pasu, gembur²kan tanah kat pokok² dan sebagainya lah. Penat kita tau!🫠🫠  Jadi bila dah penat riadah (buat garderning tu) makanya dah takde maknanya lagi nak naik atas treadmill, berjalan.  Dah tiada daya upaya😂 


Tapi bila dah mula rasa sakit² lutut, sengal², sakit tapak kaki, berat badan naik mendadak ditambah lalu pulak dalam telefon nampak orang yang berjaya diet dan badan dah kurus,..baru macam kena tampar dan tersedar dari mimpi.. baru kelam kabut masuk gear reverse (R)..hahahaha


Ada masanya semangat untuk maintain gaya hidup sihat terabai bilamana berubah jadual harian kita.(... alasan🤭)

Minum air bunga telang dan jus pegaga pun dah miss lama. Kalau tak, tiap hari buat air pegaga. Rajin pula ambik pegaga, bersihkan tanah² yang melekat pada akar, mesin sekali dengan akar buat air pegaga. Lepas minum automatik rasa dah terpaling sihat..hahaha..

Khasiat pegaga..di SINI

Begitu juga dengan air bunga telang yang viral ada begitu banyak khasiat. Dah lama tak rendam bunga² telang dalam air panas dan minum airnya. Okeh kena start balik! 

Khasiat air bunga telang di SINI


Madu lebah yang anaknda beli suruh minum pun dah tertinggal lama, lupa nak ambik minum. Ish ish...


Okay lah..kena disiplin balik jaga makan. Hari tu lama jugak la disiplin makan nasi sikit. Lebihkan dengan makan ikan dan sayur je.  Sekarang ni sebab selalu keluar, dah lupa rutin tu semua.  Sis makan je semua yang rasa nak makan..aduhh.. Hari tu boleh pulak makan steak😚 Tiga hari lepas singgah makan Nasi Lemak Wanjo, siap ambik lauk paru..oouhhh🫠 Fast food tak fast food, Zus tak Zus..semua dah tak filter..

Ohh tak boleh macam tu sebenarnya sis..🙂‍↔️🙂‍↔️ Salah tuu😂

Ingat sikit😶‍🌫️


Okay nak mula balik jadual gaya hidup sihat..InshaaAllah


Untuk sehat, antaranya ada 6 cara:


✔️Jaga makan, kurangkan kabohidrat(nasi, tepung), gula. Makan tu kena berhenti sebelum kenyang.

Makan sebelum maghrib maksudnya jangan makan malam. 


✔️Jangan tidur larut malam, makanya tidur awal paling lambat jam 11malam, niat untuk dapat bangun tahajjud إن شاء الله


✔️Minum air putih yang cukup - Minum air banyak pagi sampai malam. Air putih bukan yang cold, air suhu bilik je.


✔️Puasa


✔️Jaga hati ~ jauhi marah, hasad dengki, iri hati etc


✔️senaman pagi, senaman yang teratur, cukup dan sesuai umur


🍒🍒🍒🍒🍒🍒


DIET

Zero sugar

Zero roti

Zero process food


Sis, cuba la ya..

🥥No gorengan

🥥No tepung²

🥥No minuman manis

🥥Kurangkan nasi

🥥Lebihkan air kosong

🥥Kalau suka makan yang manis², gantikan dengan buah buahan


Makanan protein tinggi:

◇Ikan

◇Telor(telor rebus, telor mata)

◇Isi ayam tanpa kulit

◇daging lembu

◇Tauhu

◇tempe

◇Labu

◇Udang

◇Kerang


Sayur high protein

☆bayam, 

☆sawi hijau, 

☆brocoli, 

☆kacang panjang


Thredmill tiap hari ½jam🏃‍♀️🚶‍♀️



Ku buru matlamat.. moga Allah beri kesihatan agar mudah bagiku melakukan amal ibadat.. moga Allah permudahkan...Aamiin🤲





Tawakkal kepada Allah

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala nya dicipta oleh Allah. Segala kebijaksanaan datang dari Allah. Dia-lah yang Maha Kuat, Maha Kaya, Maha Perkasa.. Allah semua nya. Manusia tidak memiliki apa². Allah yang memberi sedikit kebijaksanaan kepada kita.

Dunia ini manis sebentar sahaja. Manis selama²nya hanya di Syurga Allah.

Untuk nak dapat manis itu , salah satunya tawakal kepada Allah.


Firman Allah Surah Al-'Ankabut, ayat 58-59:

Al-`Ankabūt:58 - Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh 

Al-`Ankabūt:59 - (Iaitu) mereka yang sabar, dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya.

..........................

Nak masuk ke Syurga ini, semuanya atas rahmat Allah. Dan nak dapat rahmat ini, kena jadi orang beriman dan beramal soleh.

Nak lakukan amal soleh ini sampai bila? Sampai mati.

Sedekah sampai bila? Sampai mati.

Nak bangun solat malam sampai bila? Sampai mati. Orang yang nak-kan syurga Allah ini kena sabar.

Sampai mati itu, berapa lama lagi? Kalau takdir mati umur 60, umur sekarang pun dah 50. Lama mana lagi tu tinggal? Dah tak lama mana. Jadi gunakan umur yang sedikit itu dengan sebaik-baiknya. Dan hidup dalam kubur pula berapa lama? Hidup di Mahsyar berapa lama? Hidup di neraka pula berapa lama?

Allahu Akbar😭


Sedangkan kita sekarang ni duk mendengar dalam kuliah pun, boleh lena...huuu

🙂‍↔️🙂‍↔️🙂‍↔️

Allah suruh kita sabar dalam beramal soleh dan sabar tika ditimpa ujian. Itulah dunia. Sementara sahaja. Di akhirat bahagia selamanya. Di akhirat derita selamanya. 

Beramal ini tak lama dah lagi.

Orang beriman nak kena sabar. 

Tiap hari solat, tiap hari sedekah, tiap hari baca quran. ....

Dan jangan buat perkara yang mungkar. 

Dan selebihnya bertawakal pada Allah.


Atas dunia ini, hendaknya mereka yang benar² bertawakal pada Allah, berserah diri. Cth: Rujuk kisah nabi ibrahim dari palestin bawa anak nya Nabi Ismail dan isterinya Siti Hajar. Nabi Ibrahim berserah diri kepada Allah tinggalkan anak dan isterinya di bumi yang tandus kerana laksanakan perintah Allah.

Berserah diri kepada Allah dalam keadaan susah.  Tawakkal Nabi Ibrahim kepada Allah. Siti hajar berlari2 mencari air, jumpa air zam2 yang tak kering2 sampai hari ini. Tawakkal Siti Hajar kepada Allah. Wallahu a'lam.


Kita ini jika hidup bergantung kepada pendapatan kita..gaji 5 ribu tak cukup, gaji 13 ribu pun tak cukup. Sebab apa? Sebab kita bergantung kepada pendapatan kita bukan bergantung kepada Allah.


Kita bergantung lah kepada Allah.

Kita buat apa yang Allah suruh

Kita tinggal yang Allah larang.

Kita usaha. 

Kita sabar.

Kita bertawakal kepada Allah.

Hati bergantung kepada Allah bukan pada sebab musabab.


Allah berfirman dalam surah:

'Ibrāhīm:12 - "Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah".


Kesan dari tawakal cth: rujuk kisah tawakal ibu Nabi Musa yang bilamana Nabi Musa diletak di dalam bakul dan dihanyutkan ke dalam sungai...bakul terus hanyut sampai ke tangan Firaun. Allah Maha Kaya..semua perkara terkandung hikmah.


Antara sebab kepincangan seseorang hamba ialah sebab tiada hidayah dan tiada tawakal kepada Allah.

Sepanjang hidup ini, kita hendaklah sentiasa bergantung kepada Allah.. Tapi kita ini ada masanya masih ragu², masih berharap pada manusia, masih berharap pada makhluk. 

Rezeki kita.. bergantung lah kepada Allah sahaja. Serah 100% kepada Allah Taala. Seluruh bumi nak perdaya, kalau Allah tak izin, tak akan jadi.


Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): 70 ribu dalam kalangan umatku akan masuk syurga tanpa hisab. Mereka bertanya: "Siapakah mereka?,” Baginda menjawab: ‘Mereka adalah orang yang tidak berubat menggunakan besi panas, tidak menjampi dan tidak meminta untuk dijampi, tidak mempercayai sial dan mereka hanya bertawakal kepada Tuhan mereka'.

[Riwayat al-Mukhlis dalam al-'Asir Min Hadisihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3690]


Ada 70ribu yang masuk syurga tanpa hisab, tanpa siksa.

Kata ustad... Boleh kah kita termasuk dalam golongan masuk syurga tanpa hisab ni? 

Sedangkan kita ini...sembahyang lambat, masih duk sibuk mengata orang.. Allahu...Astaghfirullah hal azim.


Orang beriman kena selalu bersabar.

Jangan menyukutukan Allah. Tetapkan iman. Tiada tuhan selain Allah. Tidak sesekali percaya kepada azimat, jampi mentera, pelbagai kurafat, dsb.


Wallahu a'lam.



Sabar Dalam Taat

 


Sedutan pengisian kuliah maghrib...


Imam al-Haddad menyebutkan, "Ketahuilah, sesungguhnya permulaan jalan menuju Allah adalah sabar dan akhirnya adalah syukur".

Permulaan jalan menuju kepada Allah, jalan nak taubat, jalan nak istiqamah tidak boleh tidak; kena ada kesabaran.

Cth: Di dalam menuntut ilmu, nak bangun malam, baca quran,berzikir dan melakukan ketaatan lainnya.


Namun dalam berbuat taat mungkin masih boleh bersabar, tapi manusia mungkin tak sabar dalam meninggalkan maksiat. Cth:susah nak tinggal mengumpat, susah nak tinggal mengata orang dsb.


Dan juga sabar dalam menerima ketentuan takdir.

Ada orang nak buat ibadah namun dia sakit, dia tak mampu namun digagahi juga. Orang yang dalam susah payah tapi tetap buat ibadat, sangat luar biasa. Ada sahabat Nabi SAW iaitu Tsauban bin Bajdad (Thauban RA), yang sangat istiqamah solat berjemaah meskipun rumahnya  terletak jauh 3 - 4km daripada Masjid Nabawi, dianggarkan mengambil masa berjalan kaki selama 3 jam untuk ke masjid tapi dapat datang sebelum azan dilaungkan, balik pula dia yang paling lambat keluar dari masjid. Allahu Akbar.

 

Oleh itu dalam buat apa jua amalan, mestilah di-awali dengan sifat sabar

Cth: dalam nak berguru ada guru yang begitu begini, terkadang susah untuk serasi dengan guru yang mengajar. Jadi kena sabar. 

Dan akhir sekali mesti diikuti dgn sifat syukur.


Dalam menuntut ilmu, Iman Shafie rahimullah dalam syairnya pernah berkata.." Siapa yang tak terima kepahitan dalam menuntut ilmu, dia menelan hinanya kebodohan sepanjang hidupnya."


Orang yang dapat hasil dari belajar, alhamdulillah♡

Orang yang berhasil dapat ilmu dari menuntut ilmu..., alhamdulillah♡


Kita kena kenal nafsu kita. Sabar, kita kena ada untuk dapat nikmat di akhirat.


Yang tidak kenal pada nafsu dia, dia akan memberontak. Cth rasa marah bila panjang sangat majlis ilmu, rasa marah bila imam baca surah panjang dalam solat. Seorang hamba kena pasrah dan redho sahaja. Sebab kita hamba kepada Tuhan bukan kepada tuan.


Tidak ada nafsu yang menyuruh kepada kebaikan. Cth: nafsu suruh buat ibadah namun dalam masa yang sama tinggalkan menuntut ilmu. Kita tertipu dengan nafsu bilamana cth: kita bersungguh solat sunat di ruang solat masjid walhal saat itu sedang berlangsung kuliah Maghrib/majlis ilmu. 


Antara jenis nafsu:

#Nafsu Lauwamah~ Menyesal bila buat dosa dan rasa tak tenang bila buat maksiat. 

Sentiasa merasa menyesal bila tinggalkan kebaikan.


#Nafsu Ammaroh ~ yang tak merasa apa² bila buat maksiat. Tak rasa bersalah. 

Cth: Bila tengok orang tak tutup aurat dalam tv atau bila tengok maksiat di depan mata, jika kita tak rasa apa²..maka kena check diri kita.

Biar ada rasa benci tengok maksiat.


Bila nak buat ibadah mintak pada Allah..

"Ya Allah kurniakanlah kelazatan buatku ketika solat berjemaah ini, 

ya Allah kurniakanlah kelazatan ketika aku baca quran ini, 

ya Allah kurniakanlah kelazatan ketika aku duduk dalam majlis ilmu ini."


Dikatakan, Wali² Allah kalau sekali tertinggal solat malam, esoknya dia akan qadho solat taubat sebanyak 70 kali..Wallahu a'lam.


# Nafsu Mutmainnah ~ Orang yang mencapainya mempunyai keimanan yang teguh, sentiasa berbaik sangka dengan Allah, dan redha terhadap ujian serta ketentuan-Nya.

Orang yang dapat maqam nafsu mutmainnah, akan merasai nikmat dalam beribadah. 

Bila dia berzikir, dia rasa seronok dan rasa tenang.


Orang yang nak dapat nafsu mutmainnah(jiwa tenang), dia kena:

~bersabar dalam buat taat

~bersabar tinggal maksiat

~bersabar dalam hadapi ketentuan takdir.


Sabar diperlukan untuk kita istiqamah dalam melakukan ketaatan, menahan diri dari maksiat, dan bersabar atas ujian/musibah.


Untuk dapat nafsu Mutmainnah (jiwa tenang), kena bermujahadah:

~Putuskan ikatan yang terkait dengan nafsu;

1)jangan banyak makan - banyakkan berlapar walaupun ianya halal

2)kurangkan tidur. Tidur pada waktu yang perlu. 

3) jangan banyak bercakap

Kadang tu lebih pada bergosip je pun bila bercakap. Sebaliknya cuba selitkan dakwah. Bila banyak cakap akan terkait banyak salah, bila banyak salah maka banyak dosa, bila banyak dosa membawa kepada neraka.

4) jangan banyak bergurau


~putuskan ikatan dengan yang buat kita terikat dengan dunia cth: terlalu sibuk dengan harta, dengan pekerjaan, dengan keluarga dll sehingga lalai serta lupa melakukan amal soleh cth: tak rajin berzikir, malas ngaji quran, malas buat solat sunat dsb.


~ mencari yang halal.

Mencari rezeki dan memenuhi keperluan melalui jalan halal adalah ketaatan kepada Allah dan membentuk hati yang bersih. Pastikan sumber pendapatan adalah halal. 


Kenal Allah, jangan rasa diri hebat.

Moga Allah pilih kita, untuk sentiasa kenal Allah.


Hari Kiamat Hari Penyesalan


Alhamdulillah Allah Taala masih rezekikan kita hadir di rumah Allah pada  26Syawal.

Malam pertama di alam kubur - kitab ini bagi mengingati mati supaya kita sedar kita antara orang yang sedang menunggu giliran.

Kena sentiasa mengaji(belajar) untuk lebih tahu dan mendapat kefahaman.. Contoh: Ngaji feqah untuk  memahami rukun, syarat sah, hukum-hakam syariat yang wajib dilaksanakan, terutama fardhu ain seperti bersuci dan solat.   

Ngaji tasawuf pula untuk pendinding diri agar kita berakhlak mulia dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah. Ia dapat menjaga anggota badan agar terhindar dari sifat tercela. Hati bersih dari sifat mazmumah(hasad, sombong, riyak dsb) lalu dihiasi dengan sifat mahmudah(ikhlas, sabar, syukur, merasa cukup dsb)

............................

Malam pertama di alam kubur. Kata penulis dlm kitab ini, 

Wahai pemilik kematian(orang yang mati), mengapa kau cari benda² yang fana(yang akan binasa) untuk meraih kesenangan yang sedikit? 

Jangan disebabkan masih sibuk bekerja, menjadi alasan kita tidak dapat berjemaah di masjid. Jangan atas sebab kesesakan lalu-lintas, menjadi alasan kita tak sempat untuk hadir ke rumah Allah solat berjemaah dan duduk dalam majlis ilmu.

"Bersyukurlah jika kita terpilih untuk jadi tetamu Allah malam ini tuan-tuan...", kata ustad. Moga istiqamah dan mintak pada Allah agar dapat kekal terpilih untuk datang ke rumah Allah. Syurga itu Allah jadikan bertingkat². Perbanyakkan amal soleh untuk meraih redha Allah. Beramal sebelum tibanya kiamat. Amalan hanya di dunia. Hari kiamat hari pembalasan, juga namanya hari penyesalan. Jangan nanti hanya mampu menyesal.

Kata ustad, tentunya banyak benda yang kita sembunyikan semasa usia muda( kita manusia biasa yang ada nafsu, serba kekurangan). Alhamdulillah jika sekarang, kita sedar dan suka pada benda² yang berpahala dan kita tak suka pada benda² yang datangkan dosa.

Lahaulawalaquwata illabillah.

Allah tak akan tangguhkan kematian, dan Allah Maha Mengetahui apa yang engkau kerjakan.

Surah Al-Munāfiqūn:11 - Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Banyakkan buat amalan² agar ianya dapat menampung kekurangan² kita di Mizan nanti. Moga nanti kita termasuk dalam golongan yang mendapat kenikmatan di alam barzakh yang digambarkan sebagai taman syurga.. Aaminnn

Semoga Allah kabulkan segala hajat² dan Allah menerima amalan kita.. Aamiin


Umur Meningkat, Usia Berkurang

Alhamdulillah dua hari lepas keluar sekeluarga merai'kan besday en suami. 

HAPPY BIRTHDAY suamiku..moga usiamu diberkati Allah dan di penghujungnya nanti beroleh husnul khotimah InshaaAllah.. Aamiin Aamin ya Robbal Alamin🤲

Anak² menantu dan cucu² selebret besday papatok di Elmina Lake Mall. Anak yang sulung sekeluarga ada hal tak dapat join, makanya tak cukup corum cucu kami petang tu..hahaha.. Fateh, Uwais dan Yaqzan tak jumpa geng eh🤭 Aisyah, Aryan dan Aariz tak available.. huuuu 


Selepas makan², nampak seronok cucu² berlari² dan menikmati suasana indah dek mall tersebut jenis open air di dalam taman dan bersebelahan tasik yang menenangkan. Thank you all.. Jazakallah.




Semalam pula saya rai'kan en suami dengan buat menu Nasi Kerabu untuk lunch n dinner kami berdua⚘️⚘️⚘️.. dan special request dari besday boy minta buat Ikan Percik wat tambah² lauk Nasi Kerabu🫶 En suami suka, nampak makan dengan berselera dan dua tiga kali sebut kata sedap.. Ouh🫡... Alhamdulillah.


..........................

Dan pagi ini semasa mengemas² laci terjumpa cebisan nota (yang saya catat dari kuliah online rasa²nya). Jadi tulis di sini sebagai warkah bermuhasabah diri, moga dapat sedikit sebanyak menjentik hati kita² semua yang kadangkala tidur...🙂‍↔️🙂‍↔️🙂‍↔️


Rajin² kita:

(1)Bersedekah

Kita akan menyesal jika tak rajin bersedekah kerana dikhuatiri ajal menjemput sebelum dapat bersedekah.

Firman Allah dalam surah al-Munafiqun ayat 10

- Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".


(2)Baca al-Quran

Firman Allah dalam Surah al-A'raf ayat 204

- Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.


(3) Berselawat ke atas Nabi SAW

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 56

- Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

.........................


Setiap apa yang kita perbuat di dunia ini akan mendapat balasannya di akhirat nanti. Maka sama² kita cuba koreksi diri, memperbaiki amalan kita agar nanti perbuatan dan perkataan baik kita dapat mengatasi kekurangan yang ada InshaaAllah.

Firman Allah dalam surah Az-Zalzalah ayat 7 

- Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


Selalu lah kita mensyukuri yang sedikit. Dikatakan...siapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit nescaya dia tidak akan bersyukur pada yang banyak.

Wallahu a'lam.


Tazkirah 28 Ramadan 1447H

Alhamdulillah dapat berhimpun solat berjemaah.

Mungkin malam ini malam ke 2/ke 3 terakhir Ramadhan. 

Bagaimana ibadah kita sepanjang Ramadan hingga ke malam ini? Adakah kita berjaya improve bacaan quran kita atau adakah masih ditakuk lama? Solat kita adakah lebih baik? Dosa² kita, adakah makin kurang kita berbuat dosa?

Adakah nanti bila kita keluar dari Ramadan kita dalam keadaan tidak mendapat pengampunan dari Allah Taala? Allahu, nauzubillah..

"Mari kita muhasabah diri, tuan-tuan", kata ustad takkala selesai membariskan soalan² tersebut .

Ustad membacakan satu hadis Nabi SAW;

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW:

Maksudnya: Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”.  [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 907]

Mari kita semak kedudukan ibadah dan amalan kita🙂‍↔️🙂‍↔️Kita cuba semampunya perbaiki kekurangan sementara masih ada kesempatan. Kita usaha, yang selebihnya berserah pada Allah Taala.

Kita tak tau adakah sempat tak lagi bertemu dengan Ramadan selepas ini. Wallahua'lam. Moga Ramadan kali ini menjadi titik perubahan untuk kita menjadi hamba-Nya yang lebih baik. Moga Allah ampunkan segala dosa² kita. Moga diterima amalan.🤲  Aamiinn




Tazkirah 27 Ramadan 1447H


Orang yang bertaqwa sentiasa memelihara diri dari bercakap yang sia², mencaci maki, mencerca dsb.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "orang yang beriman itu bukanlah sifatnya memaki hamun,melaknat,berkata kotor dan juga berbahasa yang keji". ( Riwayat Al-Tirmizi 1977 )

Sesungguhnya Allah tidak suka pada orang yang melampaui batas.

Bercakaplah  yang baik, jika tak dapat bercakap yang baik, lebih baik diam . 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” [Riwayat al-Bukhari (6018)]

Orang yang berpuasa hendaklah menjaga mulut. Tidak bercakap yang tak sepatutnya yang boleh menyakiti hati orang lain. 

Juga jaga mata, telinga dan hati kita. Jaga pandangan, elak dari melihat perkara yang haram, sia-sia atau maksiat. Pilih untuk tidak mendengar fitnah, umpatan, atau perkara yang boleh rosakkan pahala puasa. Sucikan hati dari perasaan marah, dengki, riak, dan prasangka buruk.

Moga Allah sentiasa ilhamkan kita. Moga menjadi insan bertaqwa...

Aamiinnn



Tazkirah 26 Ramadan 1447H


Kita dah sampai ke malam 26 Ramadan. Kita akan di uji dengan ujian nafsu. Samada kita dapat kekal istiqamah beramal atau sebaliknya di penghujung Ramadan ini. Adakah kita masih kekal berterawih dan bersama² mengimarahkan rumah Allah ataupun kita mungkin gagal. Di hujung² ni dikhuatiri nafsu mengajak  kita untuk nak pergi cari baju raya, nak keluar shopping cari sarung kusyen baru, nak gerak balik kampung dsb.

Lailatul qadar itu lebih baik dari 1000 bulan. 

Firman Allah dalam surah al-Qadr 1 - 5:

1)Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

2)Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3)Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4)Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

5)Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.


Allah mentakdirkan Lailatul qadar akan berlaku di salah satu malam yang ganjil dan di malam yang akhir dari bulan Ramadan. Sedangkan kita ada yang masih duk tanya², malam ni malam 25 ke malam 26. Sempat lagi kita masih duk sibuk berkira² untuk melakukan amal. Kita yang banyak berdosa, sedangkan Rasulullah SAW seorang yang maksum, bersungguh² Nabi meningkatkan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan.

Daripada Aisyah R.A, beliau berkata:“Adalah Rasulullah SAW lebih bersungguh-sungguh (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir(Ramadan) tidak sebagaimana Baginda bersungguh-sungguh pada hari-hari lainnya” - 

(HR Muslim 1175)


Sama² kita pertingkatkan amal. Ya Allah bantu hamba..

Aamiinnn Aamin ya Robbal Alamin.


Tazkirah 23 Ramadan 1447H - Blog Matahati 7 juta Pengunjung


Alhamdulillah hari ini 23 Ramadan, dengan izin Allah blog Matahati dah capai pageview 7juta. Alhamdulillah syukur ya Allah. JAZAKALLAH buat semua yang berkunjung. Subhanallah genap² dua tahun dengan viewers meningkat sebanyak 1juta dari posting pada 24 Ramadan 1445H; juga di 10malam terakhir Ramadan, dua tahun lalu. (di SINI)

Moga InshaaAllah dapat sama² di-ambil apa² yang baik di dalam blog ini. Moga menjadi asbab kebaikan.. Moga Allah memberkati penulisan ini... Aamiin Allahumma Aamin

.......................

Tazkirah 15 minit ustad malam tadi sebelum bangun Teraweh.

Alhamdulillah Allah masih lagi rezekikan kita untuk terus istiqamah berada di bulan Ramadan.

Sedar² kita dah berada di hari² terakhir Ramadan. Dah masuk malam 23 Ramadhan. 


Ramadan, Ramadan🎶

Ramadan di hati🎵

Ramadan, Ramadan🎶

Ku mohon usah pergi🙂‍↔️🙂‍↔️


Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. "Hari² yang masih berbaki, ini, kita nak buat apa tuan-tuan?" Tanya ustad.

Kita gunakan 10 yang terakhir ini mengikut sunnah Nabi SAW.

Nabi bila masuk ke 10 Ramadan, Nabi ajar menghidupkan malam - dengan qiamullail, berzikir, baca quran, berdoa... Nabi SAW juga akan kejutkan keluarga untuk sama² bangun beribadah.

.............................

Dari Aisyah, beliau bertanya kepada Nabi S.A.W:

"Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu?

Baginda menjawab, ucapkanlah: 

Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii" 

Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku"

(HR Ahmad. 25384)

..............................

"Banyakkan mengucapkan doa ini. Sebab ini datang dari Nabi SAW",..pesan Ustad

Ustad menutup tazkirah dengan hadis Nabi SAW yang mengatakan... Kelebihan solat malam, siapa yang solat malam di bulan Ramadan dengan penuh keimanan, Allah ampunkan dosa²nya InshaaAllah.

Moga Allah terima ibadah kita, moga Allah beri keampunan, semoga kita beruntung...Aamiinn Aaminn ya Robbal Alamin🤲




Tazkirah 21 Ramadan 1447H - Lailatulqadar Malam Yang Istimewa


Alhamdulillah diri masih berada di bulan Ramadan. Kita dah sampai ke 10 hari² terakhir Ramadhan.

Ada satu malam yang berharga, satu malam yang jika bertepatan amal kita malam itu, maka kita akan meraih keistimewaan malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Allah merahsiakan satu malam yang istimewa di 10 malam terakhir bulan Ramadan iaitu Lailatul Qadar. Allah rekodkan malam hebat ini dalam al-Quran dalam surah al-Qadr ayat 1-5.

1)Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

2)Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3)Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4)Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

5)Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.


Moga Allah rezekikan kita bertemu dengan malam Lailatulqadar.

Baca doa yang Nabi ajar untuk kita mendapat keampunan dari Allah di malam Lailatul qadar.

 اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni

Erti doa: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun/Pemaaf, dan Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku"

.............................

Banyakkan baca doa itu, wajib baca. InshaaAllah Allah bagi suatu kelebihan yang besar buat kita.. Aamiin Aamiin ya Robbal Alamin.


Tazkirah 20 Ramadan 1447H - Doa Mohon Keampunan Lailatulqadar


Telah berada di 20 Ramadan 1447H. Alhamdulillah kita dah sampai ke 10 terakhir Ramadan.

"Qiamullail bermula esok", kata Imam (yakni hari ini) Semoga kita semua bangun qiyam malam tadi.

Hendaklah isi setiap ruang dengan amal soleh; termasuk~

✔️Menghidupkan Malam (Qiyam): Melakukan solat tarawih, witir, dan tahajud bersama imam untuk ganjaran penuh.

✔️Membaca al-Quran: Meningkatkan tadarus dan tadabbur kerana kelebihannya yang berlipat ganda.

✔️Iktikaf: Berdiam diri di masjid (khususnya) untuk fokus beribadah.

✔️Berdoa dan Berzikir: Khususnya doa memohon keampunan Lailatul Qadar

 اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni

Erti doa: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun/Pemaaf, dan Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku"

✔️Tingkatkanlah sedekah dan amal kebajikan.

Allah ganda dari 10 hingga 700kali ganda. Rugi bagi orang yang tak menghargai ganjaran pahala yang Allah janjikan.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Perumpamaan mereka yang membelanjakan harta-harta mereka di jalan Allah adalah seperti satu biji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai yang mana pada setiap satu tangkai itu mempunyai 100 biji benih. Dan Allah melipatgandakan (pahala) kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui. 

Surah Al-Baqarah (261)

✔️Bukan saja jaga hubungan dengan Allah, tapi kena jaga hubungan sesama manusia. Jangan kita menjadi muflis di akhirat nanti apabila kita berdosa terhadap sesama manusia, cth; di akhirat kelak pahala² yang kita ada terpaksa diberi pada orang yang kita telah menyakiti hati mereka. Atau apabila kita bermasam muka atau berbalah dengan orang. (Transaksi di hari kiamat ~ klik di SINI)

Daripada Jubair bin Mut’im RA bahawa Nabi SAW bersabda:Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim).” [Riwayat al-Bukhari (5984)]


Nota:
Orang Yang Muflis di Bulan Ramadan ~ di SINi


Air Sirap Cendol

 


Teringat² nak minum minuman faveret arwah ibuku time bulan puasa. Minuman untuk bukak puasa, mok tiap hari minum air sirap letak cendol. Allahu... terkenang arwah ibuku.. moga roh arwah mok, Hjh Habsah bt Ismail, Allah tempatkan di kalangan orang² yang beriman dan beramal soleh...aamiinn 

Jadi teringat sangat nak minum air sirap + cendol ni..tapi nak cari cendol macam yang jual kat Kelantan tu,  kat mana?🤔

Mungkin boleh cari cendol di Pasaraya GU, tapi tu lah, tak sama rasa. Yang duk teringat nak makannya, cendol oghe klate...huuu

Hari² berlalu hinggalah semalam... Semasa datang ambil biskut Nestum yang di-order, Ana hulurkan sesuatu pada saya masa turun kereta. "Ni cendol untuk kakti"...🥲🥹


Allahu Akbar... Ana! 

Ya Allah... Allah mendengar isihati ku. Allah sampaikan hajat saya melalui Ana. Ana bawa cendol😭 

Cendol pulak tu cendol yang adiknya yang tinggal diJohor, yang buat. Ana orang Kelantan.

Alhamdulillah🤲

Tq Ana... Jazakillahu khoiron.

**Ana tak tau pun pasal hasrat saya tu. Nobody knows, hanya Allah yang tahu. ALHAMDULILLAH..Tq Allah🤲


Air Sirap homemade


Alhamdulillah selepas dari peristiwa tersebut, agak kerap lah saya cuba buat sendiri cendol. En suami dan cucu² pun suka, makanya jadi terlebih rajin lah nak membuatnya...hahaha



Resepi cendol, hasil google je.. alhamdulillah menjadi dan semua suka cendol homemade mamatok♡♡♡


Tazkirah Nuzul Quran

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. 

Nuzul Quran bermaksud penurunan al-Quran dari langit ke dunia (Baitul Izzah) dan seterusnya kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat sebagai wahyu Allah SWT, yang bermula pada malam 17 Ramadan.

Allah turun kan sekaligus dari Luh mahfuz ke Baitul Izzah. Tapi diturunkan secara berperingkat dari Baitul Izzah selama 23tahun.


Nabi SAW naik ke gua hirak, duduk menyendiri.

Tibalah masa jibril turunkan 5 ayat awal surah al-Alaq.

Jibrail telah menampakkan dirinya dan dia berkata akulah Jibrail dan engkau adalah Rasulullah. 

Nabi kita jadi Nabi SAW. Lalu Kota mekah menjadi baraqah. 


Ada beberapa cara nabi terima wahyu:

1) dalam mimpi

2) jibril datang dalam bentuk yang asal yang mempunyai 600 sayap, memenuhi ufuk.

3) jibril datang dalam bentuk manusia, menyerupai seorg lelaki, cara ini lebih ringan untuk Nabi SAW terima.

4) bunyi macam loceng yang sangat kuat. Keadaan itu yang paling berat/sukar Nabi SAW terima


Alquran bukan benda kecil. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam.

Semua benda yang dikaitkan dengan al-Quran dimuliakan Allah.

Alquran dan Ramadan tidak dapat dipisahkan. Di malam² Ramadan yang berbaki ini,, beramallah..tidur sekejap..yang selebihnya berjagalah. Mari kita memburu Lailatulqadar. Mulianya malam Lailatulqadar ini, malam yang turunnya alquran. Malam yang mulia melebihi 1,000 bulan. 

Bulan ini bulan kita meningkatkan ibadah, bukan baru nak mula ibadah.

Wajibkan diri untuk baca quran cth: tetapkan pukul 2.30ptg tiap hari nak baca quran, sibuk macamana pun baca lah sekurang²nya 1m/s. Quran ini bukan tunggu ada masa lapang baru nak baca, kena lapangkan masa untuk baca.

Mulianya alquran. Tapi kenapa ada orang yang sanggup taknak dengar bacaan alquran. Belum baca lagi, dengar pun taknak. Cth: bila pasang radio, tiba² dengar radio IKiM pasang orang ngaji, terus tukar siaran; bila bukak tv, tiba² tengok ada musabaqah alquran terus tukar siaran. Insaflah kita semua. Teruslah mentadabbur alquran di Ramadan yang tinggal beberapa hari saja ini.

Quran ini pada hari kiamat, inilah antaranya yang akan memberi syafaat kepada kita. Dia akan duduk di sebelah kita.  Dia akan bersuara, ya Allah orang ini tidak tidur kerana membaca aku.

Pahala yang paling mudah nak dapat ialah dengan baca quran.

Sabda Nabi SAW :Maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya kebaikan. Dan kebaikan itu sama seperti 10 kali ganda. Aku tidak katakan ألم itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf,Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” Riwayat Al-Tirmizi (2910)

Firman Allah SWT Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”  (Surah As-Sad: 29)

Firman Allah SWT : Maksudnya : “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa” (Surah Al-Baqarah : 2)


Wallahu a'lam.

Blog Archive

KURSUS HAJI 2023

Minggu 1

Pergi Haji

Minggu ke 9

Minggu ke 12