Ustaz Azhar Idrus di Masjid Tasik Puteri



Anak2 lambat bersiap petang tu. Hasrat untuk dapat sampai awal di Masjid Tasik Puteri untuk sesi Kuliah Maghrib bersama Ustaz Azhar kurang kesampaian. Sampai2 orang dah iqamat Solat Maghrib. Kena pulak naik anak2 tangga yang tinggi melalui laluan belakang untuk sampai ke masjid yang terletak agak tinggi. Berpusu-pusu kami bersama orang ramai yang kelewatan untuk berkejar dapatkan rakaat pertama sebelum imam rukuk.

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat duduk tempat yang strategik, betul2 depan ustaz tapi kami di tingkat atas. Ustaz yang berjubah puteh seperti biasa sampaikan kuliah dengan gaya santai tapi alhamdulillah ilmu sampai. Dari mula sampai akhir berjaya fokus dan dapat ambik sedikit sebanyak pengisian yang disampaikan ustaz.. alhamdulillah.

Ingin berkongsi sedikit pemahaman ilmu yang dapat malam tu. Ustaz jelaskan tentang hakikat kita dalam mengenal Allah...
  • Bila kenal Allah InsyaAllah akan datang rasa cinta pada Allah. Bila kenal Allah akan datang rasa takut pada Allah.
  • Allah mempunyai banyak sifat. Sifatnya banyak tapi tuhannya hanya satu iaitu Allah. Ramai antara kita yang mengaku Islam tapi malangnya tak kenal Allah. Siapa yang tahu Allah sangat berkuasa, maka dia akan dapat nampak dirinya yang lemah. 24 jam kita bernafas, sentiasa ingat diri kita lemah. Jangan kita merasa kita yang molek, yang hebat kerana yang molek dan yang hebat itu hanyalah Allah. Allah pencipta sedangkan kita barang yang dicipta. Semua sifat Allah sempurna. Bila ingat Allah yang sempurna, sedar diri kita yang tak sempurna. Bila ingat Allah hebat, Allah gagah, ingat diri kita yang banyak kekurangan, yang tak elok yang tak molek. Contoh: Allah Maha Mendengar. Kita pun dengar tapi hakikat kita mendengar lain. Kita tak dapat mendengar sebagaimana yang Allah dengar.
  • Manusia dan haiwan termasuk dalam apa yang Allah ciptakan. Beza manusia dengan haiwan hanyalah akal sahaja. Maksudnya kita lebih dari segi akal sahaja dari haiwan. Jangan kita rasa diri begitu hebat. Kalau terpotong satu wayar dalam badan kita, dah kita cedera, dah jadi kurang... Kita boleh bercakap atas ehsan Allah. Tiada daya dan upaya kita melainkan semua dari Allah. Semua hak milik Allah dan apa yang ada pada kita hanyalah pinjaman semata-mata. Mata pinjam hak Allah, telinga pinjam hak Allah tapi hairannya tetap tak mahu ikut undang-undang Allah. Allah bagi banyak perkara tapi masih juga lawan Allah, lawan tentera Allah.
  • Dalam hidup ini, hendaklah kita fokus tentang apa yang Allah suruh kita buat, fokus tentang apa yang Allah larang buat. Jangan lari dari tumpuan. Jangan sibuk tanya lebih-lebih contoh bersungguh2 nak siasat Dajal akan keluar tahun mana, keluarnya nanti dekat mana, sibuk nak siasat tentang Imam Mahdi, tentang Nabi Isa yang disebut akan turun dan sebagainya. Hanya wajib tahu sekadarnya sahaja, tak payah sibuk nak tanya lebih2 kerana itu semua dalam rahsia Allah. Kita sebagai hamba-Nya hanya wajib percaya dan yakin.
  • Fokus ikut apa yang al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW suruh. Sabda Rasulullah SAW "Aku tinggalkan kepada umatku dua perkara. Jika mereka berpegang teguh kepadanya maka mereka tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan As-Sunnah" Manafaatkan hidup kita dengan banyak membaca al-quran contohnya. Jika dapat mengajarkan pula pada orang lain, itu makin baik lagi. Apa yang wajib kita tumpukan adalah ilmu fardhu ain, bab feqah, tauhid dan tasawuf. Tak wajib untuk kita mendalami bab2 yang melangkaui bidang pemikiran kita.
  • Allah Maha Pemurah. Banyak mana pun kita mintak, Allah sentiasa bagi cepat atau lambat. Allah bagi belaka(pada semua makhluknya). Walau orang tu bukan ahli ibadah, walau orang tu bukan Islam, Allah tetap bagi. Menunjukkan betapa pemurahnya Allah. Manusia pun pemurah juga tapi pemurah hanya mengikut keadaan dan suasana. Bukan pemurah sebagaimana Allah. Sebanyak mana pun kita mintak Allah tetap bagi namun tidak menjejaskan sedikitpun kekayaan Allah yang terbentang luas. Al-Ghoni, Allah Maha Kaya.
  • Kita dulu lahir tanpa memakai pakaian, itu yang dinamakan miskin yang sebenarnya. Nanti kita mati, akan kembali sepertimana keadaan semasa lahir. Tiada pakaian dan tak bawak apa2 pun kekayaan yang ada semasa di dunia. Jadi walaupun rasa kaya sekarang, jangan lupa hakikat kita akan kembali menjadi fakir miskin di akhir usia kita.
  • Gunalah apa yang Allah bagi untuk perkara kebajikan. Contoh: Guna otak untuk fikir tentang kebesaran Allah, guna telinga untuk dengar hadis Rasulullah SAW, guna mata untuk tengok keindahan langit. Jangan sampai kita jadi macam binatang ternak. Bersyukurlah kita belum jadi ayam itik lagi sebab telinga, mata dan otak masih dapat melihat kebesaran Allah.. aminn
  • Kita sebenarnya dah buat perjanjian dengan Allah semasa di alam ruh.Kita tak ingat sebab fikiran kita hanya mudah ingat perkara yang paling akhir kita buat. Kita mengaku di hadapan Allah bahawa Allahlah Tuhan sekalian alam. Nabi SAW kemudiannya di-utus untuk mengingatkan kita untuk terus patuh pada Allah. Semua ini tertulis dalam al-quran yang menghimpun sejarah yang hebat.
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”. (QS Al-A'raf 172)
  • Maka, tolonglah agama Allah. Jangan sekadar tahu mengangguk-ngangguk bila diperingatkan bila pegi kuliah. Bagilah derma, bantu di jalan Allah. Contoh: bantu anak2 tahfiz, bantu orang-orang yang sedang keluar di jalan Allah dan sebagainya. Yakin dengan janji Rasulullah SAW bahawa tidak akan jadi kurang harta kita jika disalurkan melalui sedekah. Berbeza dengan orang yang sayang harta, dia malah akan jauh dari Allah dan dekat pula dengan api neraka...nauzubillah.
  • Jangan rasa diri begitu hebat. Jangan kerana dek begitu sibuk mencari harta hingga jadi tak sedar diri, lawan agama, lawan Islam. Jika diri disibukkan dengan urusan dunia, maka samalah kita dengan kambing yang keluar pagi.. petang masuk kandang. Maka takde ilmu, tak fikir masalah agama sebab tak ingat langsung nak datang mengaji, takde teringat nak pegi kuliah. Masa sihat duk berkaraoke, masa ada kematian panggil tok imam untuk tolong bacakan talkin.
  • Maka belajarlah... ilmu mesti dituntut untuk dapat lebih kenal Allah. Jangan rasa hebat dengan pakaian, kupiah, serban dan kitab yang banyak tapi ilmu tak ada. Sentiasa ingat diri hamba yang lemah. Ilmu dan taqwa bukan boleh dibeli. Jadilah orang yang beramal dengan ilmunya. Jadi hamba yang bertaqwa.
***Teringat kata2 ustaz dalam salah satu kuliah beliau yang lalu... jadilah kita seperti kutubkanah(library) yang bergerak..... beramal dengan ilmu, bukan sekadar mengusung kitab ke sana ke mari.

Wallahu'alam.

Solat Yang Khusyuk


"Papa selalu khusyuk solat? Mama problem la, kadang khusyuk kadang tak pepasal merayau mana2 fikiran time solat."

"Oh biasa la kita manusia biasa yang lemah.. bukan senang untuk dapat khusyuk dalam solat. Papa pun sama, ada time tak khusyuk pun... Jangan putus asa, selalu perbaharui azam untuk hadirkan khusyuk dalam solat..."

Begitu lah sedutan dialog antara saya dan en suami semasa kami dalam perjalanan balik dari masjid di suatu malam. Kadang tertanya-tanya dalam hati, mengapa belum dapat capai khusyuk yang betul2 khusyuk dalam solat.

Banyak buku bermutu yang cerita perihal mencapai khusyuk dalam solat seperti buku Tuan Guru Nik Aziz iaitu Khusyuk Dalam Solat, buku oleh Dato' Haji Ishak Baharom bertajuk Solat & Keajaibannya dan yang terbaru saya mula membaca ialah sebuah buku dari tanah seberang yang dah 23 kali diulang-cetak ...Subhanallah... buku tu bertajuk Pelatihan Shalat Khusyuk hasil tulisan Abu Sangkan. Alhamdulillah baca intro di beberapa helai terawal pun dah rasa menusuk dalam hati. Timbul semangat untuk usaha membaik-pulih solat agar mampu jadi lebih sempurna..InsyaAllah.

Antara yang menarik untuk dikongsi dari buku tersebut, disebut tentang:
  • Solat merupakan perjalanan ruhani menuju Allah,
  • solat merupakan pertemuan hamba dengan Allah tanpa perantara,
  • mengapa sukar untuk dapatkan solat yang khusyuk,
  • tuma'ninah dalam solat
  • wudhuk merupakan syarat sah dan kesempurnaan solat.

Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang beriman
(yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya
(QS Al Mu'minun 1 -2)

Maka jelas bahawa sungguh menanglah orang-orang beriman yang khusyuk dalam solatnya. Perhatikan perkataan "iman, solat dan khusyuk". Ini syarat meraih kemenangan... iaitu beriman, menegakkan solat dan khusyuk.

1. Iman
Hanya orang2 yang beriman yang merindukan ibadah solat. Baginya azan adalah irama terindah, azan baginya bukanlah panggilan muadzin tapi merupakan panggilan Allah SWT. Ia sangat mencintai Allah SWT. Ibarat kekasih yang selalu ingin berjumpa dengan kekasihnya maka solat adalah perjumpaan seorang hamba dengan khalik-Nya.

"(iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya
dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya
(QS Al-Baqarah 46)


2. Solat
Solat hakikatnya adalah zikir.

Firman Allah yang bermaksud:
"Sungguh Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku,
maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku"
(QS Toha 14)

Mengingat dan menyebut Allah dari takbir hingga salam adalah aktiviti zikir yang menyeluruh.


3. Khusyuk
Khusyuk adalah buah dari iman kepada Allah dan solat yang benar bukan sekadar memahami makna solat dari takbir hingga salam.

Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya)
sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar
dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.
(QS An-Nisa 43)

Hati perlu hadir untuk merasakan, menikmati setiap gerak dari takbir hingga salam dalam tatapan Allah, perhatian Allah dan pendengaran Allah.

"Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk solat) dan (melihat pula)
perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud.
(QS Asy-Syu'ara 218 - 219)


Dan puncak dari khusyuk dalam solat adalah akhlakul karimah. Inilah inti ibadah, doa, zikir dan ilmu.

Imam Ali berkata;
"Sungguh, orang berdusta di pagi hari tidak akan khusyuk solat di siang hari."

Betapa hebatnya pengaruh dusta terhadap solat. Bermakna solat yang khusyuk akan melahirkan akhlak yang mulia, Dan akhlak yang mulia adalah buah dari hadirnya kekhusyukan. Wallahu'alam.


**Mari kita berazam menuju solat yang khusyuk..aminn


5 ayat Surah Al-Kahfi


Saya ke masjid berseorangan malam tadi. En suami masih dengan urusan di ofis jadi tugas menghantar mengambil anak kat kelas tusyen malam tadi kena pada saya seorang. Dah siap2 tanya suami, "ok tak mama sorang ke masjid, takde muhrim?" En suami suh be positif, singgah masjid nawaitu kerana Allah bukan kerana makhluk. Niat iktikaf sambil tunggu nak ambik anak balik tusyen. Alhamdulillah dapat hadir duduk dalam majlis ilmu dengan rakan2 jemaah wanita yang lain.

"Beruntunglah tuan-tuan kerana dapat berada di rumah Allah... dapat tunaikan solat Maghrib berjemaah dan dapat pula duduk dalam majlis ilmu. Beruntung lah tuan-tuan kerana menjadi orang yang berjaya kerana masih ramai yang di luar sana tidak berpeluang datang berjemaah di rumah Allah... malah yang lebih mendukacitakan lagi masih ramai mereka yang di luar sana yang tidak bersolat Maghrib...", terkedu dengar kata2 mukaddimah ustaz semasa tazkirah bermula.

Fikiran melayang sekejap terkenang semasa dalam perjalanan dari rumah, nampak begitu ramai orang berpusu-pusu di pasar malam. Terdetik dalam hati, solat maghrib macam mana? Dulu ada ustaz pesan, kalau nak ke pasar malam sebaiknya janganlah kita keluar time dekat nak masuk Maghrib. Sebab bila dah berada di pasar malam tu, dikhuatiri maghrib akan terlepas sebab waktu maghrib tempohnya tersangat lah singkat. Waktu utamanya ialah pada 15 minit terawal selepas masuk waktu. Jadi mesti segera diselesaikan. Jika terlepas maka ibaratnya kita dah masuk pada 'waktu kecederaan', kata ustaz.

Habis kuliah semalam terus bangun solat Isyak. Bila melihat saya menuju ke kereta sorang diri, dua tiga rakan yang saing berjalan keluar terus menanya, "Sorang malam ni?" Saya hanya mengangguk sambil senyum, malas nak explain.. takpe lah..

Menunggu dalam kereta lebihkurang setengah jam sebelum anak keluar dari kelas malam. Sambil2 tu saya baca Surah Al-Kahfi sambil ikut bacaan oleh Syeikh Mishari. Bersyukur sangat dengan software yang anaknda tolong uploadkan ke dalam fon tempohari. Semua surah dalam al-quran dapat dibaca melalui software tersebut. Alhamdulillah kemudahan yang begitu membantu lebih-lebih lagi takkala sedang menunggu macam semalam dan semasa temankan en suami ke klinik baru-baru ini(yang tu menunggu hampir 2 jam dek ramai orang)

Alhamdulillah, dapat hafal 5 ayat dari Surah Al-Kahfi... InsyaAllah berazam akan teruskan perjuangan ini. Moga dipermudahkan Allah dalam meneruskan misi hafazan... amenn



Jaga Solat


***Bayan Tabligh yang mengisi slot Kuliah Maghrib.

Sesuatu yang istimewa dapat dilihat tiapkali ada sesi bayan oleh anggota Tabligh. Para jemaah kelihatan pakat mara ke depan, ramai-ramai duduk mengadap tok guru, kusyuk mendengar tazkiran yang disampaikan... alhamdulillah.


Pengisian bayan:

Solat fardhu yang merupakan 5 tiang seri agama mesti dijaga sungguh-sungguh. Seseorang yang berwudhuk dengan sempurna, berjalan ke rumah Allah untuk tunaikan solat maka setiap langkahnya Allah tingkatkan darjatnya di Syurga, mendapat pahala dan terampun dosa.

Barangsiapa yang sungguh-sungguh menjaga solatnya InsyaAllah akan beroleh:
  1. keberkatan rezeki -
    Jika jaga solat, rezeki jadi berkat... lagi banyak harta lagi banyak bersedekah di jalan Allah.
  2. Di dalam kubur nanti di-angkat azab kubur -
    Kita biasa dengar kubur akan himpit kita, tulang-tulang akan berlaga sesama sendiri, ular2 akan dilepaskan bila bermula seksa kubur. Maka kena sungguh-sungguh jaga solat kita. InsyaAllah kubur akan diluaskan, pintu syurga akan dibuka maka kita akan dapat mencium bau-bauan dari syurga. Dikatakan juga Allah akan memendekkan masa kita berada di dalam kubur.. wallahu'alam.
  3. Di padang masyhar akan terima buku catatan amal dengan tangan kanan -
    Sesungguhnya orang yang terima buku catatan amal dengan tangan kiri maka dia akan menyesal sungguh-sungguh kerana dia tau akan hadapi siksa api neraka... nauzubillah.
  4. Akan dapat melintas titian sirat sepantas kilat -
    Titian sirat adalah sejauh 1500 tahun perjalanan.. masyaAllah
  5. Dapat masuk Syurga tanpa hisab

Setelah bangkit di Padang Masyar nanti kita semua akan ditanya...

Bersabda Rasulallah saw: 'Kedua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri di hadapan Tuhannya pada Hari Kiamat, sehingga selesai ditanya tentang empat perkara:

  • tentang umurnya, untuk apa dihabiskan
  • tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan
  • tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan
  • tentang ilmunya, apa yang sudah dibuat dengannya.
Maka marilah kita gunakan sebaik-baiknya saki-baki usia yang masih tinggal ini untuk memperelokkan solat kita agar mudah-mudahan dengan izin Allah kita beroleh Syurga tanpa hisab.

Mulakan dengan wudhuk yang sempurna, bersolat di awal waktu, cantik dan bersih mengadap Allah, hadirkan kusyuk dalam solat serta menjaga rukun dan syarat sah solat. Moga solat kita diterima Allah.. amiin

Sama-sama mendidik hati untuk suatu usaha yang berterusan agar mampu menjadi hamba Allah yang taat dan bertaqwa di sisi-Nya... amiin


Suluh Diri


Bersambung dari SINI...

Dari tiga tahap akal yang di sebut iaitu akal sejengkal, akal 2 jengkal dan akal 3 jengkal, maka suluh satu persatu, di mana kita.

Ustaz selitkan pasal doa. Senjata orang mukmin adalah doa. Senjata ini tidak ada pada orang yang bukan Islam. Ujian banyak... maka lawanlah dengan doa. Siapa yang seru Allah, hati musuh akan bergetar dan gerun InsyaAllah.

Doa itu hebat. Allah bagi ganjaran pada orang yang beramal, InsyaAllah doa jadi mustajab.

Bagi sesiapa yang mengeluarkan perkataan mencela/maki hamun/ sumpah dusta seperti celaka kamu, sial kamu dan sebagainya maka perkataan tadi akan berterbangan dan akhirnya hanya akan kembali semula pada tuan yang berkata. Jadi, jaga-jaga terhadap perkataan yang keluar dari mulut kita.

Syarat nak lepas, kena jumpa dengan orang yang kita fitnah. Bersalah dengan makhluk, berat. Walau buat haji banyak kali sekali pun namun tidak akan lepas dosa kita pada orang tersebut selagi tak pergi jumpa minta maaf.


Dari Abuddarda' r.a., katanya: "Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya seseorang hamba itu apabila melaknat kepada sesuatu, maka naiklah kelaknatannya itu ke langit, lalu ditutuplah pint-pintu langit itu agar tidak masuk ke dalamnya, kemudian turun kembali ke bumi lalu ditutuplah pintu-pintu yang menuju ke arah bumi itu agar tidak dapat masuk ke dalamnya, selanjutnya ia bolak-balik ke kanan dan ke kiri.  Seterusnya apabila tidak lagi ia memperoleh jalan masuk, maka kembalilah ia kepada orang yang dilaknat, jikalau yang dilaknat memang benar-benar sebagaimana isi yang dilaknatkan, maka kelaknatan itupun tetap berada dalam diri orang ini, tetapi jikalau tidak, maka kembalilah ia kepada orang yang mengucapkannya - sehingga ia akan memperoleh bencana dengan sebab ucapan laknatnya tersebut." (Riwayat Abu Dawud)


Dari Abu Zar r.a meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang memanggil seorang sebagai: Hai si Kafir! atau Hai musuh Allah!, tetapi orang itu tidak sebagaimana yang dipanggil, maka ucapannya akan kembali kepada yang mengatakan demikian. (HR Muslim)

________________________
bersambung bab Zuhud

Bagi orang yang zuhud iaitu yang tak kasih pada dunia, ada dunia takde dunia tak ada bezanya. Ada sama, tak ada pun sama. Berbeza dengan orang yang kasih akan dunia, bila di-hina lain bila di-puji lain. Bila ada duit lain bila tak ada duit lain. Nak cari ikhlas, payah. Contoh 1: Tiba satu ketika ada orang datang minta sedekah dari kita, kita senyum hulurkan sedekah. Mulut kata, "Ambik lah, pakcik ikhlas..." tapi dalam hati merungut kata orang tu pemalas, bukan nak kerja.. tau mintak sedekah je... Contoh 2: Penceramah yang datang beri tazkirah tak dapat sampul duit. Dalam hati berkata2, "Orang masjid lupa ke apa?.. Aku penat2 datang, jauh pulak tu..." Setiap kejadian ada asbabnya. Mungkin Allah nak uji bagaimana sebenarnya hati kita.

Bila hati tak kasih pada dunia.. ada tak ada, sama. Pakai barang yang murah atau mahal, semua rasa sama. Dalam hati tiada kepentingan lain, bukan sebab makhluk tapi hanya kerana Allah.. Lillahhi Ta'ala. Pakai baju elok bukan hanya untuk pergi pejabat mencari rezeki tapi sentiasa pakai yang cantik dan wangi bila nak berhadapan dengan Allah.

Masalah hati bukan senang untuk ditangani. Bercakapnya mudah tapi untuk nak praktiknya amatlah payah. Bagi yang tak kasih dunia, hartabenda padanya ibarat air, tak sangkut. Dapat rezeki, terus sedekah. Yang cinta harta, dapat rezeki rasa sayang untuk keluarkan balik sebagai sedekah. Rasa itu 'duit aku', kalau bagi nanti habis.

Ustaz gambarkan bahawa ada tiga perhiasan bagi seorang lelaki. Kalau tak ada kriteria tersebut, malu-lah untuk menjadi seorang lelaki.
Tiga perhiasan tersebut ialah:

  • Ada ILMU yang beramal dengan ilmunya. Jadi kalau nak cari menantu, pastikan ada sifat ini. Jangan nanti sifat 20 pun tak tahu...
  • Murahkan hartanya kepada manusia dan tak ingat pun selepas memberi. Contoh: Bagi sedekah kipas, lupa kasi pada siapa... tolong orang, tapi lupa tolong siapa... beri bantuan tapi lupa kebaikan yang dihulurkan. Jadi selepas ini, jika kita beri kipas, bagi sejadah pada masjid elok lah tak payah ditulis nama. Bagi je, niat sedekah kerana Allah. Biar orang tak tahu, biar hanya Allah yang tahu. Latih diri.. bersedekah ikut kemampuan kita. Jadi pemurah bukan kedekut. Kedekut ini hina, kedekut ini cela.
  • Sangat berusaha kepada pekerjaan yang beri manafaat. Maksudnya, jadi laki-laki yang rajin bukan pemalas.

Orang yang tak kasih akan dunia, bila nampak harta bila nampak ilmu, sedar hakikat semua Allah punya. Hati tak rasa diri hebat, tak rasa ilmu itu aku yang punya, harta itu aku yang punya. Harta yang kita rasa kita punya akan habis sebaliknya jika sedar hakikat harta dari Allah, walau kita terus guna ianya tak akan habis. Allah yang datangkan rezeki. Yakin dan percaya, maka harta tak akan habis walau kita banyak bersedekah/guna di jalan Allah.

Jangan teragak2 contoh: Nak sedekah RM10, rasa banyak lah pulak sebab rasa duit tu kita yang punya. Tiap2 hari Jumaat, dari dulu sampai sekarang tak meningkat, kekal bagi seringgit kat tabung masjid. Perkara lain banyak meningkat tapi bab ibadah tak meningkat. Bila agaknya nak meningkat? InsyaAllah akan meningkat bila hati kita tak kasih pada dunia.

Yang dikatakan berkat ialah bilamana sikit tapi cukup berbanding dengan ada banyak tapi tak cukup. Ada orang yang bergaji bulanan kecil tapi cukup untuk makan pakai sekeluarga. Namun ada orang yang bergaji besar tapi duit selalu tak cukup-cukup.

Sudah lumrah, orang hanya nak sihat, tak nak sakit. Orang hanya nak kaya saja, tak nak miskin. Tapi jangan kita jadi orang yang begitu bakhil/kedekut. Kalau kedekut sangat, dikhuatiri Allah bagi ujian yang tak terfikir oleh kita, hilang harta sekelip mata... nauzubillah.

Ada yang murah hati bagi sedekah tapi beri barang yang dia tak nak. Contoh: Orang yang tak makan kambing, bila ada daging kambing bagi orang lain dengan alasan tak makan kambing. Cuba kalau dia boleh makan, adakah dia akan bagi kambing itu pada orang lain? Wallahu'alam.

Begitu juga contoh jika bagi sedekah buah-buahan. Jangan kita bagi yang tak elok pada orang, yang elok buat makan sendiri. Bila musim rambutan, bukan rambutan yang sampai di masjid tapi masih jugak pisang. Pisang pulak pisang emas yang dah lebu...

Maka suluh diri kita... sesungguhnya mengaji adalah untuk suluh diri. Kata ustaz, masing-masing kena bila diperingatkan, ustaz sekalipun ikut kena. Kita manusia biasa yang lemah, namun mesti cuba semampunya atasi kelemahan. Wallahu'alam.

Tidur Qailullah


Waktu2 sebelum masuk Zohor, selalu rasa mengantuk. Jadi kadang lelapkanlah sekejap mata. Lepas terbangun terus jadi semangat, kembali fresh!

"Amalan tidur sekejap atau dipanggil tidur Qailullah adalah disunatkan", kata ustaz. Kerapkali dengar pasal Qailullah dalam majlis2 ilmu di masjid. Ustaz pesan, tidur yang dimaksudkan bukan lah tidur yang bersungguh-sungguh. Bukan masuk bilik, on air-cond dan tarik selimut. Jangan kita tidur macam kita nak tidur di malam hari.

Qailullah hanyalah tidur sekejap yang jika dilakukan InsyaAllah kita akan kembali segar selepas terjaga dari tidur tersebut. Sebelum tidur, niatlah agar kita tidur itu untuk memudahkan kita terjaga di malam hari, dapat bangun solat malam. Jika ada niat kita untuk bangun solat malam, InsyaAllah akan beroleh pahala hasil dari tidur yang sekejap itu. Wallahu'alam.


Teringat pernah juga terbaca tentang Qailullah dalam buku "Indahnya Hidup Bersyariat" oleh Dato' Ismail Kamus. Alhamdulillah bersyukur kerana memiliki buku modul Fardhu Ain yang lengkap itu. Begitu bermanafaat untuk dijadikan rujukan dalam menuntun diri menjalani kehidupan sehari-hari... alhamdulillah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...