Lompat Tikam Kelantan

Assalamualaikum wrt.

Pernah tak makan Lompat Tikam? Bagi saya... I love Lompat Tikam. Sangat suka...:-) Kueh tempatan yang satu ni memang agak tersohor la di Kelantan. Sume kenal kot dengan Lompat Tikam..he he..

Esok sempena anaknda balik weekend, InsyaAllah akan dibuat lagi sekali Lompat Tikam. Dah buat dah sebenarnya minggu lepas. Tapi InsyaAllah kena buat lagi esok, lagipun en suami dan anak-anak masih duk sibuk sebut-sebut. 

Kombinasi 4 bahan utama Lompat Tikam sangat berpalut rasa bila kita satukan serba sikit ke-empat2 karektor dalam satu mangkuk. Rasa Lompat Tikam bergantung kepada citarasa dan tekak masing2,, maksudnya kalau rasa kurang masin tambah lagi kepala santan, kalau kurang manis tambah lagi air nise dan kalau terlebih rasa maka boleh la ditambah tepung hijau serta pulut merah yang enak. Keempat2nya ada peranan tersendiri. Sangat terer orang dulu2 yang mula2 mengilhamkan Lompat Tikam. :-):-)


RESEPI LOMPAT TIKAM
Pulut merah:
pulut 2 cawan
pewarna merah
Sedikit air 
minyak masak 1 sudu besar
garam 1/2 sudu kecil
daun pandan
Cara: pulut direndam dalam air yang dititik pewarna merah. Toskan pulut. Kukus selama 15minit kemudian di-arungkan dengan air, minyak masak dan sedikit garam. Kukus balik selama 10minit.

Tepung hijau:
tepung beras 1. 1/2 cawan
air daun pandan 4 cawan 
sedikit pewarna hijau
sedikit kapur makan
Cara: Campurkan kesemua bahan. Masak hingga pekat sebelum di-tuang ke dalam loyang untuk dikukus selama 10minit.

Kepala santan:
tepung beras 2 sudu besar 
santan 2. 1/2 cawan(pati santan + air)
garam 1/2 sudu kecil
daun pandan
Cara: campur kesemua bahan, masak hingga likat.

Air nise:
nise kampung 2 karet/seketul gula melaka
1 sudu besar gula
daun pandan
air
Cara: masak kesemuanya hingga menjadi cair-cair likat gitu.

Assalamualaikum wrt.

Tepung Pelita Yang Asli

Alhamdulillah, hari ini tanpa dirancang, dah selamat buat kueh tempatan faveret iaitu Tepung Pelita. Tiba2 je terbuat tepung pelita tu ada sebab. Pagi tadi time tarik langsir, ternampak kat luar ada pokok pisang tumbang.

"Eh eh ngapa tumbang ek?", tertanya-tanya dalam hati. ""Angin kuat kot..." Jadi bila tengok banyaknya daun pisang dari pokok yang dah tumbang tu, dari membazir terus jadi teringat nak buat tepung pelita yang duk tangguh2 nak buat sejak puasa hari tu lagi.

Tunggu apa lagi, terus keluar ke laman ambik daun pisang yang dah siap terbaring tu, he he..

Jom tengok Tepung Pelita yang buat tadi.

-
Semua dah siap masuk peti-ais dah pun. Tunggu makan je la karang, akan dimakan sejuk2 InsyaAllah.

RESEPI TEPUNG PELITA 
Bahagian bawah, lapisan hijau:
(nota: saya doublekan sukatan sebab buat banyak, sukatan asal hanya ½ cawan tepung beras)
  • tepung beras 1 cawan
  • air daun pandan 4 cawan
  • secubit kapur makan

Cara: Panaskan air dalam kukusan. Campur bahan untuk lapisan hijau. Susun sampan daun pisang dalam kukusan berlubang. Isikan 1 sudu kecil gula(menggunung/umbu) ke dalam sampan kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh. 

Kukus selama 15minit. 

Setelah masak, tuangkan pula campuran bahan untuk bahagian atasnya. 

Bahagian atas, lapisan santan:
(nota: bahagian santan tak perlu di doublekan sukatan, dah cukup)
  • tepung beras 1/2 cawan
  • santan 2  1/2 cawan
  • garam 1/2 sudu kecil

Masak sekejap lapisan santan hanya sampai naik wap(bukan sampai mendidih) sebelum dituang ke atas lapisan hijau. Kukus balik selama lebihkurang 10minit.

Sangat mudah membuat tepung pelita. Rasa tepung pelita ini asli, rasa tepung beras tanpa ada rasa lain2 campuran tepung, digandingkan pula dengan aroma daun pandan dan daun pisang. Tepung Pelita kueh tempatan orang2 lama yang tak luput dek zaman. Meh kita pakat2 buat Tepung Pelita asli. Assalamualaikum wrt.


Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...