Resepi Kueh Lopes Cara Mudah

Assalamualaikum.

Nak kisahkan pasal kueh Lopes.  Saya suka sangat kueh lopes. Bila ada acara makan2 contoh majlis open house raya ke, kueh lopes selalu tak ketinggalan buat. Mesti ada je buat saing dengan kueh pencuci mulut lainnya.

Tapi saya dulu2 suka buat kueh lopes versi tradisional, cara lama iaitu bungkus pulut dalam daun pisang, di-ikat kemas dengan tali rafia kemudian di-rebus pulut tu  lama2. Selalu nya buat malam untuk dihidangkan esoknya untuk jamuan.

Sejak dua menjak ni, saya dah tak pakai versi lama. Kiranya sekarang suka buat versi segera gitew..hahaha.. Kaedah ini sangat cepat. Rasa kueh lopes lebihkurang sama je dengan yang buat dulu2 tu. Ilham ini saya dapat masa saya duduk lama di rantau orang. Hampir 6bulan di sana, saya aggresif buat macam2, takde la nak tunggu balik Malaysia baru dapat makan apa yang teringin nak makan semasa di sana. Saya make things simple, so guna je apa2 yang ada untuk buat makanan melayu kita. Roti canai, kueh bengkang, karipap, tepung boko kelantan, kerap di-ulang buat.. Alhamdulillah.

Okay berbalik pada kisah kueh lopes, semasa di rantau orang, selepas tanak pulut, saya tekan2 pulut dalam loyang kemudian sambung masak dalam mikrowave. Dulu ada cerita dah dulu yang masak pakai mikrowave.. Di SINI

Selain guna mikrowave, kita boleh sambung masak pulut yang dah ditanak itu dengan cara kukus.๐Ÿ˜

Jom tengok resepi mudah buat Kueh Lopes yang super best ni.. Alhamdulillah rugi tau kalau tak cuba buat cara ni.. Cukup mudah๐Ÿ’–☺️

RESEPI KUEH LOPES CARA MUDAH

Bahan2nya:
  • 2cawan beras pulut
  • Air daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau(jika suka)
  • Kelapa parut puteh + sedikit garam
  • Daun pisang sebagai alas susun kueh Lopes dalam pinggan


Cara Membuatnya:
Beras pulut direndam sekejap sebelum ditanak seperti biasa. Tanak pulut dengan air daun pandan. Paras air kurang sedikit dari paras air nak masak nasi. Okay bila air dah makin kering, kacau2kan biar serata. Kiranya pulut belum masak sepenuhnya, ada bahagian yang masih mentah. Its okay, don't worry be happy. Alihkan pulut ke dalam bekas lain, tekan2 pulut lalu terus sambung masak dengan cara mengukusnya selama 15minit.

Alhamdulillah dah selamat jadi kueh Lopes.

Potong2 kueh lopes salut dengan kelapa parut bergaram.

Sediakan air manisan untuk dimakan dengan kueh lopes.
~~~~~~~~~~

Jom tengok video yang tunjuk step by step cara nak buat kueh lopes ni. Kredit buat anakku IMAN yang tolong buat Kueh Lopes kali ni from A - Z๐Ÿ˜๐Ÿ‘๐Ÿ‘








Lontong Menu Raya ketiga

Alhamdulillah, raya ketiga Aidilfitri kami rai'kan dengan juadah Lontong ataupun yang kita panggil Masak Lodeh.
Best sangat lontong ni๐Ÿ’— Tiapkali buat menu yang satu ni, mesti banyak kali duk ulang makan๐Ÿ‘

Minuman hari tu agak istimewa, abang(anak sulung) yang buat.. Sirap Laici Selasih

Jom kita tengok resepi mudah cara2 nak buat lontong๐Ÿ‘Œ






RESEPI LONTONG @ MASAK LODEH UNTUK HARIRAYA

Bahan kuah:

  • Udang hidup  1/2 kilo
  • Bahan kisar
  • Sayur-sayuran
  • 1 kotak sederhana santan KARA
  • air masak/air panas secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk/kisar:

1 sudu besar (umbu) udang kering

2 biji bawang merah India

1 cili merah besar

1 inci kunyit


Sayur-sayuran:
Kubis, kacang panjang, sengkuang, karet

fucuk dan so'un direndam sekejap

tempe & tauhu dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu

serai 2 batang diketuk

Lengkuas 5/6 hiris


Cara-cara membuatnya:

Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar, serai dan lengkuas. Masukkan udang hidup. Bila udang dah kemerah-merahan masukkan santan cair. Kacau2 kan, biar mendidih dulu barulah dimasukkan sayur sayuran. Kemudian tambahkan santan pekat dan masak biar mesra kesemuanya. Jika agak pekat, tambahkan air panas. Perisakan garam dan gula. Akhir sekali masukkan fucuk dan So'un di-ikuti dengan tempe dan tauhu yang dah digoreng terlebih dahulu. Alhamdulillah DONE
Lontong @ Masak Lodeh. Lontong dimakan bersama Nasi Impit beserta Sambal Tumis dan juga Kuah Kacang.

~~~~~~~~~~~~


Cucunda kami Aisyah nampaknya suka main masak2. Baru umur 2 tahun tapi gaya macam budak dah besar.. Hahahaha...
Nanti dah besar boleh la masak untuk mamatok dan papatok ya Aisyah ya๐Ÿ˜☺️inshaaAllah.





Buat Roti Jala Untuk Hari Raya Kedua

Allahu Akbar.
Syukur ke hadrat Illahi dapat sambut raya bersama keluarga.. Alhamdulillah.
Aidilfitri kali ini dapat di-rai'kan bersama seisi keluarga walau dalam musim pkpb. Alhamdulillah anak2 dapat balik kerana tiada halangan untuk rentas daerah. Shah Alam - Gombak - Bukit Beruntung... Bukan di luar kawasan. Yang tak dibolehkan ialah rentas negeri. Bertabah ya semua anak rantau, inshaaAllah sama2 kita doakan agar dugaan normal baru yang sedang kita hadapi ini segera pulih seperti sediakala.. Aamiinn

Alhamdulillah walau berdepan dengan kemelut pkpb atas asbab wabak penyakit Covid19, Aidilfitri tetap kami rai'kan sebaik mungkin. Syukur lah, mamatok dan papatok dapat jumpa cucunda Aisyah dan Fateh di hariraya...huuu.

Hari raya pertama dimulakan dengan sekeluarga berjemaah Solat Hari Raya siap dengan bacaan teks Khutbah Aidilfitri di-ikuti dengan bersalam-salaman di pagi raya. Acara foto-shot di dalam dan di luar rumah diteruskan sebelum kembali ke meja makan untuk menjamu selera.


Juadah Raya berupa Nasi Dagang  sebagai menu utama berlaukkan Gulai Ikan Tongkol dan Gulai Telor. Resepi Nasi Dagang boleh jengok di SINI dan di SINI. Alhamdulillah anak menantu pakat tolong masakkan 2 ekor ayam untuk menu Rendang Ayam digandingkan makan dengan nasi impit. Kira kenyang lah kami anak beranak makan juadah raya tempohari.

Sempat dikirimkan sedikit Nasi Dagang untuk keluarga besan di Gombak. Anak saudara pun  dapat tapau sedikit untuk dibawa balik makan dengan rakan2 di rumah sewa. Alhamdulillah.



Hari Raya kedua, menu Raya bertukar. Pagi2 selepas subuh, buat gulai 2 ekor ayam untuk Gulai Ayam di-makan dengan Roti Jala.



Mudah je buat Roti Jala ni. Jom kita tengok resepi nya. Walaupun mudah, ditulis juga khusus untuk rujukan anak2 yang nak cuba2 mengirai/menjala Roti Jala.. Ehe he.....

RESEPI ROTI JALA UNTUK HARIRAYA

Bahan2nya:

  • Sekilo tepung gandum cap Sauh
  • 3biji telor
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa
  • Air masak secukupnya

Untuk gliskan ceper untuk menjala:
~ 2 helai daun pandan dilipat/disimpul
~ Sedikit minyak masak.

Cara membuatnya:

  1. Bancuhkan adunan roti jala biar kecairannya dapat tembus keluar dari semua corong acuan roti jala. Jika masih tersekat2, bermakna kena ditambah lagi air masak hingga adunan keluar lancar dari kesemua corong.
  2. Panaskan ceper untuk menjala. Sapukan minyak di permukaan ceper dengan menggunakan daun pandan. 
  3. Cedukkan acuan roti jala ke dalam mangkuk yang berisi bancuhan roti jala. 
  4. Kiraikan roti jala bermula dari tengah dan teruskan pusaran hingga ke takat mana yang dikehendaki. 
  5. Biarkan masak seketika. Bila nampak tepi2 nya terangkat dan sedikit ikal, dah boleh di-angkat roti jala tersebut.  Tak perlu diterbalikkan. 
  6. Ulang buat yang seterusnya.

**nota: elok ada dua atau tiga ceper sekaligus untuk menjala atas gas stove berasingan. Cepat siap dan tidak lah perlu menunggu lama untuk habiskan menjala sekilo tepung itu.
**saya tukar guna minyak bukan santan dalam bancuhan agar Roti Jala tahan lama.. Sampai malam pun alhamdulillah tak basi.

Sekian wassalam. 

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...