Amalan Yang Wajib Dilaksanakan Oleh Orang Yang Beriman


Bismillahirrahmanirrahim.

Pengisian ilmu...

Surah at-Taubah ayat 112:
yang bermaksud:
[112] (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

Ustaz menghuraikan ada 8 amalan yang wajib dilaksanakan oleh manusia yang beriman. 
Hendaklah kita buktikan dengan berusaha melaksanakannya:

1) Orang yang beriman kepada Allah, mereka sentiasa bertaubat pada Allah. Kalau benar kita seorang beriman sebabnya kita sedar hakikat kita banyak melakukan dosa. Nabi SAW yang maksum beristighfar 70 @ 100 kali sehari, apa lagi kita manusia biasa ini. Padahal Nabi SAW merupakan semulia-mulia makhluk, dah pasti masuk syurga. Tapi Nabi tetap beristighfar 70 - 100 kali sehari. Nabi nak ajar kita supaya kita yang ada alpa ini, yang ada masa dan ketika melakukan dosa, kena lebih banyak lagi beristighfar.

Dari Aghar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali. (HR Muslim)

Ustaz merujuk dalam kitab penawar bagi Hati ada disebut bahawa, taubat kepada Allah itu merupakan sesuatu yang wajib. Kalau orang berdosa tangguh taubat, maka ia menambah satu lagi dosa iaitu menangguhkan taubat.

2) Orang beriman pada Allah Taala, mereka ini ahli ibadah atau abid.
Iaitu orang yang kuat melaksanakan ibadah kepada Allah Taala. Ibadah yang wajib semestinya dipelihara oleh orang beriman. Malah mereka menambahkan lagi dengan ibadah sunat. Nabi SAW banyak melakukan ibadah yang sunat. Nabi SAW bangun bermunajat kepada Allah di tengah malam hingga bengkak2 kaki baginda SAW. Padahal, Nabi SAW dah konfem masuk syurga. Bila ditanya oleh Aisyah ra. maka Nabi SAW menjawab,"Apa salahnya aku menjadi hamba Allah yang bersyukur." Subhanallah.

Ibadah yang wajib kena pelihara sungguh-sungguh. Dalam pada itu kita tambah yang sunat. Yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang sedikit tapi istiqamah.  Kita berterusan dan kekalkan ibadah sunat tersebut.
Dalam laksanakan ibadah, ada satu penyakit. Ia lawan kepada sifat istiqamah. Istiqamah, kita kekal buat. Sebaliknya bila tak istiqamah,
ia jadi ibadah yang tak bertahan lama. Apakah sebab? Ulamak kata, sebab kita ini tergopoh-gapah nak laksanakan banyak ibadah sunat. Akhirnya dek terlalu banyak, bila ia terhenti, dia akan terus terhenti. Ibarat orang yang berlari laju, bila jatuh tak boleh bangun lagi. Maka kekalkanlah yang sedikit tapi istiqamah. Jangan buat amalan yang banyak namun tak konsisten. Buat sekejap dah berhenti.

3) Orang yang beriman pada Allah, mereka sentiasa memuji Allah kerana
mereka ini hambaAllah yang bersyukur kepada Allah. Kerana kenikmatan
yang Allah kurnia merupakan nikmat yang tak pernah putus. Kata Allah,
kalau kita nak kira, memang tak dapat kira. Oleh itu sentiasalah kita bersyukur pada Allah, hendaklah sentiasa memuji Allah. 

Abdullah bin Mas'ud ra dilaporkan pernah berkata; Orang yang bertaqwa mestilah melaksanakan 3 perkara: iaitu: 
1) mesti ingat Allah 
2) mereka sentiasa taat pada Allah 
3) mereka sentiasa bersyukur pada Allah. Bersyukur bukan saja amalan orang beriman tapi juga merupakan sifat orang bertaqwa.

4) Orang yang beriman kepada Allah Taala, mereka mengembara untuk mendapatkan ilmu serta menyebarkan ilmu.

5) Orang beriman patuh dengan perintah Allah. Mereka langsung tak langgar perintah Allah.

6) Orang beriman, mereka sujud pada Allah, mereka tak mensyirikkan Allah. Apa saja bentuk kesyirikan, mereka tinggalkan.

Sentiasalah kita mohon perlindungan Allah dari dosa syirik dengan amalkan
membaca doa:
Ertinya:
Ya Allah, kami berlindung pada Allah dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun dari (menyekutukanMu) dengan sesuatu yang tidak kami ketahui

(ada dalam doa al-mathurat)

7) Orang beriman kepada Allah, mereka laksanakan amal makruf dan nahi
mungkar. 

Ustaz menceritakan antara sebab kejayaan sahabat Nabi SAW, mereka laksanakan janji setia dengan Nabi SAW iaitu ada 5 perkara yang dilaksanakan oleh sahabat ra yang menyebabkan Islam menang:

  • dengar dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya samada ketika rajin mahupun ketika malas.
  • infakkan harta untuk Islam samada ketika susah atau senang.
  • laksana amal makruf dan nahi mungkar
  • istiqamah berjuang untuk agama Allah walaupun dicela
  • "hendaklah membantu Aku", dan pertahankan aku sepertimana kamu mempertahankan diri kamu, anak dan isteri kamu..", kata Nabi SAW.

"Jika buat 5 perkara ini, InsyaAllah syurgalah kamu." Inilah janji Nabi SAW bersama para sahabat ra ketika di Madinah.

Kata ustaz lagi mengikut satu riwayat, disebut ada 4 akibat jika tinggalkan amal makruf dan nahi mungkar:
a) doa kita tak dikabulkan Allah
b) kita mohon ampun, Allah tak terima
c) akan dilaknat oleh Allah sebagaimana Allah laknat pendita-pendita
d) bala Allah akan diturunkan contoh: kehinaan, penindasan dsb

8) Orang yang beriman pada Allah Taala, mereka memelihara akan hukum2 Allah. Mereka berusaha menegakkan hukum Islam. Bukan hanya laksanakan ibadah tertentu semata-mata, tahu sekadar berzikir semata-mata, bukan hanya nak tegakkan ekonomi dalam negara semata-mata.


Wallahu a'lam.

Doa untuk mereka yang berbuat kebaikan kepadamu

Bismillahirrahmanirrahim

Doa untuk mereka yang berbuat kebaikan kepadamu
 - جَزَاكَ اللَّهُ خَيْراً
Jazaakallaahu khayran.
Semoga Allah memberi balasan yang baik untukmu.
Ref:At-Tirmizi (Hadith no. 2035).
~~~~~~~~~~~~

Dari Usamah bin Zaid ra, katanya: "Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang diberi sesuatu kebaikan - seperti pemberian dan Iain-Iain - oleh orang lain, lalu ia mengucapkan kepada orang yang melakukannya itu: "Jazakallahu khairan - Semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepadamu, maka benar-benar ia telah mempersangatkan pujiannya itu"

Diriwayatkan oleh imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadits hasan shahih.

Wallahu a'lam.
Alhamdulillah dapat cenderahati dari Turki..
Jazakallahu khairan menantuku Naim



Hadiah Tanda Ingatan Persahabatan

Salam Maal Hijrah. Bersama kita melangkah ke tahun baru 1436H dengan seribu semangat.. moga meningkat TAQWA... InsyaAllah

Alhamdulillah semalam dapat kiriman hadiah dari seorang sahabat yang dah lama tak jumpa. Van Pos Laju agak lama la sikit berhenti depan rumah dek terpaksa menunggu saya capai tudung bagai. Maaf eh dik lambat sikit, cepat2 mintak maaf kat pemuda van Pos Laju tu.

Alhamdulillah hepi sangat rasa sebab kawan saya tu rupa2nya kasi hadiah beg manik yang sangat cantik. Sebenarnya memang dah lama berhajat untuk cari beg yang saiz macam tu, yang boleh muat banyak banyak benda termasuk lah handfon. Jadi semalam sangat teruja bila Allah datangkan rezeki di hari Jumaat.. Alhamdulillah.

Terima kasih sahabatku KUJA...  semoga Allah membalas budimu dengan kebaikan...aamin. Semoga persahabatan antara kita berpanjangan dalam redha Allah...aamiin..


Bersihkan Gelas Sebelum Tuang Minuman

Bismillahirrahmanirrahim.
...sedutan pengisian ilmu..

Jika sering sebut nama orang-orang soleh, InsyaAllah turun rahmat Allah. Apatah lagi jika yang sering kita sebut itu ialah nama junjungan Nabi kita Nabi Muhammad SAW. Ulamak kata, untuk kita sampai kepada Nabi SAW, antaranya dengan jalan dakwah. Mengajar(taklim) adalah dakwah yang paling bermanafaat.

Apa-apa yang berkaitan dengan ilmu, ia adalah mulia. Orang alim itu
sangat mulia di sisi Allah. Orang yang menuntut ilmu, dari ilmu itu
mulia maka orang itu menjadi mulia. Martabat penuntut ilmu sangat mulia maka jagalah martabat itu. Malaikat melebarkan sayapnya bagi penuntut ilmu. Sesiapa yang mudahkan jalan menuntut ilmu, Allah mudahkan jalan baginya menuju Syurga.  Oleh itu, taklim adalah pekerjaan yang sangat mulia di sisi Allah Taala.

Ilmu yang benar adalah ilmu yang bermanafaat dengan jalan mengajar dan belajar. Sesungguhnya ilmu didapati dengan jalan belajar. Tidak
diambil ilmu itu melainkan dari alim ulamak. Maka apa saja yang
berkaitan dengan ilmu, menjadi mulia. Majlis ilmu itu adalah mulia. Ia sama dengan kebun-kebun syurga. Majlis zikir, majlis ilmu sama tarafnya dengan kebun-kebun syurga. Ilmu yang tahqik akan membawa manusia ke jalan yang benar.

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: apabila kamu melintasi taman-taman syurga maka nikmatilah
keindahannya. Para sahabat bertanya apakah taman-taman syurga itu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Majlis-majlis zikrullah. (HR Tirmizi)

Dari Abdullah bin Amr r.a berkata: Aku bertanya; Wahai Rasulullah!
Apakah ganjaran majlis zikrullah. Baginda SAW menjawab: Ganjaran bagi majlis zikrullah adalah syurga, adalah syurga. (HR Musnad Ahmad,
Tabrani, Majma Uz Zawaid)

Maka beruntunglah orang yang belajar, orang yang mengajar dan orang yang duduk dalam majlis ilmu. Majlis cinta rasul umpamanya ialah majlis yang membawa kepada sesuatu yang cukup berharga bila yang di-ingati itu, insan yang cukup mulia. Hendaklah kita sentiasa memperbanyakkan menyebut sifat-sifat Nabi SAW agar dapat membersihkan hati.
Tempat yang hendak dirawat ialah hati. Beri kemantapan pada hati kita lebih-lebih lagi sekarang hati manusia banyak yang goyang, yang dikhuatiri akan bersarang penyakit hati.

Riwayat menceritakan tentang seorang yang tak ada hasad dalam hatinya telah bertanya, "Ayah, ada ke orang yang hasad dalam dunia ini? Subhanallah, betapa bersih hatinya sehingga dia percaya semua orang berhati bersih..
Sebaliknya bagi orang yang ada penyakit dalam hatinya, dia mahu orang lain pun ada penyakit macam dia. Pertanyaannya akan jadi berlawanan.."Ada ke orang yang tiada hasad dalam dunia ini?"

Maka, tanya diri kita, sejauh mana hati kita bersih?
Bersihkan dulu jiwa, baru dimasukkan ilmu yang didalamnya hikmah. Begitulah orang yang belajar. Orang yang mendapat ilmu tanpa hormat gurunya; contoh, maka dikhuatiri ilmu yang didapati tidak bersih serta tiada barokah. Ibarat nak tuang air ke dalam bekas minuman, kena pastikan dulu bekas itu bersih agar air yang dituang ke dalamnya tidak menjadi kotor dek bekasnya yang berselut. Bekas atau gelas tersebut sama seperti hati kena bersih terlebih dahulu.

Jelas, perkara utama yang perlu di-beri perhatian ialah penyucian
jiwa. Zikir kepada Allah itu adalah penyucian jiwa. Zikir tak
terbatas. Dengan sering berzikir kepada Allah, akan berikan keimanan yang meningkat, ketenangan terhadap iman, kebersihan pada jiwa.. Aamiin..

Wallahu a'lam.

Resepi Muffin Pisang Yang Sedap


Alhamdulillah, kalau hari tu ada kongsi resepi muffin pisang(di SINI), hari ni nak tunjuk muffin yang buat tadi guna resepi biasa yang saya selalu buat sebelum2 ini. Semak2 resepi lebih kurang je sebenarnya. Beza sikit je tapi alhamdulillah dapat hasil yang berbeza. Muffin yang buat hasil resepi google hari tu pun boleh tahan cumanya en suami lebih sukakan muffin yang buat hari ini. Alhamdulillah sangat sedap. Dalam usaha nak menghabiskan Pisang Awak yang setandan tu, makanya agak tak boleh berhenti la buat2 kueh pakai pisang tu.

RESEPI MUFFIN PISANG YANG SEDAP

7 biji pisang Awak
1/2 cawan gula caster@ kalu nak guna gula perang 3/4 cawan
1 biji telor saiz A
1/3 minyak jagung
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan tepong gandum

Cara membuatnya:
Panaskan oven beserta loyang muffin 180°C. Lecekkan pisang lalu dicamporkan dengan kesemua bahan. Putar selama beberapa minit. Susun cup kertas dalam loyang muffin, cedukkan adunan sehingga 3/4 penuh cup kertas. Bakarlah selama 15 - 20 minit. Alhamdulillah dah siap pun muffin.. :)

**Kalau ada kacang walnut atau kacang badam boleh la hias atas muffin sebelum mula membakar.
**Kalau pisang emas, saya guna sesikat.
**Tak payah taruk vanilla sebab bau pisang dah cukup wangi.

Wassalam.



Doa Ketika Hujan dan Resepi Muffin Pisang



Alhamdulillah...pagi2 lagi hujan. Nak selit doa ketika hujan. Jangan biarkan hujan berlalu tanpa kita hiasi nikmat Allah itu dengan doa.

-------------------------
Doa ketika hujan turun
 - اللّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً
Allaahumma sayyiban naafi'an
Ya Allah, cucurilah kami dengan hujan manfaat.
(Ref:Al-Bukhari)
-----------------------
Sebelum en suami melangkah ke tempat kerja, hidangkan muffin pisang yang buat petang semalam. Boleh tahan sedap muffin tu. Kali ini buat muffin yang betul2 muffin, bukan cupcake pisang. Jadi kejadiannya padat dan agak kenyal2 gitu, tu yang sangat sesuai untuk buat breakfast nih. Boleh kenyang lepas makan 2 bijik InshaaAllah... :)

Buat muffin kali ni pakai Pisang Awak(pisang Kelat Lega)

RESEPI MUFFIN PISANG

7 biji pisang Awak
1/2 cawan gula caster@ kalu nak guna gula perang 3/4 cawan
1 biji telor saiz A
1/3 butter/margerin yang dicairkan
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1 1/2 cawan tepong gandum

Cara membuatnya:
Panaskan oven beserta loyang muffin 180°C. Lecekkan pisang lalu dicamporkan dengan kesemua bahan. Putar selama beberapa minit. Susun cup kertas dalam loyang muffin, cedukkan adunan sehingga 3/4 penuh cup kertas. Bakarlah selama 15 - 20 minit. Alhamdulillah dah siap pun muffin.

**Kalau ada kacang walnut atau kacang badam boleh la hias atas muffin sebelum mula membakar.

Wassalam.

Mencari Guru Yang Mursyid

Bismillahirrahmanirrahim

Firman Allah dalam Surah al-Zukhruf ayat 67:
yang bermaksud:
[67]Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). 

Teman-teman atau persaudaraan yang dibina atas dunia akan menjadi musuh antara satu sama lain kecuali orang yang membina ukhwah atas dasar cinta pada Allah Taala. Orang yang membina persahabatan atas dasar hawa nafsu hatta suami dan isteri atau anak dan ayah sekalipun boleh terjadi anak bermusuh pada ayahnya disebabkan kecuaian ayahnya dalam mendidik semasa di dunia. Walaupun di dunia mereka duduk bersama tetapi selagi mana perhubungan atau persahabatan itu dibina bukan atas dasar Allah Taala, maka akan bergaduhlah nanti di Padang Masyhar.  

Bila topik yang menghimpunkan manusia di dunia adalah hawa nafsu, maka bila habisnya usia dunia, maka mereka akan bertelingkah antara satu dengan lain kecuali atas dasar cinta kerana Allah. Maka diharapkan moga-moga cinta kita biarlah akan sampai hingga ke syurga. Jadi ianya tidaklah binasa.  

Maka kata ustaz, orang yang keluar dari rumahnya untuk mencari guru yang mursyid, walaupun tak kenal akan guru itu, tapi rasa serasi dengannya di mana tujuan belajar dan mengajar bukan nak pada kedudukan dan pangkat sebaliknya hendakkan hati kita di-didik oleh guru yang mursyid itu.  Kita mendampingi para guru yang mursyid yang bersedia mentarbiah dan mendidik diri kita agar dapat mengenal Allah.

Dalam Surah al-Fatihah kita sebut dan minta agar di-dudukkan bersama orang-orang yang soleh.  Di ingatkan agar semasa kita bangun mendirikan solat, saat kita menutup doa Iftitah, jangan sampai hati kita masih memikirkan perkara lain.  Ketika solat, pelbagai topik akan datang selepas kita angkat takbirratul ihram. Yang pentingnya kita menolak segala topik yang datang dan teruskan solat. Jangan layan semua topik yang datang. Jangan ada perbincangan topik dalam solat. Contoh topik yang datang ketika sedang solat: "Lepas solat ni nak singgah beli susu anak.. kedai bukak lagi ke tidak ni..Abis lah kalau kedai tutup, isteri tadi kata susu tinggal sikit saja lagi.." dan sebagainya.

Di saat kita berdiri itu, kita meminta pada Allah dalam Surah al-Fatihah... Ihdinanassirotol mustaqim... Tunjukkan kami jalan yang lurus.  Siro tol ladzi na an am ta alaihim.. Jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat ke atas mereka... Dikatakan 4 golongan  orang-orang yang diberi nikmat itu iaitu para Nabi, para siddiqin, golongan syuhadah dan orang-orang yang soleh. Jalan solehin inilah yang boleh membawa kita ke jalan yang benar. 

Dampingi orang-orang yang wusul baru akan dapat wusul dengan Allah Taala. Siapa orang yang soleh kalau bukan para murabbi? Mereka orang yang mewarisi ilmu dari para Nabi dan para tabi'in. Dituntut untuk kita mencari guru yang murabbi, yang boleh kita duduk dengan beliau, mengambil ilmu dari beliau serta  mengambil akhlak beliau. Dikatakan bahawa belum sempurna iman kalau tidak bersama dengan orang-orang yang soleh ini. 

Kalau kita nak jadi soleh, sahabat kita itu mestilah soleh. Contoh: Kenapa orang boleh duduk sekali? Sebabnya kerana ada titik pertemuan. Ada perkara yang menghimpun mereka contoh di dalam urusan perniagaan dsb. Kita boleh duduk sekali sebab dalam hati ada perkara yang sama.  Begitulah kita dengan guru yang murabbi, sebab niat dia dan kita, untuk menuju kepada perkara yang sama.  Matlamat dia dan kita adalah untuk wusul kepada Allah Taala. Seorang guru yang mursyid itu ada yang ke sana ke mari tanpa penat.  Dia ada kekuatan untuk memikul satu amanah. Dikatakan upaya seorang murid untuk wusul kepada Allah ialah melalui tuntunan dan bimbingan seorang guru yang mursyid. 

Firman Allah dalam Surah al-Furqan ayat 59
[59]Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.

Kata ustaz...
Kalau tak kenal Allah, maka tanya lah pada orang-orang yang kenal Allah. Orang-orang yang kenal Allah, dia akan didik kita hinggalah kita dapat sampai pada Allah Taala. Contoh dalam perkara: Kita minta dengan Allah banyak benda, tapi adakah apa yang kita minta itu semua Allah bagi pada kita? Yang Allah tak bagi pada kita itu sebenarnya, itulah yang Allah beri pada kita. Kena faham hakikat dan redho bahawa semua yang berlaku ada hikmah.  Allah tentukan apa yang terbaik untuk kita.  Yang tidak diberi itu adalah terbaik untuk kita. Ia mengandungi hikmah.

Perlu kita hadir ke majlis ilmu supaya dapat menguatkan semangat kita untuk menuju kepada Allah Taala. Dampingi orang-orang soleh yang dapat membantu kita sampai pada Allah Taala. Perbanyakkan zikir dalam mensucikan hati, sekurang-kurangnya zikir 100 kali pagi 100 kali petang (1)Astaghfirullah hal azim, (2)La ila ha illallah (3)Subhanallahiwabihamdih (4)berselawat ke atas Nabi SAW.


Wallahu a'lam.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...