Doa Bangun Tidur

Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah terkesan dgn analogi yg ustad gambarkan dalam satu kuliah zohor...

Bayangkan di saat kita merentas satu jalan yang sunyi tiba2 tayar keta pancit..tiba2 datang la hambaAllah beri bantuan tolong tukar tayar hingga kita dapat teruskan perjalanan..begitu besar terimakaseh kita kat hambaAllah tu hingga kita berulangkali ucap terimakaseh..terus kita ajak belanja makan. Bayangkan di saat kita hampir lemas (nauzubillah) suatu ketika dulu, tiba2 ada hambaAllah balingkan pelampung kat kita hingga kita dapat meneruskan kehidupan hingga hari ini. Begitu berterimakaseh nya kita tidak terhingga buat hambaAllah tersebut yang kita rasa dari asbab balingan pelampungnya alhamdulillah telah menyelamatkan kita. Walhal hakikatnya Allah lah yang menyelamatkan kita, Allah lah yang memberi peluang untuk kita masih hidup. Jadi kenapa tidak timbul perasaan terimakaseh yang tidak terhingga buat Dia yakni Allah Taala yang masih memberi peluang untuk kita membuka mata di pagi hari selepas tidur (di matikan) di malam hari.... kenapa susah benar untuk kita ucap...

Alhamdulillahil ladzi ahyana bakdama amatana wa ilai hin nusyur...

..tanda terimakaseh kita pada Allah..tanda kita bersyukur pada Allah...

Sedekah di hari Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.
Salam di hari Jumaat, penghulu segala hari.

Jom kita perbanyakkan sedekah hari ini.

Teringat kata2 ustad dalam satu majlis ilmu:

🐞Rajin2 kita bersedekah.
🐞Bantu orang yang perlukan bantuan.. bersyukurlah kerana Allah hantar orang itu kepada kita bukan pada orang lain untuk diberi pertolongan. Allah bagi jalan untuk kita mencari pahala.
🐞Bila memberi, tak payah harap balasan. Jangan terbuku hati bila orang tak ucap terimakasih.

Kata ustad...
Dek tak nampak ganjaran nikmat Syurga yang Allah nyatakan, makanya amalan kita hanya biasa-biasa je, takde bersungguh sangat. Berbuat sekadarnya sahaja.. sebab kita tak kenal dan tak nampak Syurga Allah yang menanti.

Ustad ingatkan lagi...
Dek tak nampak balasan azab seksa api neraka, kita terus-terusan berbuat derhaka. Tak rasa takut maupun gerun bila Allah nyatakan tentang berbagai siksaan yang menunggu bagi orang yang membuat dosa. Kita tak rasa takut sebab tak nampak 'the real' Neraka depan kita....😢

Wallahu a'lam.

Jom Buat Donut

Alhamdulillah petang ni dalam penat2 pun rajinkan jugak diri buat donut. Tak boleh jadi nih, rasa diri agak tercabar la sikit bila time singgah rumah kak yam, dengar citer kak yam buat donut lagi. Rajin sungguh kak yam ni. Yang jadi herannya, asal singgah rumah kak yam je, mesti timbul citer donut. Yang terbaru, hari tu bila nampak tepung dalam plastik yang kak yam baru balik shopping, saya pon tegur la.."nak wat kue apa tu tepong tu kak yam..?"...alah wat donat laa..."

Ohhh...

Maka, tadi masa singgah pasaraya, hah apalagi terus teringat nak beli yis mauripan. Jadi alhamdulillah dah siap makan donat dah petang ni..alhamdulillah..hendak seribu daya..hehe

Sebenarnya senang sangat nak buat donut ni..antara rajin ngan malas je(saya la)...hihi

RESEPI DONUT TELAJAK SEDAP
3cawan tepong gandum
1cawan air suam
3sudu besar gula
3sudu besar susu pekat manis
2sudu besar margerin planta
1sudu kecil garam
1biji telor
1paket yis segera

Cara:
Campurkan gula dan susu pekat dalam air suam. Lepas tu masukkan yis, biarkan sampai berbuih. Sementara tu cairkan margerin dalam mikrowave selama beberapa saat. Kacau2 telor lebihkurang pastu campo semua margerin, telor dan larutan yis ke dalam mangkuk tepong. Hah kacau rata dengan senduk kayu. Boleh mula uli dengan tangan tapi standby la tepong lagi setengah cawan sebab doh agak lembik gitu..haha..

Bila dah selesai uli lebihkurang, biarkan doh dalam setengah jam. Alhamdulillah lepas dia naik duakali ganda boleh la kita bentukkan jadi donut. Cara saya takde terap2. Tarik doh sebesar bola golf, leper2kan dan buat lubang di tengah. Letak atas dulang yang kita dah siap2 tabur tepong. Selesaikan sampai habis. Saya tadi dapat 16biji donut kesemuanya. Ni bukan donat yang kiut2 tau, ni yang pesen giant punya..haha

Jom kita pakat buat donut. Saya salut dengan gula perang, jadi kaler donut berketerampilan perang keemasan gitu...nampak agak menarik, lain dari wajah donut yang biasa kita lihat. Telajak la sedap, gebu dan lembut donat tadi tu.. Alhamdulillah.

Kata Imam Ghazali rm tentang Enam Perkara

Bismillahirrahmanirrahim.

Imam Ghazali menyebut tentang 6 perkara:
1) Yang paling dekat.
Yang paling dekat dengan kita bukan tuan guru, bukan ibu kita, bukan ayah kita, bukan kawan-kawan kita tapi sesuatu yang paling dekat dengan kita sebenarnya ialah mati.

Maka ingatlah kita akan mati... Ingat Mati

2) Yang paling jauh.
Yang paling jauh bukan lah matahari, planet marikh dan sebagainya namun yang paling jauh sebenarnya ialah benda yang telah berlaku. Perkara yang dah berlalu tak boleh nak return balik.

3) Yang paling besar
Yang paling besar bukanlah bumi, bukan lah langit namun kata Imam Ghazali rm, yang paling besar itu ialah nafsu.

Maka mesti kawal nafsu.

4) Yang paling berat
Yang paling berat, mungkin kita akan fikir besi lah paling berat atau batu lah yang berat. Namun kata Imam Ghazali rm, yang paling berat itu ialah menanggung amal. Maksudnya nak pegang keberlansungan amalan soleh itu yang berat.

5) Yang paling ringan
Terbayang benda yang paling ringan tentulah kapas atau debu namun jawapan Imam Ghazali rm; benda yang paling ringan itu ialah orang yang mengambil mudah bab solat. Maksudnya memandang ringan soal solat contoh pikir: "tak apalah nanti lapang2 besok, nak solat lah.. "

6) Yang paling tajam
Kalau difikir2, yang paling tajam tu tentulah jarum tak pun pisau namun kata Imam Ghazali rm; benda yang paling tajam itu ialah lidah. Sesungguhnya tajamnya lidah/kata-kata/percakapan itu boleh memutuskan silaturrahim.
Maka beringat2 lah kita semua dalam berkata2.

Wallahu a'lam.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...