Moga Beroleh Kasih Allah

Bismillahirrahmanirrahim.

Kasih Allah pada seseorang hamba tak sama dengan kasih kita pada manusia. Kita bila kasih pada seseorang sanggup lakukan pengorbanan. Kita dengan pasangan hidup kita merupakan dua individu berbeza. Bukan kenal pun sebelum ni, tapi alhamdulillah boleh berhimpun duduk bersama. Segala halangan yang ada, semua tak di-endahkan lagi. Kerana apa? Semuanya kerana cinta. Ini hebatnya cinta. 

Namun cinta Allah pada hamba tak sama dengan cinta kita sesama makhluk. Allah memilih untuk memberi ruang pada manusia, beri ikhtiar pada manusia untuk memilih jalan hidupnya sendiri. Itu sebab kadangkala manusia boleh tunduk patuh dirikan solat namum sayangnya tiada taat, tiada rasa takut.

Allah kasihkan manusia dengan cara mentaufiqkan manusia itu. Manusia yang dikasihi Allah ialah manusia yang diberi taufiq oleh Allah. Dia manusia yang hampir dengan Allah. Manusia yang bukan semakin di-uji semakin jauh dari Allah. Sebaliknya semakin di-uji semakin dekat dia dengan Allah. Allah akan membawa seseorang itu hampir pada Nya, melakukan ketaatan pada Nya lalu Allah akan memelihara manusia itu di dalam pemeliharaan Nya. Bila Allah kasih pada seseorang hambaNya itu maka Allah Taala akan terus pimpin manusia itu berada dalam ketaatan. Allah Taala membawa manusia itu menuju kepadaNya.

Persoalannya, kata ustaz... Siapa kita hingga kita ini layak untuk mendapat kasih sayang Allah? Kita ini manusia yang kerdil, yang lemah dan hina, yang banyak maksiat, banyak dosa. Adakah kita ini layak mendapat kasih dan sayang Allah? Sedangkan Nabi SAW yang maksum, bangun beribadah pada Allah di malam hari sehingga bengkak2 kaki baginda SAW.  Namun bila ditanya oleh isteri baginda SAW, Aisyah ra, Nabi SAW menjawab..."salahkah aku menjadi manusia yang bersyukur pada Allah..." Itu Nabi SAW.

Sebaliknya kita, ibadah tak bertambah-tambah, dari dulu sampai sekarang hanya tau solat fardhu saja, tak teringat pun nak buat yang sunat. Ada yang solat berjemaah, itupun hanya ketika hari tak kerja, ataupun pada waktu yang tak sibuk dengan kerja. Ramai yang rambut dah beruban dah pun, tapi masih lagi disibukkan dengan urusan kerja dunia. Solat rawatib kita kadang ada kadang tak ada, kadang rajin kadang tak. Baca quran, kita tak konsisten. Ada tu yang baca, tapi tak pernah khatam-khatam. Jadi renung-renungkanlah, apa yang boleh melayakkan kita?

Oleh itu, kata ustaz, kita kena ikhtiar bersungguh-sungguh untuk menjadikan diri kita ini sebagai orang yang layak. Kita tak mungkin dapat sampai ke tahap orang yang dikasih Allah,  jika ibadah kita tak banyak mana, jika ibadah kita agak tak seberapa.. hanya cukup-cukup makan saja.  Perlu segera bermuhasabah diri, apa yang hendak kita persembahkan nanti kepada Allah Taala. 

Kata ustaz.... Jalan yang boleh membawa kita kepada kasih Allah Taala ialah dengan menumpang jalan orang-orang yang soleh.  Kita selalu ucap dalam solat.."Ihdinasiro tol mustaqim, sirotol ladzi na an am ta'alaihim..."tunjukkan lah kami jalan yang lurus...jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat..."

Orang-orang yang Allah beri nikmat ialah orang-orang soleh. Orang-orang soleh ialah para ambiya, para saddiqin, para syuhadah dan para solihin. Manusia inilah yang kita kena ikut. Dengar nasihat mereka. Ikut jalan mereka. Jalan mereka boleh membawa kita kepada kasih Allah Taala. Maka jangan bertangguh lagi. Berusahalah kita menambah ketaatan pada Allah dengan mengikut jalan orang-orang yang soleh sehingga kita mampu menjadi hamba yang lebih baik lagi...InsyaAllah. 

Moga beroleh kasih Allah...amiinn...

Empat Adab Mencapai Khusyuk Dalam Solat



Bismillahirrahmanirrahim.

Mudah-mudahan setiap dari kita bersih hati, moga timbul keikhlasan dalam beribadah. Kita sekarang sudah berada di bulan Rejab, tinggal lagi beberapa hari nak masuk bulan Sya'ban dan seterusnya menanti kehadiran Ramadhan.. Sentiasa kita berdoa pada Allah...


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

Yang bermaksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. (HR Baihaqi)


Kata ustaz dalam Kuliah Maghrib:

Disebut, hari yang paling besar bagi kita umat Muhammad SAW ialah hari di mana berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj. Berkata ulamak sufi: "Hakikat diperlakukan ke atas Nabi SAW peristiwa Israk dan Mikraj bukan sebab nak diberi solat 5 waktu, tetapi sebab nak diberi kepada Nabi SAW, kesempurnaan sembahyang."

Menyentuh perihal martabat khusyuk, ulamak menggariskan 20 kaedah untuk nak sampai pada hakikat khusyuk dalam solat. Namun dengan merujuk hikmah dari peristiwa Israk Mikraj, ustaz nak sebut 4 sahaja kaedah/adabnya iaitu:

1)Bersihkan hati.
Sebagaimana Nabi SAW sebelum di bawa untuk perjalanan Israk dan Mikraj, Nabi SAW dibersihkan hati  terlebih dulu melalui peristiwa bedah hati oleh Malaikat Jibril. Begitulah juga dengan kehidupan kita, mesti dibersihkan terlebih dulu hati sebelum nak jumpa Allah. Caranya melalui membiasakan lidah kita memperbanyakkan zikrullah. Perbanyakkan istighfar dan hidupkan zikir La ila ha illallah. Sebutkan secara zahir dan batin, bukan sekadar lafaz di mulut sahaja.

2)Memperbanyakkan berdiam diri.
Sebagaimana keadaannya Rasulullah SAW ketika dah duduk di atas Buroq iaitu kenderaan yang membawa Nabi SAW ketika Israk dan Mikraj. Maka begitulah juga dengan kehidupan kita, di mana hendaklah kita memperbanyakkan berdiam diri bermula dari sekarang. Bermula dari sekarang, perbanyakkan menjaga lidah, menjaga bicara. Banyak aspek kebaikan yang boleh kita dapat dengan kita menjaga lidah. "Ingat tuan-tuan... jagalah adab, jagalah lidah. Hati dan jari yang menulis termasuk dalam kategori lidah kerana yang berbicara di forum-forum, di facebook, di blog dan sebagainya adalah lidah. Jangan pandai-pandai kita keluarkan hukum. Jangan cepat katakan hukum kalau kita tak tahu.  Orang yang berkata sedangkan dia tak tahu, akan terserlah kejahilannya. Maka perbanyakkan berdiam diri.  Tinggalkan perkara yang merepek dan yang mengarut. Orang yang banyak berkata, akan banyak dosa. BIla banyak dosa, akan mengheret kita ke neraka...nauzubillah.

3)Banyakkan buat solat sunat.
Sebagaimana Nabi SAW, bilamana sampai di tempat yang besar dalam perjalanan Israk Mikraj,  akan berhenti lalu dirikan solat sunat. Begitulah juga kita, perlu memperbanyakkan buat solat sunat. Jangan dah rasa banyak dah buat. Jangan dah rasa cukup dengan apa yang dah kita buat.  Solat-solat sunat dapat mendekatkan diri kita pada Allah Taala. Bila dekat dengan Allah kita akan redha menerima apa jua ketentuan Allah. Kata ustad, doa yang sering kita ulang baca dari Surah al-Baqarah ayat 286 iaitu" ...La yukal lifullah hu nafsan illa wus 'aha....' kalau kita faham maksudnya, pasti kita tak akan merungut bilamana contoh ada krisis air atau ditimpa keadaan panas berpanjangan dsb. Jangan kirannya kita dah 40tahun tau baca ayat tu, tapi tak faham maknanya.  Mari kita perbanyakkan buat solat sunat. Yang sunat akan mengangkat martabat seorang hamba InsyaAllah. Sering2lah lakukan solat sunat Awwabin yang dikhususkan waktu mendirikannya selepas solat Maghrib. Waktunya terkhusus iaitu antara selepas Maghrib sehingga sebelum masuk waktu Isyak. Mari kita rebut peluang ini.

4)Duduk di maqam Ehsan.
Sebagaimana Nabi SAW sebelum diberi perintah sembahyang 5 waktu, Nabi SAW bila sampai di Sidratul Muntaha, diperlihatkan Allah Taala pada Nabi SAW. Begitulah juga pada kehidupan kita, untuk nak sampai pada kesempurnaan sembahyang wajiblah untuk kita merasa seolah-olah nampak Allah. Jangan kiranya kita rukun Islam lepas, rukun Iman lepas, namun rukun Ehsan tercicir. Kita tak dapat capai khusyuk mungkin sebab tak sampai maqam ehsan, walaupun dah ada Iman dan Islam. Kalau kita hidupkan maqam ehsan dalam solat, InsyaAllah di luar solat pun kita akan dapat maqam ehsan. Bila tengok laut, tengok bukit, tengok semua yang ada di sekeliling kita, akan nampak Allah. Akan dapat merasai kebesaran Allah..Allah hu Akbar.

Maka mari kita didik diri kita agar seolah-olah melihat Allah. Bila dah duduk di maqam ehsan, dah nampak Allah, maka dah tak akan berasa kita dah, dah tak nampak upaya kita, semuanya Allah. Bila tak nampak kita, itu lah khusyuk.

Dan perlu sedar dan ingat bahawa Allah sentiasa memerhatikan kita.. Allah sedang melihat kita. Jadi, awas terhadap setiap amalan dan tindak tanduk kita kerana semuanya tak lepas dari pengawasan Allah. Maka, usahalah agar kita dapat duduk di maqam ehsan. 

Hati kita jangan dibiarkan kosong kerana jika kosong dikhuatiri akan masuk benda lain. Maka hati mesti sentiasa di-isi dengan zikrullah. Ingat Allah walau di mana kita berada.

Wallahu 'alam.

Tasbih Kaffarah - Doa Pembersih Majlis

Setiapkali selesai majlis ilmu kami tak lupa diperingatkan untuk sama-sama membaca Tasbih Kafarah serta Surah al-Asr.

Doa Kaffarah (pembersih) majlis -
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلَاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika, 'ash-hadu 'an laa 'ilaaha 'illaa 'Anta, 'astaghfiruka wa 'atoobu 'ilayka.

Maha suci Engkau Ya Allah, dengan memujiMu, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan dan aku bertaubat kepadaMu.
(Setiap kali Rasulullah SAW duduk di suatu tempat, apabila selesai membaca Al-Quran dan selesai melakukan solat, Baginda mengakhirinya dengan membaca kalimah (Doa') ini.)
Ref:Abu Dawud, Ibn Majah, At-Tirmizi and An-Nasa'i, Ahmad 6/77


Sesudah itu kita sambung dengan bacaan Surah al-Asr.



**update info:
Alhamdulillah, mendapat pencerahan dari seorang ustaz dalam group telegram yang ahli2 group terdiri dari ramai ilmuwan; Ungkapan Tasbih Kifarah yang sering di-ulang sebut oleh mc atau pengerusi majlis di akhir majlis2 ilmu ialah sepatutnya Tasbih Kaffarah. Kifarah memberi maksud denda, kata ustaz. Syukran ustaz.
Terimakasih buat pembaca blog cik azrina yang menggerakkan saya untuk bertanya pada ustaz.
جَزَاكَ اللَّهُ خَيْراً~

Wallahu'alam.


Mihun Sup dan Begedil Ayam

Minggu ni agak kurang sihat. Bermula dengan sakit tekak lepas tu batuk seterusnya membawa pada demam berlanjutan. Biasa kalau demam, alhamdulillah dalam dua hari dah ok balik. Tapi demam kali ini..sampai habis satu papan antibiotik, dengan izin Allah baru hilang rasa seram sejuk yang melanda on and off berhari-hari tu... alhamdulillah.

Jadi bila dah tak sihat tu, makan pun rasa lain macam je lah.. Betul, semua rasa tawar dan masin je..lain-lain rasa tak dapat dikesan...huuu

Bila anaknda balik rumah bila cuti sem bermula, alhamdulillah tercetus idea nak masak mihun sup. So sama2 lah kami kat dapur tadi..saya buat mihun sup, anaknda buat Bergedil Ayam. Alhamdulillah sangat sedap, kena dengan tekak time2 tak sehat nih...:-)

Alhamdulillah..thank you Allah

RESEPI  DAN CARA MEMBUAT BERGEDIL AYAM
Isi ayam 1/2kg *direbus*
kentang 7 - 8 biji (saiz besar) *dikupas kulit, dihiris ala2 wedges kfc kemudiannya digoreng
*lada benar *lada hitam/lada sulah* ditumbuk
bawang merah 1 labu besar
bawang puteh seulas
halia 1 inci
garam secukup rasa
2 biji telor

Cara nak buat bergedil:
Isi ayam yang direbus dimesin dalam pengisar kering/ditumbuk
Bawang merah, bawang puteh dan halia dimesin kering, kemudiannya mesinkan pula kentang yang siap digoreng tadi.Tambahkan garam dan lada benar.Gaulkan dengan isi ayam yang siap dimesin sebelum tu.Bila semua bahan dah sebati, kepal2kan bulat/leper mengikut citarasa sendiri.Celup dalam bancuhan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dalam minyak penuh *terendam*

🌸🌸🌸🌸🌸

Anak kucing nama LuLu

Alhamdulillah pagi ni bukak2 pintu dapur, terdengar suara en suami bercakap-cakap ,..'waaa..bawak anak hari ni ya...'

Saya terus ikut pegi jengok,... Waaaa.. Bobo datang dengan anak dia pagi ni..' ya Allah selama hari ni saya duk tertanya2 mana la perginya anak-anak Bobo yang beranak di dalam pasu rumah kami hari tu. Lama juga la saya duk tolong tengok2kan Bobo dan anak2nya..rasa macam sibuk benar time tu jaga kucing dalam pantang..ha ha

Dek tak cukup zat barangkali, tak lama lepas tu, innalillah salah seekor dari 4 anaknya mati. Yang tiga lagi nampak lemah juga tapi saya berdoa agar panjang usia mereka. Bobo tiga empat kali memindahkan anak2nya dalam tempoh sebulan lebih tu. Pernah di-angkut anak2nya duduk dalam parit di hujung laman.

Saya tetap sediakan makan minum Bobo yang memang nampak sangat lemah lepas beranak.

Namun selepas sebulan lebih dalam pantauan saya..tiba-tiba Bobo dan anak-anaknya hilang terus dari rumah kami. Tak tau apa cerita. Pindah ke mana, mati ke hidup ke anak Bobo..tak tau citer. Mungkin Bobo merajuk sebab kami sekeluarga pernah tinggalkan dia pada suatu ketika selama tiga hari. Namun makanan dan air tetap ada ditinggalkan tapi makanan ProDiet tu je la dan air pun air kosong je. Kalau tak selalu hari2 Bobo dapat makan nasi lauk ikan dan minum air susu.

Jadi hari ini setelah dekat dua bulan menghilang, Alhamdulillah akhirnya Bobo muncul dengan anaknya yang diberi nama LuLu. Mungkin yang dua lagi anak Bobo tak panjang umur...huuu..
Innalillah

Nama LuLu tu, anak bongsu saya yang kasi nama. Katanya, nama singkatan dia Lu. Jadi boleh panggil....'Lu, mai sini Wa nak kasi makan...' ish ish  .. anakku. :-):-)

10 Malaikat yang wajib diketahui

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam kuliah Maghrib malam tadi ustaz mengingatkan agar kita semua mengambil tahu dan hafal nama-nama serta tugas2 malaikat yang wajib kita ketahui.

10 malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Islam ialah:
NamaArabTugas
Jibrilجبرائيل/جبريلMenyampaikan wahyu Allah.
MikailميكائيلMenyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
IsrafilإسرافيلMeniup sangkakala apabila diperintahkan Allah (1)ketika akan berlaku kiamat   (2) ketika manusia akan dibangkitkan untuk pengadilan di Padang Mashyar
IzrailعزرائيلMencabut nyawa.
MunkarمنكرMenyoal mayat di dalam kubur
NakirنكيرMenyoal mayat di dalam kubur
RidhwanرضوانMenjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
MalikمالكMenjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
RaqibرقيبMencatat segala amalan baik manusia.
AtidعتيدMencatat segala perlakuan buruk manusia.

Bunga Kesidang yang wangi

Alhamdulillah, pokok bunga Kesidang saya dah keluar bunga. Dah lama tunggu sebenarnya, hingga kan dah dua tiga kali en suami tegur, '....erm bila nak keluar bunga pokok mama tuh?  Lebat dengan daun jeh nampak!'

Dan akhirnya... Alhamdulillah, setelah sekian lama tanam dan sekian lama tunggu punya tunggu, at last.. selamat keluar tiga jambak sekaligus bunga kesidang yang berwarna puteh, sangat cantik dan harum semerbak. Subhanallah... Lepas ni boleh petik2 letak dalam lipatan kain telekong. Memang wangi sangat2. Keharumannya tak dapat dinafi oleh semua orang kat rumah kami. Kalau sebelum ini ada yang tak suka dengan bau wangi bunga kenanga yang saya tanam, namun berbeza dengan bunga kesidang.. semua pakat suka!!:-):-) Alhamdulillah tak sia-sia mama tanam.. :)

Kecantikan serta pesona bunga kesidang ini dikatakan umpama melambangkan kesopanan dan sikap lemah lembut orang melayu... amboih! :)

Fakta dari Wikipedia menyebut, Kesidang dikenali juga dengan nama pokok Bunga Kerak Nasi di bahagian utara Semenanjung Malaysia atau Bunga Tikar Seladang di pantai Timur. Ia merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Apocynaceae dan dikenali dengan nama Bread Flower di negara-negara barat. Tumbuhan yang dipercayai berasal dari kepulauan jawa ini merupakan sejenis tumbuhan memanjang dengan batangnya yang kecil tapi berkayu dan keras serta mudah lentur.  


.

Hadiah Paling Istimewa

Bismillahirrahmanirrahim.

Pesta Buku di PWTC telah selamat berakhir semalam.Dua hari sebelum tu saya sempat menghantar wasep pada teman2 sekeliannya memberitahu akan perkara ini. Kami sekeluarga suka pergi pada hari terakhir berakhirnya pesta buku sebab banyak buku dijual dengan harga yang lebih murah berbanding hari2 awal pesta buku berlangsung.




Nak cerita... Saya dari rumah lagi dah aim nak cari satu kitab. Dek teruja dengan penyampaian seorang ustaz yang sampaikan tazkirah ikut Kitab Hikam, maka saya diam-diam menyimpan hasrat untuk mencari syarah kitab tersebut suatu hari. Jadi bila ada peluang ke pesta buku, hati terus berharap agar hasrat nanti kesampaian.


Kami anak beranak sampai lebihkurang pukul 11.30pagi di sana. Sewaktu kaki melangkah masuk di pintu utama pwtc, dengan tak disangka2 mata saya terpandang satu banner besar yang tertulis 'Syarah Kitab Al-Hikam' di penjuru salah-satu booth. Hati tersentak.. Ya Allah!


Subhanallah...


Sampai2 saja di sana, tiba2 saja terus terserempak dengan apa yang bermain di fikiran.. syukurlah.. Alhamdulillah, akhirnya berjaya mendapatkan kitab Syarah al-Hikam yang jilid 3 tulisan Dr Zulkifli. Jilid 1 dan 2 belum beli lagi.. InsyaAllah yang dua jilid lagi tu, di lain waktu. Tertarik hati untuk memiliki jilid  3 terlebih dulu sebab ia keluaran terbaru yang terbit untuk pesta buku kali ini. . Alhamdulillah..


Satu perkara lagi yang ingin dikongsi cerita.. Semasa saya dan en suami bergerak dari satu booth ke satu booth yang lain,... tiba2 saya yang ketika itu berseorangan telah melalui satu booth seorang pak Arab. Beliau waktu itu rupa2nya sedang membagi-bagikan naskhah2 al-Quran pada para pengunjung pesta buku yang melintas di hadapan beliau. Langkah saya terhenti di depan pak Arab, terdiam, lalu beliau dengan segera sambil tersenyum terus menghulurkan senaskhah al-Quran yang besar buat saya. Ya Allah.. Rasa antara percaya dengan tidak, bila mendapat pemberian tersebut. Hati rasa berdebar-debar. Tak dapat digambarkan rasa hati saya bilamana membuka lembarannya, kelihatan huruf-hurufnya berfont besar..sangat jelas di mata saya.


Subhanallah..air mata terasa bergenang di mata bila mengingatkan saya sememangnya amat memerlukan Al-Quran berhuruf besar di kala ini.  Sering rasa nak menangis tiapkali baca al-Quran sebab tak dapat nak lihat dengan jelas huruf dan titik bacaan.  Sedangkan bila pakai spek, akan diserang sakit kepala. Saya jadi risau lebih2 lagi bila memikirkan Ramadhan dah makin dekat... Maka bila dapat hadiah yang istimewa ini, saya bersyukur sangat2.. 


Alhamdulillah, ia hadiah paling istimewa buat diri ini.. terimakasih ya Allah.. Segala Puji Bagi Allah...




Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...