Akok Kemboja aka Kueh Bombai Resepi Ori

Assalamualaikum.

Kembali cerita dari dapur. Alhamdulillah nak kisahkan pasal Akok Kemboja ataupun ada juga yang panggil Kueh Bombai. Kueh ni ada iras2 rasa macam kueh bakar gitu tapi kejadiannya lagi lembut. Bagi yang suka kueh Akok Kelantan, inshaaAllah tentu suka dengan Akok Kemboja ni.

Resepi ni ori saya dapat dari makcik yang pernah jaga anak2 saya. Makcik ni memang pandai buat kueh. Semua masakannya yang sempat saya rasa semuanya sedap belaka. Alhamdulillah sangat baik hati orangnya, datang ajar sendiri buat kueh ni step by step kat rumah saya satu masa dulu(22 tahun yang lalu). Jazakillah hu khoiron... Semoga Allah memberi balasan yang baik...aamiin.. Alhamdulillah makcik dan saya masih keep in touch hingga kini.

RESEPI AKOK KEMBOJA @ KUEH BOMBAI

Bahan2nya:
telor 1 mangkuk
tepong 1/2 mangkok
gula 1 mangkok
santan pekat 1 mangkok
daun pandan di mesin *dapatkan pati pandan agak-agak  1/2 mangkok*
1/2 sudu kecil garam
bijan sebagai hiasan atas akok *jika suka*

**guna mangkuk/cawan yg sama untuk sukatan.

**Resepi asal saya guna saiz mangkuk arcopal. Alhamdulillah dapat ngam-ngam  6 biji kueh bombai dari sukatan di atas. Telor kalau gred A pakai 9 biji, kalau gred B pakai 10 biji.**

**Boleh tambah masuk esen vanilla jika suka. Resepi asal tak masuk vanilla.


Cara membuatnya:
Campurkan telor dan gula, kacau2 hingga hilang butiran gula baru dimasukkan tepong, santan, air daun pandan serta garam ke dalam mangkuk adunan dan kacau sebati. Tapis. Sementara itu  siap2 panaskan oven pada suhu 180
'C  beserta acuan akok kemboja yang dilenserkan minyak masak (gunakan daun pandan untuk melenser).
Tuang adunan biar hampir penuh acuan.

Bakarlah sehingga masak lebihkurang 35 - 40 minit atau sehingga bahagian atas kueh bertukar warna perang gelap.
Kueh sedang mengembang dalam oven
....baru keluar oven

Alhamdulillah dah siap.... Ulangi proses hingga adunan habis.

Sekian, wassalam.


Ambil Peluang Beramal Soleh

Bismilahirrahmanirrahim.
🌼Sedutan dari kuliah maghrib malam tadi....

"Ambil peluang semasa Allah masih bagi peluang. Ambil peluang untuk berjemaah di masjid, ambil peluang duduk dalam majlis ilmu, ambil peluang ngaji quran, ambil peluang untuk solat tahajjud, ambil peluang untuk bersedekah, ambil peluang untuk buat baik...sebab sampai satu masa kita dah takde peluang tu. 

Contoh bila kita dah tua tak de dah peluang tu,  bila kita dah masuk kubur dah takde peluang tu... Bila tua contohnya  ada beberapa nikmat yang Allah tarik balik contoh: Allah tarik nikmat dapat mengunyah guna gigi sebab gigi dah takde.. Jadi dah tak dapat makan daging yang perlukan gigi untuk mengunyah..ada duit tapi tak boleh beli daging, kaya tapi tak dapat makan makanan sedap sebab ada penyakit. Makanya bila tua, nak solat berdiri dah tak dapat sebab sakit kaki dan sakit lutut..jadi kena solat duduk atas kerusi, bila dah tua mata dah tak nampak jelas, kena dibantu dengan spek mata untuk baca quran... Bila dah tua atau sakit dah tak boleh ke majlis ilmu...dll. 

Dan bila kita dah mati, sambung ustaz, kita dah terlepas peluang nak solat tahajud dan solat2 sunat lain hinggakan kita selepas mati sangat menginginkan jika dapat keluar balik ke dunia hanya untuk dirikan solat sunat 2rakaat... Dan kata ustad, kita akan menyesal..menyesal bila dah tua, menyesal bila dah masuk dalam kubur, menyesal waktu di padang mashyar dan waktu yang paling kita akan menyesal ialah waktu di dalam neraka. 

Kata ustad, menyesalnya kita waktu tu...menyesalnya bila ingat waktu di dunia dulu aku selalu sedekah singgit je,  mengapa la aku tak sedekah 10inggit............................................."

~~~~~
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah  Ayat 82:

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya. {2:82}


Allahu Akbar.🌼

Pulut Lepa Orang Kelantan

Assalamualaikum.

Okay kali ni kita tengok pulut lepa pulak. Pulut lepa ni sebenarnya paberet nombor satu kita..he he
Sangat sedap...memang tak dapat dinafikan....pulut nya memang dah sedia sedap, combine pulak dengan sambal daging pastu dipanggang pulak pulut tu...aduhai😘

Pulut Lepa Kelantan lain dia punya rasa dengan Pulut Panggang. Pulut Panggang ni kalau tak silap inti nya inti sambal kelapa. Sedangkan Pulut Lepa versi Kelantan biasanya berinti samada sambal daging atau sambal ikan, setahu saya la...

Meh kita tengok resepi dan cara membuatnya:

Resepi Pulut Lepa Kelantan

Bahan2nya:
1/2 kilo beras pulut
1   1/2 cawan santan
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam

Inti: sambal daging atau sambal ikan

Cara membuatnya:
Rendam beras pulut semalaman(4 - 5 jam pon dah ok)
Kukus pulut selama 1/2 jam. Sementara itu masakkan santan yang dicampur garam. Bila mendidih, tutup api.

Bila pulut dah masak, keluarkan dan alihkan ke dalam besen. Taburkan gula di atas pulut yang panas, lalu dituangkan santan yang baru mendidih. Arung biar serata.

Daun pisang dilayur dan dipotong empat segi tepat.
Leper2kan pulut di atas daun pisang...
.....kemudian letakkan inti sambal daging/ikan di tengahnya. Pulut kena balut inti tu...
....dan dipadat2kan sebelum digulung dengan daun pisang tersebut.
Kemaskan kedua2 hujung gulungan dengan lidi/stepler.

Bakar atas bara api /dapur gas hingga garing pulut lepa. Lenserkan sedikit minyak masak atas tudung periuk dengan daun pandan sebelum disusun pulut lepa.
Masa membakar pulut lepa, satu dapur berbau harum👍👍
Terbalik2 kan pulut biar dipanggang serata.

Alhamdulillah...pulut lepa sedap lagi mengenyangkan.


Pulut Bakar Kelantan Resepi Warisan

Assalamualaikum.

Nak kisahkan tentang Pulut Bakar kali ni..ehe he

Saya pada satu hari tu, pagi2 lagi teringat nak makan Pulut Bakar. Bila sebut pulut bakar, ada kenangan indah time zaman sekolah dulu. Saya suka sangat makan pulut bakar yang arwah tok kawan saya buat. Ingat lagi, tersangat lah sedap. Zaman dah berlalu. Itu yang sekarang bila sesekali balik Kelantan tu tak lupa beli pulut bakar masa naik atas Pasar Siti Khadijah tempat kueh mueh.

Okay, berbalik pada cerita saya yang mula2 tadi, saya pun dengan penuh harapnya menghantar WA pada kawan saya tu untuk bertanya resepi. Alhamdulillah kawan saya siap sketch gambar nak tunjuk bagaimana rupabentuk acuan untuk buat pulut bakar tu... Subhanallah...tq my fren.

Ini lah acuan hasil DIY saya....hehe..pakai tin tuna. Bahagian tangkai dia tu cik suami tolong selesaikan👍

RESEPI PULUT BAKAR KELANTAN

1/2 kg beras pulut
1   1/2 cawan santan
3/4 cawan gula
1 sudu kecil garam
13 kuntum bunga cengkih
3 helai daun pandan

Cara membuatnya:
Beras pulut direndam semalaman(4 - 5 jam pon ok)
Panaskan air dalam periuk kukusan. Lapik kukusan berlubang dengan daun pandan. Ratakan pulut di atasnya dan kukus selama 1/2 jam.  Masakkan santan dan garam, kacau2kan jangan sampai pecah minyak. Bila mendidih tutup api. Keluarkan pulut dan tabur gula dan bunga cengkih atas pulut yang panas tu kemudian tuangkan santan bergaram yang baru mendidih tu, arung biar rata.  Biarkan sebentar sebelum mula membungkus dalam daun pisang.

Daun pisang yang dilayur dipotong segiempat. Biar lebar dan panjang daun pisang tu, buang yang keras atasnya saja.

Ambil sehelai, letakkan sesenduk pulut di atasnya.
Tekan2 biar jadi bulat kemudian dibungkus macam nak bungkus nasi lemak masukkan bahagian yang tengahnya ke dalam acuan, tekan2 pulut perlahan2 lalu mula membakar atas bara api atau atas dapur gas. Biarkan lebihan kedua2 hujung daun pisang tegak ke atas. Bila dah agak2 garing, keluarkan dari acuan dan terbalikkkan pulut. Bungkus balik macam nak bungkus nasi lemak dan letak balik tengahnya dalan acuan. Tekan2 kedua2 lebihan daun pisang biar menutupi pulut dalam bentuk bulat. Bakar balik hingga garing sebelah lagi. Keluarkan dan buat pulut bakar seterusnya hingga habis pulut 1/2 kg tu. Sambung membakar pulut bakar yang dah siap sampai garing atas tudung periuk/periuk ajaib. Sapu sedikit minyak masak semasa membakar.

Alhamdulillah selesai...sangat sedap pulut bakar ni...resepi dan cara membuatnya warisan orang dulu2..Alhamdulillah syukron buat rakan sekolah saya, Nor yang berkongsi info berharga arwah tok beliau. Arwah tok Nor memang specialized buat pulut bakar, kukus pulut 6 gantang setiap hari. Jazakillah hu khoiron.




Kek Marble Lagi

Alhamdulillah buat lagi kek marble yang terlajak sedap ni..he heh

Resepi kek marble yang ni kira agak perfect la bagi saya.. Alhamdulillah. Kalau dulu saya selalu tukar2 resepi bila buat kek marble, sekarang tidak lagi. Asal buat kek marble je, mesti buat pakai resepi yang satu ni, memang best..rasa kek sedap, lembut dan wangi. Bila masuk hari kedua, rasa kek makin sedap.

Jom kita tengok resepinya kat sini....


Assalamualaikum.

Roti Manis Sweet Bun Cicah Gulai

Assalamualaikum.

Pagi ni meroti lagi... Agak kerap la buat roti lepas dah ada Bread Maker ni. Hari ni buat roti manis aka Sweet Bun yang tak jemu2 makan. Memang sedap, lembut dan wangi bau roti. Makan cicah gulai ayam rempah dari Kelantan. Ermm..memang makan tak hengat...he he...

Jom kita buat roti sendiri kat rumah. Lebih selamat InshaaAllah. Selamat dari segi apa tu... Maksudnya selamat dari bahan2 chemical yang berlebihan...contoh kalau buat roti sendiri ni kita boleh avoid dari letak bahan improver dan softener untuk melagi-lembutkan roti. Pastu kita boleh elak dari bahan pengawet yang memang boleh memberi mudharat dalam jangka panjang..nauzubillah... (info tentang bahan2 chemical tu, seorang cikgu masak sekolah menengah yang brief saya, tq)
Roti tanpa bread improver dan bread softener ni pun dah tersangat lembut dah so kalau tak tambah dia pun dah okay rasanya..alhamdulillah.

Okay bagi yang nak uli roti sendiri, sebenarnya takde masalah pun. Buat sikit dulu, hanya guna 250g tepung, inshaaAllah tak penat pun uli. 250g tu suku kilo. Kira tak pakai banyak tenaga pun. Dari suku kilo tu kita inshaaAllah akan dapat 15biji roti jika ditimbang 30g setiap satu masa bentukkan doh roti. Ni saya sertakan dua2 cara uli; uli dengan BM dan uli sendiri roti cara manual.

Resepi Roti Manis ~ Sweet Bun

Bahan2 yang perlu ada, ada 7 benda semuanya:

100ml susu(fresh milk)

1 biji telor
2 sudu besar minyak mazola

250g tepung high protein
50g gula halus
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis kering(mauripan)

Cara:
(1)Cara uli guna Bread Maker
Masukkan susu sejuk dari peti ais, minyak mazola dan telor ke dalam BM, di ikuti tepung high protein, garam, gula dan yis. Gula dan yis di satu sudut yang sama manakala garam di sudut yang bertentangan di atas tepung. Okeh, masukkan acuan roti di tempatnya di dalam BM seterusnya ditutup penutup atas BM. Mula 'select' nombor 8 untuk proses uli doh kemudian tekan 'Start'. Biarkan BM uli selama 14minit. Bila dah BM berhenti, tekan balik 'start' untuk proses menguli sekali lagi

(2)Cara uli tangan manual:
Satukan yis dan susu suam, biar sampai berbuih. Bila dah berbuih, baru campurkan lain-lain bahan. Uli selama 10 minit. Lepas dah selesai uli biarkan sekejap sambil2 kita nak sapu margerin pada loyang/bekas nak bakar roti.

Okay, dah boleh timbang doh roti seberat 30g setiap satu.
Timbang dulu semua.
Dah selesai baru bentukkan roti biar bulat. Susun dalam loyang, jangan rapat sangat..biar ada ruang roti tu nak kembang.
Sesudah itu, biarkan je roti tu kembang sendiri sampai naik dua kali ganda.
Bila roti dah kembang, mula panaskan oven 180'C. Sapu atas roti dengan fresh milk kemudian parut cheddar cheese di atasnya. Pastu tabur gula sikit atas dia.


Bakar selama 13 - 15minit..bergantung pada oven masing2. Mungkin ada yang kena bakar sampai 20minit.
Bila roti dah masak, keluarkan dari oven dan sapukan atasnya dengan margerin.
Sangat sedap dimakan begitu saja. Nak sedap lagi makan cicah dengan gulai ayam..yum yum yum😀👍👍

Alhamdulillah.
Alhamdulillah done
**cara buat Roti Sosej kat SINI

Dunia Akan Berakhir


Sedutan majlis ilmu...

Kehidupan kita di atas mukabumi ini akhir sekali kita akan mati. Dunia akan berakhir. Hari ini kita muda, satu hari nanti kita akan menjadi tua. Tubuh kita akan menjadi lemah...
Itu lah takdir yang Allah jadikan. Jika Allah lebihkan usia, apa yang mampu kita harap ialah semoga hidup kita terpenuhi dengan amal2 soleh...amiin

Firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 78 yang bermaksud:

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh....... {4:78}


Surah al -Hadid ayat 20 yang bermaksud:

.......Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. {57:20}

Ustad ingatkan....yang kita duk cari sangat dunia ni, ia hanyalah permainan/tipudaya...orang yang bangga dengan ilmunya...yang bangga dengan pangkatnya...yang bangga dengan kedudukannya...tiada apa sebenarnya, semua akhirnya akan mati..

Bila kita kembali kepada Allah apa saja yang kita ada ini kita tinggalkan. Yang menanti hanyalah samada azab atau redho dan keampunan Allah sahaja.

Kita semua akan dibangkitkan di padang mashyar. Semua akan dibangkitkan. Tiada yang tertinggal. Jin dan manusia semua akan berada di padang mashyar. Semua akan dihisab dan dihitung amalannya di akhirat nanti oleh Allah.

Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 47, yang bermaksud:
Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka. {18:47}

Dan dalam surah al-Waqiah 49 dan 50 ,yang bermaksud:


Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian, {56:49}


“Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan – pada hari kiamat yang termaklum. {56:50}


~~~~~~~~
Maka, kata ustad..... kerja kita sekarang ialah perlu buat persiapan untuk berhadapan dengan kiamat.

Surah arRahman ayat 35, yang bermaksud:
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu); {55:35}

"Nak lari ke mana tuan2..kita semua tak mampu nak lari...", kata ustad.

Maka kita tidak dapat tidak mesti terima apa jua syariat yg Allah tugaskan kepada kita semasa masih ada di dunia. Itu saja caranya. Itu saja jalan untuk kita raih redho Allah di hari Akhirat.

Semoga Allah kurniakan taufiq dan hidayah-Nya...amiinn











Resepi Gulai Kunyit Lengkuas Kelantan Asli

Assalamualaikum.

Gulai Kunyit Lengkuas ni tak dapat dipisahkan dari orang Kelantan. Termasuk dalam kategori lauk hari2 la, boleh kata. Bak kata oghe kelate...."Selain dari nyayur lemok gak, gulai kunyit kkuah la", ..he he..

Gulai Kunyit Lengkuas atau dalam loghat kelantannya Gulai Kunyit Kkuah kali ni saya buat guna ikan masin. Saya panggil ikan masin ni ikan kering tak panggil ikan masin..he he

Masa balik kelantan hari tu, beli banyak ikan kering. Kata orang yang jual tu, ikan kering dari Tok Bali. Cantik2 semua ikannya.. alhamdulillah. Saya beli serba sikit... ikan tamban ada, ikan selar kuning ada, ikan sepat pon beli sikit. Ikan bilis pon dapat yang cantik yang dah siap kupas kepala.  Okay la, buat simpan stok kat rumah..👍👍

Jom kita tengok resepi gulai kunyit lengkuas warisan bonda😅😭
Alhamdulillah sangat sedap dan menyelerakan. Makan nasi mesti menambah kalau ada lauk ni....


GULAI KUNYIT LENGKUAS KELANTAN ASLI
Bahan-bahannya:

#7 ekor ikan masin selar kuning (dikerat dua, dibuang ekor dan kepala lalu direndam sekejap, kemudian toskan)
#santan pekat 3/4 cawan
#air masak 1 - 2 cawan
#cili kering 4/5 tangkai
#bawang merah besar 1 labu
#bawang putih 1 ulas
#lengkuas 2 - 3 hiris
#sedikit kunyit hidup
#asam keping 1
#garam
#gula
#timun batang dan kacang panjang*jika suka*

Cara membuatnya:
Tumbuk cili kering, lengkuas,kunyit, bawang merah dan bawang putih. Nak senang, blend semua dengan sedikit air . Santan yang pekat dicampurkan dengan air masak serta dua sudu besar minyak masak kemudian direnehkan di atas api. Mesti sering dikacau2 supaya tidak pecah minyak santannya. Ambil masa lama sikit baru masukkan bahan yang ditumbuk. Biarkan masak dengan api yang kecil. Bila dah kuah nampak masak cantik, baru di masukkan asam keping dan sayur2 (timun batang dan kacang panjang) yang dah dipotong kecil. Kemudian baru masukkan ikan. Perasakan gula dan garam. Bila ikan dah masak, dah boleh tutup api dapur......

Alhamdulillah.

Doa Selepas Wirid Al-Mathurat

Bismillahirrahmanirrahim

...sambungan dari Baca Al-Mathurat Tiap Hari(sila klik di SINI)
Dengarkan Al-Mathurat di SINI 

Alhamdulillah, selepas kita selesai baca wirid al-Mathurat, jom kita tambahi sedikit lagi dengan doa...

Doa bermaksud:

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami lidah yang lembut basah kerana mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu dan tubuh badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup (Din) yang jitu dan unggul, selamat daripada segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon, ya Allah, kecukupan daripada segalanya sehingga tidak sampai kami terpaksa meminta-minta daripada orang lain. Berikanlah kami, ya Allah, iman yang sebenar-benarnya sehingga kami tidak lagi gentar, mengharap dan menyembah selain daripada-Mu. Kembangkanlah naungan rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Janganlah, ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun kadar sekelip mata sekalipun atau kadar masa yang lebih singkat dari itu, ya Allah, ya Tuhan kami, Engkau Tuhan yang Maha Memperkenankan segala permintaan.

Selawat dan restu-Mu untuk Junjungan kami Muhammad SAW, Nabi yang mulia, dan kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda seluruhnya.

Amin....

Buat Roti Pakai Bread Maker

Alhamdulillah... nikmatnya ada Bread Maker👍😍

Bila rasa nak makan roti, hah kita tekan je..dum dum dum BM buat kerja...terus siap sebijik roti bantal untuk makan cicah dengan gulai ayam...he he

Memang cekap sungguh BM buat kerja dia👍👍👍👍💗

Saya hari tu tiada perancangan pun nak beli Bread Maker. Niat tu memang la ada untuk ada satu BM ni tapi bukan la sekarang. Kita hanya merancang Allah yang tentukan, nak jadi cerita suatu hari tu masa singgah Tesco, lalu depan Kedai Cosway. Singgah la tengok2 barang. Tak sangka... tersangkut pulak dengan BM jenama Empress tu... Dek teruja untuk try buat roti, maka saya pun terpaksa la decide nak beli...hi hi

Keluar dari tesco, terus ajak en suami singgah beli bahan buat roti. Esoknya apalagi, meroti lah...hahaha.. Ini hasil pertama BM ku... alhamdulillah....tak sangka kejadian roti macam perfect sangat walhal ini percubaan pertama....alhamdulillah roti sangat lembut dan wangi..

Kami pun makan roti tu cicah gulai ayam..alhamdulillah sangat sedap ya Allah!!



Jom kita meroti💗💗💗

Dipahatkan di sini resepi pertama saya buat roti. Saya guna program "sweet". Dalam buku manual yang dia kasi, ada banyak program... program "sweet" salah satu dari nya. Kira saya pilih untuk buat roti manis aka Sweet Bun.
~~~~~~~~~
Bahan2 nya:
Air 150ml
Susu segar 170ml
Mentega/minyak 2 sudu besar
Tepung gandum high protein 560g(saya guna 500g shj sbb senang lain kali nak guna belen tepung 500g)
Gula 8 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
Yis 1 sudu kecil(saya letak 2 sudu kecil)

Cara:
Masukkan bahan2 ke dalam loyang roti mengikut senarai. Maksudnya, yang cecair dulu semua, baru di-ikuti bahan2 kering. Garam letak di satu sudut di atas tepong. Gula dan yis di sudut yang satu lagi di atas tepong. Dah siap bahan semua, masukkan loyang roti di tempatnya betul2. Biar kemas kedudukannya. Tutup penutup atas BM lalu ON kan plug kemudian tekan butang Select/power tekan2 hingga keluar nombor 4, then tekan pula butang Start... BM pun mula bekerja.😀
~~~~~~~
.
.
.
.

***update  
RESEPI 2 (pakai sukatan cawan) 
Resepi yang ini sering saya ulang-guna sebab senang pakai sukat cawan je bahan2nya. Kejadian roti sangat lembut dan almost perfect alhamdulillah. Jom buat💗


BUAT ROTI PAKAI BREADMAKER  (tapi saya bakar guna oven) 

Bahan2 yang perlu ada:

3   3/4 cawan tepung roti/high protein
1 cawan air sejuk dlm peti
2 sudu besar buttercup/margerin
6 sudu besar gula
3/4 sudu kecil garam
2sudu besar susu tepung
2 sudu kecil yis
1 biji telor


Cara membuat roti menggunakan Bread Maker tapi masak secara manual dalam oven
Masukkan kesemua bahan ke dalam BM bermula dari butter, telor, dan air kemudian di-ikuti dengan bahan kering iaitu tepung roti, gula, susu tepung, yis dan garam. Gula dan garam  asingkan pada 2 penjuru yang bertentangan. Buat lekuk atas gula lalu curahkan yis dalam lekukan gula. Okay, tutup penutup BM dan ON kan pada ketetapan nombor 8 untuk Dough. Ulang uli 3x kemudian biarkan doh naik hingga hampir memenuhi tin BM.

Panaskan oven pada suhu 150°C
Sapukan permukaan roti dengan fresh milk. Dan bakarlah selama 15 - 20 minit atau sehingga masak.





Sekian..wassalam.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...